BAB 2

Romance Completed 2566

“Ma-mana ada... Kau ni Sonia... S-saja nak buat aku malu depan Cleo...” Aku berusaha untuk mengalih perhatian Sonia terhadap aku dengan berdolak-dalih dari terus di perkatakan oleh kawan aku itu.

“Biasalah, kafe macam ni memang selalu penuh dengan lelaki kan, Alexandria ???” Pertanyaan Cleo itu aku kira satu penyelamat yang tak tersangka untuk aku terus di asak pelbagai lagi sindiran oleh Sonia sebelum dia menyambung semula.

“Tapi, kenapa ada perempuan kat belah hujung sana???” Tunding Cleo ke situ menanya aku...

Aku tidak menunggu lama untuk menjawap pertanyaan kawanku itu. Aku tunding pula jari telunjukku ke arah pelayan lelaki yang sedang menghidangkan hidangan yang di pesan pelanggan perempuan di tempat yang sama seperti yang di tanya Cleo sebelum itu.

“Tu ha...” Sonia dan Cleo memandang serentak kepada lelaki yang aku maksudkan.

“Maafkan saya sebab lama menunggu... Ni pesanan cik berdua... Selamat menjamu selera...” Lelaki itu segera menghidangkan hidangan yang di pesan dengan muka yang tak lekang dari senyuman.

Ternyata lelaki itu menarik perhatian Cleo yang memandang tanpa berkedip sejak dari tadi.

“Wah!!! Siapa pula lelaki yang tampan dan berlagak saja tu???” Soalan Cleo terjawab bila lelaki yang di maksudkan menghampirinya lalu melutut sambil memegang tangan.

Dia mula kemalu-maluan bila lelaki itu memandang mukanya yang kian berceloren kemerah-merahan.

“Selamat datang ke kedai kami, Cik... Mari saya tunjukan tempat duduk Cik...” Cleo bagaikan membatu kerana malu seolah-olah di pukau untuk seketika waktu dan itu sangat menjengkelkan aku.

“Seth ! Lepaskan tangan kawan aku!!!” Seth tidak mempedulikan apa yang aku katakan dan itu membuat aku lagi berang terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience