TANGKAP

Fantasy Series 921

Alexander cuba menahan serangan dari kumpulan vampire yang mengepung mereka. Namun mereka gagal untuk melepaskan diri ketika Kathline ditangkap oleh seorang lelaki dengan pistol dikepala.

"Kalau kau sayangkan nyawa dia, ikut arahan aku. Kalau tak, kedua2 mereka akan mati disini." Ugut lelaki itu dengan suara yang dalam tapi perlahan. Alexander yang memegang pisau belatinya akhirnya mengalah. Satu suntikan dileher membuatkan Alexander tidak sedarkan diri. Begitu juga Kathline dan Kieyo. Mereka dibawa pergi. Lelaki yang memerangkap mereka mendapat hadiahnya iaitu syiling emas.

(Di dalam penjara)

          Lelaki tadi menjirus air di muka Alexander yang masih tidak sedarkan diri. Alex tersedar dan terkejut melihat dirinya diikat dengan rantai tebal. Ada dua pengawal di kedua2 sisinya. Salah seorang memegang cemeti. Lelaki yang berpakaian mewah itu tersenyum.

"Baguslah kau dah sedar. Aku nak bagitahu kau perkara penting. Esok kau akan dihukum di hadapan kaum vampire kerana berani menculik puteri dan putera kami, Kathline dan Kieyo. Tetapi hukuman kamu akan bermula sekarang. Pengawal! Pukul dia hingga dia sedar kesalahan dia yang sebenarnya." Arah sepupu kepada Kathline, Shion yang juga merupakan anak kepada pakcik Kathline dan Kieyo.

        Alexander diikat sedari semalam sejak ditangkap bersama2 Kathline dan Kieyo. Dia dianggap sebagai pengganas dan pemberontak kerana menyembunyikan anak2 bangsawan dari keturunan diraja. Alexander yang merupakan werewolf dikatakan musuh sejati vampire dan sentiasa dianggap sebagai pembunuh puak vampire.

"Kau tak akan dapat hapuskan aku... sebab aku... tak pernah bunuh kaum kau... aku teraniaya... aku akan lepas dari sini... dan akan bawa isteri aku pergi...." luah Alexander tegas dan bunyi rantai yang diikat di tangan dan kaki Alexander kedengaran setiap kali dia bergerak.

"Ha! Ha! Kau nak lepaskan diri? Kau akan mati sebelum kau dapat buat seperti itu. Dan isteri kau, Kathline akan lupa tentang kau selepas ini. Bukan sahaja kau, malah semua orang kerana dia hanyalah pengganti aku di takhta nanti. Dia juga akan mati bersama2 kau. Jangan risau. Aku akan tanam kau dengan dia bersama2. Hahahahaha!" Shion gelak besar dan keluar dari penjara. Alexander terkejut apabila mendengar khabar itu. Kathline perlu diselamatkan. Begitu juga dengan Kieyo kerana Alexander pasti kedua2 adik beradik itu akan dihapuskan serta merta.

         Belati ditarik kuat dan terus mengenai belakang Alexander. Ngauman serigalanya kedengaran di keseluruhan penjara. Belati menghinggap dibadan Alexander sehinggalah darah menitik dari keseluruhan badan musuh mereka itu. Semakin lama suara Alexander ssmakin hilang. Luka kulit yang tercalar dan terkoyak memburukkan lagi keadaan Alexander. Darah yang mengalir dibiarkan menitik ke lantai. Apabila Alexander tidak sedarkan diri, hukuman dihentikan seketika.

(Di sebuah bilik mewah)

"Kau perlu siapkan diri kau sebelum majlis perkahwinan kau dengan anak aku. Esok selepas matahari naik, dihadapan semua kaum kita, kau dan Shion akan dikahwinkan. Kalau kau ingkar arahan aku, adik kau akan mati. Faham?!" Arah adik kepada ibunya, Silverster. Kathline hanya mendiamkan diri. Air mata dilap secepatnya. Silverster keluar dari bilik dengan senyuman dibibir.

"Alexander... tolong saya..." minta Kathline sayu sambil menangis. Kieyo tidak kelihatan di mana2.

(Pukul 12 malam)

        Cahaya bulan mengambang menerangi penjara yang menempatkan Alexander. Cahaya terang menyinari Alexander yang masih terikat. Darah yang kelihatan di tubuh dan lantai telah kering. Alexander mendongak keatas dan merenung bulan yang kelihatan besar di langit. Mata yang hitam berubah menyerupai mata serigala dan bulu halus mula tumbuh. Segala-galanya berubah dalam sekelip mata.

