KAHWIN???

Fantasy Series 921

(Dalam bilik rawatan)

"Apa yang jadi ni? Kenapa aku kena kahwin dengan perempuan tu? Ini semua di luar jangkaan aku. Tak boleh! Aku tak boleh kahwin.. kalau aku kahwin secara senyap-senyap, macammana dengan puak aku nanti? Mesti aku kena bunuh! Aku kena pergi dari sini!" Bisik hati lelaki selekeh itu sambil mundar mandir di tepi tingkap. Sekali sekala dia meramas-ramas tangannya kerana keresahan. Dia memanjat tingkap setelah membukanya seluas mungkin. Disaat kaki terjuntai kebawah, dia melihat kebawah. Wajahnya bertukar pucat dan berpeluh. Secepatnya dia menerkam masuk kedalam bilik semula dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Tinggi gila! Rumah agam apa yang tinggi macam ni?! Dahlah aku gayat! Macammana aku nak turun ni? Teruklah aku macam ni!" Ujar lelaki selekeh itu sambil mencari akal untuk keluar dari rumah yang asing itu. Dia berjalan ke pintu. Menekap telinganya untuk mendengar apa yang dibualkan oleh pengawal di luar. Sebaik sahaja wajah diletakkan di pintu, satu tendangan kuat mengenai pintu. Pintu terbuka dengan laju dan terkopak. Lelaki tadi terpelanting akibat impak dari tendangan di pintu. Matanya berpinar dan berusaha bangun.

Seorang wanita yang berusia awal 40-an berdiri tegak di hadapannya. Kolar bajunya ditarik kasar dan memaksanya bangun. Dia melihat ibu kepada tuan muda berada di hadapannya.

"Kau siapa hah?! Apa yang kau buat dalam istana aku?! Apa hubungan kau dengan anak aku?!" Desak wanita itu tegas.

"Se....sebenarnya... sebenarnya... saya..." lelaki itu cuba berbicara tetapi tiada ayat yang sesuai untuk membalas kata-kata wanita yang sedang mengamuk.

"Saya apa?! Atau kau nak aku robek perut kau dulu sebelum kau beritahu aku perkara yang sebenarnya?!" Marah wanita itu lagi. Wajah lelaki tadi semakin pucat.

"Se.... sebenarnya saya ni hanyalah pengembara. Saya terserempak dengan anak lelaki puan di jalanan. Saya kemalangan dan anak puan selamatkan saya. Saya sendiri tak tahu apa tujuan saya ada di sini..." jelas lelaki tadi seringkas mungkin.
Keadaan diam seketika.

"Em..... baik! Buat masa sekarang aku percayakan kau sebab kau kenal anak aku. Kerana anak aku tak akan berkawan rapat dengan sebarangan manusia. Tapi kalau kau tipu aku, aku akan bunuh kau serta merta!" Tegas wanita itu lagi dan melepaskan lelaki tadi. Dengan alunan pinggul yang anggun, wanita itu meninggalkan lelaki tadi yang masih terpinga-pinga.

"Gila! Lepas satu- satu masalah timbul. Aku kena pergi dari sini sebelum masalah lain pula muncul!" Lelaki tadi bangun dan berlari ke pintu. Tiba2 pintu terbuka dari luar terkena wajahnya. Sekali lagi dia terjatuh ke lantai dengan memegang hidungnya.

"Ah! Maafkan saya! Saya tak sengaja!" Ucap perempuan cantik yang ingin mengahwininya. Lelaki tadi bangun dan menunjukkan muka garangnya.

"Dah dua kali kau buat hidung aku sakit! Kenapa macam-macam dugaan aku kena tempuh bila aku ada dengan kau? Mula-mula adik kau. Lepas tu kau! Lepas tu mak kau! Siapa lagi lepas ni? Ayah kau ke?!" Marah lelaki tadi. Wajah sugul perempuan muda itu semakin suram dan sedih. Akhirnya dia menangis dihadapan lelaki yang baru sahaja dikenalinya.

"Papa dah tak ada.... papa dah mati...." kata perempuan itu perlahan. Lelaki selekeh tadi terdiam.
"Em..... maafkan aku... aku tak tahu.. sebenarnya apa yang terjadi dalam keluarga kau ni? Pelik semacam je aku tengok." Luah lelaki selekeh tadi lembut. Dia mengelap air mata wanita dihadapannya. Perempuan tadi hanya melihatnya tepat diwajah.

"Mata awak cantik. Kekuningan seperti emas.. awak bukan manusia biasa kan?" Kata perempuan itu sambil merenung sedalamnya kedalam anak mata lelaki selekeh tadi.

"Mana ada!! Saya manusia biasalah!" Dia segera menutup matanya dengan menarik rambut hadapan kebawah. DIa berpaling dari wanita tadi.

"Miss Kathline! Semua barang yang telah ditempah telah sampai. Majlis perkahwinan akan berlangsung selepas ini." Seorang maid masuk ke bilik. Perempuan yang bernama kathline itu tersenyum dan tunduk. Maid itu berlalu dari situ selepas tunduk hormat.

"Siapa nama awak? Boleh saya tahu?" Tanya kathline sambil tersenyum. Lelaki yang tersipu-sipu malu kucing itu melihat sekilas kearah Kathline.

"Nama saya Alexander. Tapi panggil saya Alex. Sebenarnya apa yang terjadi di sini? Kenapa saya kena berkahwin dengan awak?" Tanya Alexander perlahan. Kathline duduk disofa sambil mengeluh panjang.

"Saya dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Hari ini adalah pertemuan pertama kami. Tetapi saya melarikan diri. Adik kembar saya terpaksa menyamar menjadi saya kerana tidak mahu maruah keluarga kami tercemar. Namun kebenaran terbongkar jua. Bakal suami saya adalah seorang lelaki tua yang berkerepot dan berlagak! Rupa-rupanya papa telah merancang perkahwinan kami untuk mengembangkan syarikatnya dan keturunan kami sebagai keluarga bangsawan. Saya keluar dari rumah sejak pagi tadi. Saya baru sahaja balik apabila dimaklumkan oleh salah seorang pengawal bahawa papa saya telah dibunuh! Saya tidak menyangka papa telah tiada. Saya akan mencari siapa yang telah membunuh papa saya. Dan saya hanya ada awak untuk bantu saya. Tolong saya ya." Cerita Katline bersungguh-sungguh.

"Saya nak tolong macamana?" Tanya Alexander keliru.

"Awak menyamar jadi suami saya. Hanya untuk sementara sebab saya pasti akan ada keluarga bangsawan lain yang akan cuba ambil alih tugas papa saya sebagai ketua bangsawan disini. Saya nak semua orang anggap awak adalah pengganti papa saya. Saya tahu awak kuat dan awak boleh buat tugas yang saya berikan ni. Saya akan bayar awak sejuta ringgit. Awak sanggup tak?" Jawab Kathline dengan lagak orang kaya.

"Sejuta?! Banyaknya.... saya terima! Jadi suami yang betul pun saya sanggup... awak cantik. Nak kahwin betul-betul tak? Nak?" Ajak Alexander sambil tersenyum dan malu-malu kucing.

"Em..... saya tak pasti. Kita kena tidur dalam bilik yang sama ke?" Tanya Kathline ingin tahu. Alexander tersenyum ala-ala pervert dan mengangguk.

"Gatal!" Balas Kathline dan menumbuk lengan Alexander. Tiba-tiba Alexander terpelanting jauh. Dia sedaya upaya bangun.

"Adoi! Kuatnya bakal isteri saya ni.. kawaii ne.." puji Alexander sambil menggosok lengannya yang kemerahan sambil menahan sakit.

Mereka berbual untuk seketika. Alexander dapat merasakan kemesraan di dalam setiap perbualan dan perbuatan Kathline. Hatinya terpaut sekali lagi. Tetapi kali ini dengan orang yang betul. Ketika Kathline mencuba baju kahwinnya yang baru tiba, pin rambut terjatuh. Dia cuba mengambilnya namun tangan mereka bersentuhan di saat Alexander juga cuba mengambil barang itu. Mata bertentangan dan jiwa bergolak. Nafas mula sesak disaat perasaan mereka seakan bersatu. Di saat bibir menghampiri, satu jeritan kedengaran.

"JANGAN!!" Alexander menjeling dan melihat satu tendangan padu ala-ala Jet Li hinggap di mukanya. wajah kemarahan adik kembar Kathline terpancar. Kedua-dua mereka tersembam ke lantai. Kathline tergelak melihat lelaki dihadapannya ini.

"Kau kenapa?!! Apa masalah kau?!!" Marah Alexander sambil menolak kuat kembar pasangannya. Kolar bajunya ditarik kasar.

"Kau jangan berani nak sentuh kakak aku! Aku tak benarkan sesiapa sentuh kakak aku walaupun hanya kulitnya! Faham?!! Kalau tak, aku bunuh kau!" Tengking kembar Kathline sambil berdiri.

"Kau dah terlambat! Aku dengan kakak kau dah setuju 200% yang kami akan kahwin. Jadi kau akan menjadi adik ipar kesayangan aku! Ha! Ha! Ha! Terima jelah.." ejek Alexander sambil menaikkan keningnya berulang kali.

"What??!! Kakak! Takkanlah secepat ni.. dah fikir semasaknya ke? Kakak kenal ke dia siapa? Asal usul dia? Dia tak boleh jadi ahli keluarga kita! Dia bukan sama spesis dengan kita!" Bantah kembar Kathline.

"Kieyo! Apa yang kakak buat sekarang ni semuanya untuk keluarga kita! Kalau dia tak tolong kita, siapa lagi?! Nak harapkan pakcik kita tu, sampai mati pun dia tak akan tolong! Kakak cuma fikirkan tentang keluarga kita... tolong faham kehendak kakak." Rayu Kathline sambil memegang tangan adik kembarnya. Kieyo mengeluh berat sambil menjeling tajam kearah Alexander.

"Baik! Kali ni Kieyo dengar cakap kakak. Tapi kalau si berbulu tu cuba lakukan benda yang tak elok pada kakak, cepat-cepat beritahu Kieyo. Tahulah Kieyo apa nak buat." Kieyo memberi amaran keras pada kakak dan terutamanya pada Alexander.

"Berbulu.....?" Bisik hati Alexander sambil melihat dirinya. "Aku mana ada berbulu.. bulu roma sikit-sikit tu adalah!" Marah Alexander.

Kieyo keluar dari bilik dengan aura hitamnya. Alexander menarik nafas panjang. Mereka berbincang untuk seketika. Majlis perkahwinan mereka akan dijalankan malam ini juga.

(Pukul 8 malam)

Bulan mengambang terang. Bulat seperti bola. Cahayanya amat terang. Majlis telah siap dijalankan. Hanya menunggu pengantinnya sahaja. Malam itu hampir kesemua ahli keluarga Kathline datang ke majlisnya termasuklah pakcik yang disebutnya tadi. Kathline yang memakai gaun labuh berlabuci dikeliling baju amat cantik bila dihiasi mahkota indah dari berlian dan emas yang diletakkn di kepalanya. Mekap yang tidak terlalu tebal menaikkan lagi seri pengantin Kathline. Alexander yang berada di bilik sebelah sedang mundar mandir tanpa tujuan. Hatinya semakin gelisah disaat melihat bulan yang semakin terang. Keadaan fizikal dia yang sebenar akan berlaku apabila bulan berada tepat diatas kepalanya. Pada ketika itu, dia tidak tahu apa yang akan terjadi pada dirinya.

"Tuan Alex, sila turun. Majlis telah bermula." Jemput seorang butler dihadapan pintu bilik. Selepas seketika, Kathline muncul dengan gaya puterinya. Alexander yang memegang cawan kaca tergamam dan terpesona melihat wajah indah Kathline. Cawan jatuh kelantai dan pecah berderai.

"Kenapa ni? Awak tak apa-apa?" Tanya Kathline terkejut seraya berlari kearah Alexander. Alexander cepat-cepat mengutip kaca dilantai.

"Tak ada apa-apa. Jangan risau. Saya cuma terkejut. Itu je..." balas Alexander tenang. Tiba-tiba jarinya terluka apabila terkena serpihan kaca yang tajam itu. Darah mula menitis.

"Tangan awak luka!" Kathline memegang jari Alexander dan menghisap darah yang mengalir dengan laju. Alexander terperanjat dan cepat-cepat menarik jarinya. Mata Kathline berubah kemerahan. Tetapi hanya seketika.

"Jari awak tak apa-apa. Em.... apa kata kita pergi hadiri majlis kita tu sekarang? Jom..." ajak Kathline. Perangainya yang agak pemalu pada awalnya menjadi ceria dan tersenyum sepanjang perjalanan. Perubahan dari Kathline menghairankan Alexander. Tangannya ditarik laju dan mereka berlari ke majlis perkahwinan mereka.

(Di dewan)

"Majlis dah bermula. Kakak akan sampai tak lama lagi. Aku sebagai pengapit kenalah jaga standard sebagai bangsawan." Bisik hati Kieyo. Dia menanti kehadiran kakak dan abang iparnya dengan sabar. Dia mengikat tali leher sekemasnya dan memeriksa sut mewahnya berulang kali.

Selepas seketika, mereka berdua sampai di dalam dewan. Keiyo pergi kearah kakaknya dan mengapit Kathline yang berada didalam dewan. Kathline segera memegang lengan Kieyo. Mereka berjalan hingga di hadapan seorang lelaki tua yang sedang membaca sesuatu. Alexander menyedari sedikit perubahan dirinya. Taring mulai keluar. Deria baunya juga semakin tajam. Apabila dia mendekati Kathline, satu bau yang amat tidak menyenangkan dihidu olehnya. Hatinya dilanda resah.

Majlis diteruskan. Disaat paderi membaca 'khutbah'nya yang terakhir, tiba-tiba sahaja Kathline menerkam paderi dan menggigit leher ahli keluarganya dengan rakus. Alexander berundur dengan laju. Kathline ketawa selepas melepaskan mangsanya. Wajahnya berubah menjadi 100% vampire dengan taring yang panjang. Semua tetamu bertempiran menyelamatkan diri.

"Kakak!! Macammana kakak boleh berubah ni? Tak mungkin dia minum darah manusia. Dia tak pernah sentuh darah manusia selama ni." Kieyo bermonolog sendirian. Matanya tertangkap balutan ditangan Alexander. "Kau!!" Jerit Kieyo sambil menarik kolar kot Alexander.

"Apa?!! Apa yang kau nak?!" Balas Alexander terkejut. Matanya berubah menjadi mata serigala. Perubahan semakin nyata dikeseluruhan badannya.

"Kau yang bagi kakak aku hisap darah manusia kan?! Kau bagi darah kau kan?!" Tengking Kieyo meluap marah.

"Mana ada! Kau jangan buat fitnah! Aku tak tahu apa-apa pasal derma darah ni!" Jawab Alexander dan menolak Kieyo jauh.

"Darah manusia menarik minat kami Vampire terutamanya darah kau, werewolf! Dengan darah manusia, kami dapat mengawal keadaan fizikal kami bila berubah. Tetapi kalau kami minum darah kaum kau, kami akan hilang pertimbangan. Sama macam apa yang jadi dengan kakak aku sekarang ni! Lebih-lebih lagi untuk seseorang yang tak pernah merasai darah sebelum ini! Kau penyebabnya!" Marah Kieyo lagi dengan wajah bengis.

"Mana aku tahu kamu semua keturunan vampire! Aku tak pernah dengar pasal vampire sebelum ni! Dan bukan salah aku kalau dia jadi macam tu! Salah dia sendiri!" Tengking Alexander pula.

"Kau memang tak guna! Silap aku bagi izin kau kahwin dengan kakak aku tu! Kalau kau taknak tolong, pergi berambus dari sini!" Marah Kieyo dan menolak kasar badan Alexander. Dia segera kearah kakaknya yang sedang mengamuk.

"Bukan salah aku.... tapi.... takkan aku nak diamkan diri sahaja..." bisik hati Alexander. Dia melihat kekejaman Kathline membunuh seorang demi seorang mangsanya. Dimata Alexander terbayang kematian yang berlaku dikampungnya dahulu sebelum dia berhijrah kekawasan manusia.

Kieyo menggunakan kuasa vampirenya untuk menghalang kakaknya namun tidak berhasil. Di saat tangannya cuba menahan amuk Kathline, Kathline terlebih dahulu bertindak. Satu gigitan dileher menyebabkan pergerakannya terhenti.

"Kieyo! Kathline!! Berhenti!!" Ibu mereka cuba meleraikan pergaduhan adik beradik itu. Satu tikaman tepat mengenai jantung ibu mereka. Berdirinya pakcik kepada Kathline dan Kieyo dibelakang ibu mereka sambil memegang pisau perak yang dipenuhi darah. Ibu mereka rebah tidak bernyawa.

"Mama........" Kieyo cuba menolong tetapi gigitan dileher semakin kuat. Dapat dirasai darahnya mengalir keluar tanpa kawalan. Kathline tidak dapat mengenali sesiapa lagi.

Satu tendangan terkena pada Kathline. Kathline terpelanting jauh. Alexander mendukung Kieyo yang tidak bermaya. Perubahan Alexander masih belum sepenuhnya. Dia masih dapat mengawal kewarasan. Kathline mengamuk lagi. Kesemua tetamu dibunuh. Pakcik mereka telah melarikan diri dalam sekelip mata. Yang tinggal hanya Kathline, Kieyo dan Alexander.

"Aku kena selamatkan Kathline tetapi macammana? Aku tak tahu cara." Kata Alexander perlahan sambil meletakkan Keiyo ditanah.

"Bagi darah kau lagi sekali....Biarkan dia minum sampai puas.... Itu satu-satunya cara..." jawab Kieyo perlahan. Sekali sekala matanya tertutup. Alexander mengambil sapu tangannya dan membalut leher Kieyo.

"Derma darah lagi ke? Aku harap aku tak akan menyesal buat benda ni." Ujar Alexander dan menghiris lengannya menggunakan kukunya yang tajam. Dia mempunyai masa sedikit sahaja untuk leraikan amukan Kathline sebelum dia sendiri hilang akal.

Alexander bergerak pantas. Kathline terapung diudara. Mereka bertarung menggunakan kekuatan masing-masing yang setara. Alexander bergerak lincah dan cuba memerangkap Kathline supaya dekat dengannya. Satu tumbukan di wajahnya menyebabkan dia jatuh ketanah. Kathline mencakar keseluruhan badan Alexander untuk melepaskan amukan dan menjerit sekuat hati. Mata Alexander tertumpu pada bulan yang terang. Dia menggunakan kekuatannya. Dia melompat keatas Kathline dan mengunci pergerakan Kathline ditanah keras. Darah yang mengalir dihalakan kearah mulut Kathline yang masih menjerit. Apabila Kathline merasai sedikit darah Alexander, serta merta dia menarik kasar tangan yang luka dan menghisapnya. Kedua-duanya masih terduduk di tanah. Alexander merenung bakal isterinya sedalam mungkin. Dia tidak menyangka gadis secantik ini ada kuasa amukan yang luar biasa. Tanpa ada sesiapa yang mengawal, Kathline pasti akan membunuh lagi. Bayangan adiknya yang telah mati dua tahun lepas muncul dihadapannya. Adiknya mati kerana terpaksa dibunuh selepas hilang kewarasan ketika mengalami perubahan kuasa dan fizikal pertama dibawah cahaya bulan terang. Dia yang telah membunuh adiknya sendiri selepas adiknya mengorbankan hampir kesemua kaumnya dalam satu malam.

"Kali ni takkan ada yang akan pergi lagi... aku akan jaga kau dan keluarga kau selagi aku mampu.." ucap Alexander perlahan sambil mengusap kepala Kathline perlahan. Keiyo yang terbaring dari jauh hanya mampu melihat dengan linangan air mata. Matanya melihat mayat ibunya yang perlahan-lahan menjadi abu hitam.

Setelah dirasakan keadaan kembali selamat, Alexander membawa Kathline dan Kieyo jauh dari kawasan rumah agam itu. Masing-masing tidak bermaya. Hanya menunggu untuk rebah. Alexander memasuki kawasan hutan berbukit yang tidak jauh dari situ dan mencari kawasan yang selamat. Satu gua dapat dilihat dari jauh. Alexander memasuki gua bersama-sama mereka dan berehat disitu. Seekor inu yang besar muncul dari dalam gua dan menolong Alexander. Mereka berehat didalam gua itu sambil dikawal oleh inu peliharaan Alexander.

(Tamat bab 2)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience