PUAK

Fantasy Series 921

(Di dalam sebuah bandar mewah ala-ala zaman victoria)

Semua mata manusia sedang memandang kearah seorang lelaki yang memakai pakaian selekeh dan berbau. Lelaki itu tidak mengendahkan mata yang melihat sebaliknya meneruskan perjalanannya hinggalah dia menghilangkan diri di sebalik selekoh.

Seorang wanita terlanggar lelaki tadi ketika sedang membelok dan menyebabkan wanita itu terjatuh ketanah. Mereka berpandangan. Mata ke mata. Hati ke hati. Wanita ayu yang memakai baju gothic dan berambut ikal hingga ke bahu dengan bunga di tepi telinga. Sungguh ayu bila ditatap. Lelaki itu menghulurkan tangannya.

"Cik, cik tak apa-apa? Maafkan saya sebab saya tak perasan cik tadi." Bicara lelaki tadi amat lembut dan bersopan. Senyuman terukir diwajah. Namun satu tepisan kasar ditangan membuatkan lelaki tadi terkejut.

"Woi!! Buta ke?? Tak nampak ke orang tengah jalan? Habis kotor baju aku! Apa yang aku nak cakap pada mak aku pasal baju ni?! Mahal tau tak?" Tengking wanita yang kelihatan ayu namun garang itu. Lelaki tadi terdiam kerana terkejut mendengar tengkingan dari wanita yang cantik dihadapannya. Sememangnya hatinya terpaut tetapi perasaan itu telah hancur ibarat dilanggar stemroll berulang kali.

"Cik adik, janganlah marah-marah macam ni. Tak elok kalau ada orang dengar dan lihat seorang wanita bangsawan berteriak dan memekik macam ni." Nasihat lelaki itu lagi menahan kegeraman di hati. Wanita itu bingkas bangun dan memberi satu tumbukan di pipi lelaki berkenaan. Akibat tindakan spontan yang laju, lelaki selekeh tadi tersembam di tanah ibarat nangka busuk.

"Untuk pengetahuan kau, aku ni lelakilah! Ini rambut palsu kakak aku!" Dilemparnya rambut palsu yang dipakai kemuka lelaki selekeh tadi. Wajah sebenar 'wanita' itu diperlihat. Wajah yang cukup kacak dan tampan. Namun disebabkan ketinggian yang tidak memuaskan, dia dianggap sebagai seorang wanita. Wajah tidak puas hatinya cukup mengerunkan sesiapa yang melihat.

"Ma.... manalah aku tahu kau lelaki!! Muka kau cantik je pakai wig! Dan.... ayu jgk.. jangan salahkan aku! Salahkan diri kau yang terlebih feminin tu!" Balas lelaki tadi sambil menepuk-nepuk punggungnya.

"Kau ingat aku nak sangat ke pakai macam ni?! Semua salah kakak aku! Kalau dia tak lari, aku tak akan ada dalam situasi macam ni?!" Marah budak lelaki itu lagi.

"Aku peduli apa! Bukan salah aku! Kalau tak mahu dipanggil perempuan, jangan pakai macam ni. Buat malu kaum je." Ujar lelaki itu lalu berjalan meninggalkan budak lelaki tadi.

"Kau berada di tempat yang salah encik selekeh!" Jerit budak lelaki itu dan membaling kasut tingginya kearah lelaki tadi. Hujung kasut yang tajam terpacak dibelakang kepala lelaki tadi. Darah memancut ibarat nadi dipotong. Ibarat seperti di dalam anime. Lelaki tadi mencabut kasut tinggi dan melempar jauh. Darah memenuhi tangannya. Tiba2 dia jatuh tidak sedarkan diri.

"Alamak! Aku dah bunuh orang!" Budak lelaki tadi berlari kearah lelaki selekeh dan mengoncangkan badannya. Dia memeriksa nadi lelaki tadi. Wajah yang garang bertukar pucat dan cemas.

"Macammna ni? Aku nak minta tolong siapa? Aku tak larat bawa dia ke klinik." Bisik hatinya. Dia menyedari seorang lelaki sedang berlari mendekatinya.

"Tuan muda! Puas saya cari tuan. Disini tuan rupanya!" Tegas salah seorang lelaki yang berbadan besar.

"Jangan banyak cakap! Bawa lelaki ni ke rumah kita! Sekarang!!" Arah budak lelaki tadi resah.

"Baik tuan muda!" Lelaki tadi meletakkan lelaki selekeh di bahunya dan mula berlari meninggalkan tuan mudanya. Sebuah kereta antik berhenti di sebelah 'tuan muda' itu.

"Hoi!! Yang kau lari kenapa?! Kan kereta ada ni! Aduh! Susahnya kalau ada bodyguard lembab ni!" Keluh budak lelaki tadi dan terus memasuki kereta.

"Ke mana tuan muda?" Tanya drivernya sopan.

"Ikut budak lurus tu. Saya takut dia sesat je. Bukan boleh percaya tu." Arah 'tuan muda' perlahan. Driver mengangguk dan memakai cermin mata ala-ala black mafia. Enjin minyak kereta ditekan dan terus memecut seakan-akan sedang berlumba di trek. Kedengaran lagu 'marabahaya' di minda penulis. Kereta bergerak laju tanpa ada masalah. Tuan muda memegang kerusinya kemas. Wajahnya kembali pucat.

"Oi driver! Perlahanlah sikit! Kau ingat kita sedang berlumba ke?!!" Marah 'tuan muda'. Kereta diperlahan sedikit.

"Maaf tuan. Saya teringat ketika saya menyertai perlumbaan di bandar semasa saya muda dulu. Maafkan saya.. tp.. ianya sungguh mengharukan.." kata driver itu sambil mengelap air matanya.

"Aku taknak dengar semua cerita sedih kaulah! Kenapa semua orang ni?! Boleh gila aku kalau macam ni setiap hari!" Ujar 'tuan muda' bingung.

Mereka sampai di sebuah rumah mewah yang amat besar. Seperti sebuah istana, pintu pagar yang seakan emas dibuka oleh pengawal keselamatan. Setelah meletakkan kereta di tempat yang telah disediakan, mereka memasuki rumah agam itu dengan cepat. Tuan muda yang masih memakai baju gothic perempuan, berlari kehujung koridor. Dia melihat bodyguardnya berdiri di luar sebuah bilik.

"Macammana dengan lelaki tadi? Dia dah mati ke?" Tanya tuan muda cemas. Pengawalnya tunduk dan mengeluh berat.

"Hei..... takkanlah mati kot... kena kasut je..." tuan muda masuk kedalam bilik. Kakinya terpaku di hadapan seorang lelaki yang memakai sut putih dan bertaring. Namun tidak bergerak ketika dibaringkan di atas katil.

"Papa...... kenapa ni....?" Tanya tuan muda apabila melihat ayahnya terbaring tidak bernyawa dengan darah dihadapan bajunya.

"Tuan muda... sebenarnya tuan besar dah mati. Dia dibunuh oleh seseorang ketika sedang minum di salah sebuah kelab mewah tadi. Ada orang meletakkan racun di dalam bekas ubatnya. Saya cuba selamatkan tuan besar tetapi...... maafkan saya..." cerita lelaki yang berlagak seperti penasihat keluarga. Memakai sut hitam dan berkaca mata hitam. Seperti men in black. Tuan muda terpaku dan terdiam.

"Sayang!! Tak mungkin! Sayang!!" Masuk seorang wanita yang agak berusia menangis dan meratap kematian lelaki itu. Wajah terkejut tuan muda menjadi suram. Wanita itu cuba menghidupkan semula suaminya dengan mengelarkan tangannya. Darah yang mengalir dititiskan kedalam mulut suaminya. Namun tiada reaksi.

"Mama.... Sudahlah tu.. papa tak akan hidup lagi.. walaupun kita keturunan vampire dan dikatakan immortal, kalau dah mati, tak akan hidup balik. Mama faham kan..." pujuk tuan muda sambil menepuk bahu ibunya.

"Mama baru sahaja berbual dengan dia tadi. Sekarang dia dah mati... mama akan tuntut bela di atas kematian papa! Mama tahu papa dibunuh oleh seseorang. Mama akan cari siapa dalangnya!" Wajah cantik ibunya bertukar ngeri dengan melepaskan aura hitam disekelilingnya. Tuan muda tidak dapat menghalang amarah ibunya kerana dia juga berada di dalam keadaan sama.

(Di bilik rawatan lain)

"Bosannya!! Kepala sakit... dah tak ada duit nak beli makanan.... sesat lagi... kat mana ni??!! Macammana aku boleh ada kat sini ni?!!" Jerit lelaki selekeh tadi. Kepalanya berbalut dan baju telah ditukar. Cuma rambutnya yang panjang dan kotor dibiarkan terjuntai diwajahnya. Dia bangun dan berjalan keluar dari bilik perlahan-lahan. Dia berjalan sambil melihat keadaan sekeliling. Tiada sesiapa di dalam rumah agam itu. Menghairankan...

"Mana semua orang ni...? Tak akan rumah ni kosong? Habis tu siapa yang rawat aku?" Dia bermonolog sendiri.

Dia berjalan- jalan sekitar rumah itu. Tiba-tiba, dia terlanggar seseorang ketika membelok. Sekali lagi..... kedua-duanya terjatuh. Lelaki selekeh tadi melihat seseorang yang pernah dilihatnya.

"Oit budak! Kat sini rupanya kau! Dahlah kau marah aku tak tentu pasal! Baling aku dengan kasut tinggi kau tu sampai berdarah kepala aku! Sekarang mana kau nak lari?! Bayar ganti rugi sekarang!" Tengking lelaki selekeh itu sambil mencengkam kedua-dua lengan orang tadi.

"Tolong.. lepaskan saya... saya tak buat apa-apa...." kedengaran suara yang berlainan dari orang yang sama. Cepat-cepat lelaki tadi melepaskannya.

"Kau.... perempuan... tp wajah kau sama dengan budak tadi.. takkanlah kau boleh tukar gender kot..?" Tanya lelaki tadi kehairanan.

"Awak... telah pegang saya... awak kena kahwin dengan saya.." ujar perempuan tadi perlahan.

"What?!! Takkanlah kot! Saya taknak kahwin. Apa nak jadi, jadilah.. saya masih suci!" Lelaki tadi berlari meninggalkan perempuan yang tercengang. Walaupun perempuan itu amat cantik dan indah dilihat, dihapuskan semua keindahan itu semata-mata ingin menyelamatkan maruahnya.

"Awak tak boleh tinggalkan saya.. saya dah tak ada siapa-siapa lagi di sisi. Papa dah tiada.. tolonglah..." tiba-tiba perempuan tadi melayang-layang di hadapannya. Dia yang terkejut terbabas hingga melanggar satu pintu yang dibuka dari dalam.

Semua orang yang berada di dalam bilik berkenaan terkejut mendengar bunyi bising diluar dan keluar menjenguk. Lelaki tadi menggosok hidungnya yang kemerahan.

"Sakitnya.... semuanya salah kau!" Marah lelaki selekeh tadi. Perempuan cantik yang mengejarnya hanya berdiri di hadapan pintu dengan linangan air mata. Dia berlari masuk dan memeluk mamanya. Kedua-duanya meratapi pemergian orang yang tersayang.

"Apa yang terjadi ni?" Tanya lelaki tadi sambil melihat kedalam. Dia dapat merasai aura hitam di seluruh bilik. Aura itu semakin berkembang setiap saat. Tuan muda hanya melihat kearah pintu dan bergerak sepantas kilat.

"Kau tak dibenarkan masuk kesini! Dan aku rasa kau dah sihat! Boleh pergi sekarang kalau kau nak hidup!" Arah tuan muda keras.

"Erk... ok.. aku pergi..." lelaki tadi melangkah pergi namun tangannya dipegang oleh seseorang.

"Dia tak boleh pergi. Dia adalah bakal suami kakak. Dan bakal raja disini. Menggantikan papa!" Tegas kakak kepada tuan muda. Semua wajah berubah terutamanya lelaki selekeh tadi.

(Bersambung)

Maaf pembaca(kalaulah ada pembaca) saya saja tulis cerita ni.. sengaja untuk mengisi masa lapang saya... dan mungkin xkan ada sambungan.. selamat membaca!! Dan terima kasih sbb sudi baca! ?(???)?

Share this novel

Norbaizura Rashdi
2022-01-19 11:59:20 

bila nk sambung...... cite best


NovelPlus Premium

The best ads free experience