'Werewolf' itu berubah sepenuhnya buat pertama kali selepas sepuluh tahun menahan keinginan haiwan di hatinya. Rantai yang diikat, ditarik kasar dan terputus. Kaki melangkah perlahan dan nafas dilepaskan. Mata yang kekuningan melilau mencari jalan keluar. Gerigi besi dibuka dengan sekali tolakan. Bunyi yang bising mengejutkan pengawal yang menjaga.

"Hei! Banduan terlepas!" Jerit pengawal sambil melepaskan beberapa das tembakan.

Namun dielak pantas oleh serigala jadian itu. Dia bergerak laju memanjat dinding dan mencakar pengawal yang ketakutan. Tidak sempat berbuat apa-apa, mangsa pertama maut disitu. Serigala yang tidak mengingati dirinya sendiri mencari mangsa lain. Hatinya belum puas. Tingkap dibuka dan dia keluar dari penjara yang memerangkapnya. Sebaik sahaja berada di bumbung, satu lolongan kuat kedengaran.

       Berlainan pula di dalam bilik Kathline. Kathline mula mengalami perubahan seperti malam sebelumnya kerana tidak dapat mengawal kuasa 'vampire'nya. Dia hanya boleh dipulihkan dengan meminum darah Alexander. Jeritan kedengaran di dalam bilik. Taring mulai tumbuh dan mata bersinar kemerahan.

(Di rumah utama)
      
           Kieyo terdengar suara lolongan di luar rumah.

"Apa tu? Serigala? Di istana 'vampire'? Takkanlah si berbulu tu dah berubah?"

Keiyo yang ditahan di dalam sebuah bilik kecil terdengar lolongan abang iparnya dan mula panik. Dia takut kakaknya juga berubah menjadi seperti dahulu dan membunuh semua keturunan 'vampire' yang ada di situ.

Dia cuba membuka pintu yang di kunci. Kedengaran tapak kaki orang berlari di luar. Ramai dan kelam-kabut. Suara pengawal menjerit memanggil bantuan juga kedengaran. Tidak kurang juga yang menembak sesuatu hampir berpuluh kali. Pintu ditendang oleh seseorang.

Jeritan kesakitan menyelubungi rumah itu. Darah mengalir dari bawah pintu bilik yang mengurung Kieyo. Kieyo menelan air liur. Siapa yang berada di luar? Kathline atau Alexander? Dia berlari ke tingkap dan berada di dalam keadaan berjaga-jaga.

          Tiba-tiba, tingkap dan pintu dipecahkan dari kedua-dua arah. Keiyo terjatuh ke lantai kerana terperanjat. Kelihatan kakaknya berdiri di pintu dalam keadaan berlumuran darah manakala Alexander berada di tingkap dengan keadaan serigala jadiannya.

Mereka berdua bertemu mata. Kathline yang berubah menjadi 'vampire' sepenuhnya memandang Alexander seperti musuh ketatnya. Begitu juga Alexander yang tidak mengingati Kathline, isterinya sendiri.

Kieyo menyorok di sebelah almari. Dia tidak mahu di bunuh oleh kedua-duanya. Lolongan kedengaran lagi. Serangan bermula. Kathline menggunakan kuasa psikiknya untuk mengapungkan diri dan barang-barang yang ada di dalam bilik untuk dilempar ke arah Alexander. Alexander mengelak dan menyerang. Kedua-duanya bertarung dengan pantas. Kuku mereka berselisih dan memecikkan api kecil disaat bertemu. Kekuatan mereka setara dan sama-sama kuat.

"Tembak mereka semua!" Suara Shion memberi arahan terdengar dari luar bilik. Tembakan bertubi-tubi menerjah masuk ke seluruhan bilik.

Alexander dan Kathline mengelak setiap peluru. Manakala, Kieyo cuba bersembunyi disebalik almari yang agak kuat itu. Kawasan bilik dipenuhi dengan asap peluru dan musnah kesemuanya. Mereka masih berada di dalam keadaan bersedia untuk menembak lagi jika ada ancaman dari dalam bilik. Selepas 3 minit masih tiada pergerakan. Shion yang berada di belakang askarnya tersenyum. Walaupun dia dikatakan terkuat dalam keturunan vampire, dia masih merasa sedikit gusar apabila berhadapan dengan 'werewolf' dewasa buat pertama kali.

       Tiba-tiba, muncul kelibat dari kedua-dua arah. Alexander dan Kathline menyerang kesemua penembak milik Shion dalam sekelip mata. Ke semua mereka mati serta- merta. Shion hanya mendiamkan diri.

"Nampaknya aku sendiri perlu bunuh kamu berdua. Baiklah! Bersedia!"

Shion mula berubah sepenuhnya menjadi 'vampire' puak utama yang mempunyai kuasa psikik terkuat dan beberapa kelebihan lain. Aura membunuh dilepaskan menandakan bahawa dia serius. Alexander dan Kathline berhenti bergerak dan hanya memandang kearah Shion. Shion tersenyum sinis.

        Mereka mula menyerang Shion secara serentak. Mereka berlawan mengikut gerak hati mereka yang liar itu. Shion menangani mereka dengan senang sekali. Beberapa tendangan dan cakaran dihalakan pada Shion namun dielak olehnya dengan mudah. Shion menggunakan kuasa psikiknya untuk menahan pergerakan kedua-dua musuh yang masih berdiri tegak.

Walaupun Kathline juga merupakan vampire puak utama dan mempunyai kekuatan sama seperti Shion, dia masih tidak dapat menewaskan Shion dengan keadaannya yang masih baru dengan kuasanya. Kathline dikalahkan dengan mudah. Dia melayang kearah dinding selepas Shion menamparnya.

        Alexander muncul di belakang Kathline dan cuba menahan badan Kathline dari terus melayang. Kedua-duanya terkena dinding berdekatan Kieyo yang bersembunyi.

"Kakak!!" Kieyo berlari mendapatkan kakaknya.

Alexander menyeringai melihat Kieyo tetapi melepaskan Kathline perlahan-lahan ke lantai. Keiyo memangku kakaknya yang kesakitan. Darah mengalir dari bibirnya. Taring kelihatan mengecil dari sebelumnya.

Alexander mengambil cermin yang pecah dan menguris lengannya sedikit. Darah yang mengalir dihalakan kedalam mulut Kathline.

"Kakak akan ambil masa nak berubah normal. Aku kena lengahkan Shion." Kieyo mengambil pedang perhiasan yang jatuh di kaki.

Dia menarik nafas panjang dan mula menyerang laju dengan kebolehannya bergerak pantas. Dengan sekali serangan, Shion berganjak kebelakang. Pedang Kieyo ditahan dengan hanya menggunakan tangan.

"Kau masih mentah untuk berlawan dengan aku, budak!" Shion memegang pedang dan menghancurkannya.

Tangan Kieyo dipegang dan dihayun sekeliling. Kieyo cuba melepaskan diri namun gagal. Pegangan dilepaskan dan Kieyo terpelanting ke dinding hingga pecah. Dia tercampak keluar rumah. Alexander yang berjaya mengubah semula Kathline berlari sekuat hati untuk menyelamatkan Kieyo sambil mendukung erat isterinya.

Shion muncul dibelakangnya dan memberi tendangan padu kearah Alexander. Alexander terhempas ke tanah dengan Kathline yang masih didakapan. Kieyo jatuh dikawasan kebun bunga. Alexander berubah kerupa asal. Ketiga2 mereka tewas di tangan Shion. Shion menarik tangan Kathline dan mendukung sepupunya itu dan tersenyum sinis kearah Alexander yang masih terbaring di tanah dengan luka keseluruhan badan.

"Aku tak akan benarkan kau bawa bakal isteri aku pergi macam tu sahaja. Dia bakal menjadikan aku raja di istana ini. Dan kau berdua boleh pergi ke alam sana sekejap lagi. Doakan aku bahagia bersama kekasih hati aku. Hahahaha!" Shion membawa Kathline pergi. Berbelas2 penembak muncul disitu bersama Silverster dan bersedia menembak mereka berdua. Kieyo tidak sedarkan diri.

"Kathline..... jangan..... Kathline.." Alexander cuba merangkak untuk mendapatkan isterinya yang dibawa pergi oleh Shion hingga kedalam rumah.

"Bersedia! Tembak!" Silverster memberi arahan. Berpuluh2 peluru menghujani mereka berdua dari jarak dekat. Adakah mereka akan selamat? Hanya keajaiban yang dapat menyelamatkan mereka berdua dari situasi ini.

(TAMAT BAB 4)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience