PERTEMUAN KAUM

Fantasy Series 921

(Keesokan harinya)

            Alexander tersedar dari tidur apabila dirasakan badannya ditindih oleh seseorang. Dia membuka mata dan melihat bakal isterinya yang tak jadi sedang elok tidur di atasnya dalam keadaan diri penuh kesan darah. Baju gaun kahwinnya juga koyak rabak. Adik iparnya lena tidur didalam dakapan inu jinak miliknya. Alexander bangun perlahan2 sambil mendukung 'isterinya' dan meletakkan isteri kesayangannya di tepi adik iparnya. Dia keluar dari gua. Dia memerhati keadaan sekeliling untuk melihat sebarang bahaya yang menanti. APabila dipastikan tiada sesiapa yang cuba berbuat jahat, Alexander berjalan menuju ke sebuah sungai cetek yang airnya amat cernih. Diminumnya sedikit air yang berada di kawasan tengah dan membasuh mukanya. Dia kembali segar. Luka di tangan juga telah sembuh sepenuhnya. Dapat dirasai gigitan dari Kathline yang bertukar menjadi vampire sepenuhnya semalam.

         Walaupun begitu, Kathline dapat diselamatkan. Manakala Kieyo dibawa ke kawasan persembunyiannya. Alexander perlu pastikan tiada sesiapa tahu kehadiran mereka di sana termasuklah puak inu. Jika mereka ditangkap, Kieyo dan Kathline pasti akan dibunuh kerana dua kaum ini tidak boleh bertemu. Salah seorang pasti akan mati.

Alexander mencari sedikit makanan seperti buah2an dan buah ceri liar untuk dibuat sarapan pagi. Setelah selesai, dia berjalan menuju kearah gua. Kathline dan Kieyo telahpun bangun dari tidur. Mereka menunggu kehadiran Alexander.

"Dah bangun? Nah! Makanlah. Ini je yang dapat saya cari. Maaf ya." Ajak Alexander gembira.

"Tak apa. Ini pun dah cukup. Jadi inilah rumah awak? Yang besar tu haiwan belaan awak ke? Jinak sangat! Dia suka dengan Kieyo!" Tanya Kathline gembira.

"Ya. Itu serigala yang dah lama saya jaga. Sejak dari ayah saya kecil dia memang dah ada. Sampailah saya dah besar dia masih lagi ada. Macam penjaga saya." Cerita Alexander.

"Alex, sebenarnya Kieyo dan ceritakan semuanya pada saya sebentar tadi tentang apa yang berlaku. Saya minta maaf kerana menyusahkan awak. Awak cedera disebabkan saya. Maafkan saya." Minta Kathline sedih.

"Tak apa. Saya sendiri yang salah. Saya yang patut berhati2. Saya tak sangka pula dengan darah saya, awak berubah menjadi vampire sepenuhnya. Dan disebabkan saya, keluarga awak termasuklah mak awak mati dibunuh. Maafkan saya juga." Balas Alexander perlahan.

Kedua2nya mengeluh berat. Mereka terdiam dan menyalahkan diri masing2. Kieyo yang berada di tengah2 hanya melihat Alexander dan Kathline dengan pandangan menyampah.

"Sudah2lah tu. Tak payah nak buat drama sedih kau orang kat sini. Benda dah jadi. Terima jelah. Hoi bulu! Aku lapar. Aku nak makan benda lain. Aku taknak buah! Cepat!" Arah Kieyo tegas dan berpeluk tubuh.

"Amboi! Seronoknya bagi arahan. Kalau kau nak makan sedap sememangnya boleh. Korang berdua kena betul2 sembuh sebelum aku bawa korang berdua ke kawasan kaum manusia. Kat sana banyak makanan yang korang boleh makan. Tapi.... bayar sendirilah. Sebab aku... tak ada duit sangat. Cukup untuk aku dengan Kathline je." Arah ALexander.

"Habis tu aku? Kata aku adik ipar kau. Belanjalah singgit dua. Kedekut punya abang ipar!" Marah Kieyo merajuk. Kathline menyeluk tangan kedalam bajunya tepat di dada dan mengeluarkan satu bunjut kain yang berisi wang emas. Alexander yang terpandang terpana seketika.

"Hoi!! Gatal!" Kieyo mengetuk kepala Alexander dengan kayu yang ada disitu.

"Adoi! Sakitlah! Wow! Kalau banyak ni, korang nak makan apa2 pun tetap tak habis duit emas ni. Kita pergi sekaranglah kalau korang dah bersedia." Ajak Alexander gembira sambil melambung2 duit di tangan. Kedua2 mereka tersenyum.

Mereka bertiga bertolak menuruni bukit untuk menuju kearah perkampungan manusia yang Alexander tahu. Kawasan itu terletak disebalik bukit dan disembunyikan didalam kawasan hutan. Disekeliling kampung dibina tembok yang mempunyai kuasa ajaib yang menghalang makhluk ghaib dari memasuki kampung. Kuasa ajaib itu dibina dengan mengunakan kuasa werewolf, vampire, pixie dan fairie yang tinggal disitu. Sebaik sahaja sampai, Alexander mengetuk pintu masuk yang besar itu beberapa kali. Dia yang memakai hoodie menurunkan baju hoodienya.

"Siapa?! Apa yang kau nak datang kesini?" Dua pengawal menjenguk dari atas. Alexander tersenyum dan melambai kearah mereka.

"Hai! Lama tak jumpa!" Sahut Alexander gembira. Kedua2nya tersenyum lebar.

"Alex!! Hoi! Alex dah balik!" Jerit mereka serentak. Pintu masuk dibuka dan kelihatan perkampungan yang kecil tetapi aman terserlah disebaliknya. Kedua2 pengawal tadi memeluk badan Alexander.

"Kau kemana? Kami cari kau tapi tak jumpa. Kami dengar khabar kau dah mati dibunuh oleh musuh sejati kau. Tak sangka kau hidup lagi! Sihat pula tu!" Luah salah seorang pengawal yang memakai topi. Dia menepuk mesra belakang Alexander.

"Aku ada hal sikit. Lepas keluar dari kampung ni aku mengembara sekitar bandar. Lepas tu masalah timbul. Aku balik ke sini. Oh lupa! Aku kenalkan Kathline dan Kieyo. Mereka adik beradik kembar. Dan untuk pengetahuan korang, Kathline ni isteri aku." Kenal Alexander sambil membanggakan diri.

"Isteri?! Kau bawa isteri?!! Anak siapa yang kau bawa lari ni?!" Kedengaran suara seseorang dari jauh. Muncul dua wanita yang agak tua di hadapan Alexander. Muka Alexander berubah pucat.

"Mother Lisa, mother Gina. Alex rindu ibu berdua!!" Alexander menerpa kearah wanita2 itu tetapi dua kaki tepat mengenai pipinya. Alexander tersungkur ke tanah.

"Bertuah punya anak! Dah setahun tak balik! Tiba2 muncul bawa isteri! Mana kau pergi hah?!" Marah Lisa yang memakai headband manakala Gina yang berambut panjang berdiri tegak dihadapan ALexander yang cuba berdiri. Dia mengusap pipinya.

"Ibu... kenapa kejam sekali dengan anak sendiri? Sakit tau. Alex rindu ibu tapi sanggup ibu pukul anak sendiri. Alex nak lari dari sini!" Rajuk Alexander pura2 menangis. Gina kelihatan sayu dan terus memeluk erat anaknya.

"Ibu minta maaf. Ibu geram sangat dengan anak ibu ni. Pergi tinggalkan ibu selama setahun. Ibu rindukan Alex. Kenapa tak balik sayang?" Gina memujuk Alexander lemah lembut.

"Tak payah nak baik sangat dengan budak bertuah ni. Suka merajuk. Lepas tu tinggalkan kita bertahun2. Ingat kita ni apa? Tunggul kayu?!"marah Lisa pula. Alexander tunduk.

"Sebenarnya kami ada benda nak bincang dengan ibu berdua. Sebagai ketua kampung, Alex harap ibu dapat tolong kami." Luah Alexander dengan wajah serius.

"Baik. Kamu bertiga sila kerumah kami. Tutup pintu dan kunci. Jangan bagi sesiapa masuk!" Arah Lisa tegas. Mereka menuju kerumah Lisa dan Gina.

(Dirumah Gina dan Lisa)

"Jadi kamu telah berkahwin dengan Kathline yang merupakan puteri dari keturunan Vampire? Dan sekarang kamu bawa dia kesini selepas keluarga mereka kena bunuh? Kenapa boleh jadi macam tu Kathline, Kieyo? Kamu bermusuh dengan sesiapa ke?" Tanya Lisa ingin tahu.

"Setahu kami, tiada sesiapa yang bermusuh dengan kami tapi selepas kejadian ayah dibunuh, saya dapat agak ada ketua keluarga lain yang inginkan takhta ayah secara rahsia. Mereka ingin hapuskan kami sekaligus. Tetapi mereka tak berjaya. Dengan keadaan saya yang tak berapa stabil dan mereka yang masih mencari kami berdua, saya takut kami akan bawa bencana pada kampung yang aman dan damai ni." Balas Kathline. Keiyo hanya mendiamkan diri.

"Dan sekarang mereka diburu oleh keturunan mereka sendiri selepas kejadian semalam. Mungkin mereka sedang menuju kesini. Vampire amat pandai dalam menjejak kaum mereka. Alex takut mereka buat kacau kat sini. Alex hanya nak bermalam kat sini untuk malam ni sahaja sebab Kathline dan Kieyo belum sembuh sepenuhnya. Alex kena jaga mereka dari dibunuh. Ibu faham kan?" Tambah Alexander serius. Lisa dan Gina hanya mengeluh panjang.

"Baik. Ibu benarkan. Ibu tahu niat anak ibu tapi ibu juga kena fikirkan tentang kampung ni dan penduduknya. Kamu pun kena faham. Kalau mereka kat luar sana tahu apa yang terjadi, ibu takut bencana yang sebenarnya akan berlaku. Benda buruk boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Entah esok entah lusa." Ujar Lisa.

"Sebab itu ibu harap kamu pandai2lah jaga diri bila kamu kat luar nanti. Bukan semua orang ni baik. Kadang2 di luar je nampak baik tapi di dalam hati kita tak tahu. Ibu harap sangat2 kamu boleh jaga diri masing2 tanpa ada banyak masalah. Boleh kan Alexander?" Balas Gina pula.

"Boleh ibu. Alex akan pikul tanggungjawab ni sebaik mungkin. Kalau ada apa2 masalah Alex akan beritahu ibu secepat mungkin. Inu akan tolong kami." Kata Alexander bersungguh2.

"Em makcik..... boleh tak saya minta makanan sikit? Saya lapar sangat ni. Saya bayar.." tiba2 sahaja Kieyo mencelah. Dia meminta makanan dengan pandangan yang sayu. Kedua2 wanita itu kesian melihat wajah Kieyo.

"Awww.... boleh sayang! Mari sini ibu sediakan makanan yang sedap2 untuk kamu semua. Mari!" Gina yang sukakan sesuatu yang comel terpikat dengan kecomelan wajah Kieyo. Kieyo dijamu makanan yang lazat2 seorang diri.

"Takkan dia je ibu? Anak ibu dan menantu ibu ni macammana?" Rajuk Alexander sambil bangun dari kerusi. Kieyo menjelirkan lidah pada Alexander. Kathline hanya ketawa melihat gelagat mereka.

"Boleh! Mari sini kita makan sama2. Kathline, mari makan." Ajak Lisa sambil menarik tangan Kathline.

Mereka menjamu selera bersama2. Mereka juga berbual hinggalah malam menjelma. Kesemua penduduk mengadakan sedikit jamuan untuk meraikan kepulangan ALexander di kampung itu. Mereka bersuka ria hingga larut malam.

"Mother Lisa, Alexander memang lahir disini ke?" Tanya Kathline ketika minum disebelah Lisa di keramaian itu.

"Taklah. Sebenarnya kami tak ada sebarang pertalian pun dengan Alex tu. Dua tahun lepas kami jumpa dia luka parah di sungai tak jauh dari kampung. Kami rawat dia disini. Selepas dia sedar, dia tak ingat siapa dia yang sebenarnya. Yang dia ingat hanya ingatan mengenai adiknya yang mati dibunuh oleh diri dia sendiri. Di mana dan bagaimana dia tak ingat. Hanya cebisan ingatan itu sahaja yang ada dalam kepala dia. Sepanjang tempoh penyembuhan, dia asyik meracau dan trauma dengan apa yang dia ingat hinggalah dia sembuh sepenuhnya. Disebabkan kami tak tahu nak panggil dia apa, jadi kami panggil saja Alexander. Tahun lepas dia mengambil keputusan untuk mengembara mencari diri dia yang sebenar. Tapi lain pula yang dibawa balik. Hahaha!" Cerita Lisa panjang lebar. Kathline malu2.

"Jadi, Alex tu anak angkat ibu berdualah. Oh! Baru saya faham. Sebab saya hairan macammana ibu berdua yang merupakan fairie dapat anak werewolf macam dia." Luah Kathline jujur. Kedua2nya gelak besar. Malam semakin larut. Selepas seketika, mereka mengambil keputusan untuk tidur kerana esok mereka akan memulakan perjalanan jauh.

(Tengah malam)

Kathline mengalami perubahan untuk kali kedua. Tetapi perubahannya tidak lama kerana Lisa dan Gina ada bersama. Mereka cuba menghalang dari kemusnahan berlaku. Alexander sempat memberi darahnya kepada Kathline sebelum dia berubah sepenuhnya. Malam itu berlalu dengan selamat.

(Keesokkan harinya)

"Ibu Lisa, ibu Gina, Alex pergi dulu. Kalau dah selesai semua masalah, Alex balik lagi ke sini. Kalau ada benda yang Alex nak minta tolong ALex akan hantar surat. Alex akan rindu ibu2 berdua." Luah Alexander sayu. Lisa membuka headbandnya dan mengikat di kepala Alexander.

"Terima ni sebagai hadiah dari ibu. Ibu tunggu Alex balik sini ok." Balas Lisa sambil menjentik dahi ALexander.

"Yang ini hadiah dari ibu. Ibu harap Kathline terima hadiah dari ibu." Gina memberi satu rantai yang berkalung mutiara yang luar biasa warnanya. Kathline begitu gembira mendapat hadiah yang bermakna dari ibu2 barunya.

"Terima kasih ibu Gina. Terima kasih sangat2." Ucap Kathline sambil memeluk erat Lisa dan Gina.

"Kieyo, walaupun kami ni bukan keluarga kamu, anggap saja kami ni ahli keluarga kamu yang baru. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu. Jangan risau ya." Gina dan Lisa memeluk dan mengusap kepala Kieyo beberapa kali.

"Baik ibu. Terima kasih." Ucap Kieyo pula. Mereka meneruskan perjalanan mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Ketika mereka sedang berjalan melintasi satu sungai, muncul seorang lelaki dari sebelah tasik. Dia menjerit meminta tolong. Kelihatan juga beberapa lelaki yang memakai pakaian seperti pengawal istana sedang menghalakan senapang kearahnya.

"Kita kena selamatkan dia. Kamu berdua tunggu sini. Jangan keluar. Saya nak selamatkan dia dulu." Kata Alexander.

"Tapi Alex, aku rasa kita tak patut tolong dia. Aku rasa lain macam bila aku tengok lelaki tu. Mungkin dia memang patut kena tangkap." Bantah Kathline serius. Alexander melihatnya dengan pandangan pelik.

"Kenapa kau fikir macam tu? Kita kena selamatkan sesiapa yang berada dalam kesusahan tak kiralah siapa orang tu. Lagipun dia minta tolong. Aku tak boleh biarkan." Balas Alexander pula dan terus meninggalkan mereka berdua. Kathline dan Kieyo hanya menunggu di dalam semak.

Selepas seketika, kedua2 pengawal itu melarikan diri kerana diganggu oleh kelibat misteri. Lelaki yang agak berusia yang telah diselamatkan oleh Alexander kelihatan tunduk ke arah Alexander beberapa kali sambil mengucapkan terima kasih.

"Kathline, Kieyo. Kenalkan ini kawan baru kita. Dia manusia biasa. Dia hampir ditangkap oleh pengawal istana Rupert the third tadi sebab kesalahan menceroboh. Tapi dia tak bersalah. Sebab tu dia lari. Kenalkan ini isteri dan adik ipar saya." Kenal Alexander tenang. Kieyo pula melihat lelaki itu dengan pandangan curiga dan wajah yang agak terkejut. Dia menarik lengan ALexander dan Kathline secepatnya.

"Korang tahu tak siapa Rupert the third tu? Dia adalah ketua vampire yang tertinggi keturunan kami. Dialah yang mengawal kesemua vampire termasuklah kami sekeluarga. Takkan manusia boleh masuk kedalam kawasan vampire dan hidup macam dia ni? Apa yang aku tahu Rupert the third suka membunuh manusia untuk darah mereka. Kau percaya ke cakap lelaki mabuk ni?" Kata Kieyo curiga. Alexander menggosok dagunya yang tidak gatal.

"Em... betul juga tu. Tapi takkan nak biarkan. Kita berjaga2lah nanti. Dia ada bagitahu nak pergi ke bandar. Sampai ke sana, kita tinggalkan dia. Amacam?" Cadang Alexander sambil berbisik.

"Ok. Kita ikut plan kau. Jomlah cepat. Lagi cepat sampai di bandar, lagi bagus." Tambah Kieyo. Mereka bertolak ke bandar lain dengan segera.

"Alexander, terima kasih sebab selamatkan aku tadi. Kalau kau tak ada, tak tahulah aku apa nak jadi. Terima kasih banyak2." Ucap lelaki itu.

"Tak apa. Kebetulan aku ada kat situ. Aku tolonglah mana yang boleh. Jangan risaulah." Kata Alexander sambil tersenyum.

"Nama aku joseph. Aku pengembara. Aku tak tahu istana kat bandar sana tadi tak boleh masuk. Jadi aku teruskan je masuk dalam kawasan istana tu. Tiba2 ada askar nak tangkap aku. Jadi aku larilah sekuat hati sampailah aku jumpa kau." Cerita Joseph bersungguh2.

"Oh! Macam tu ke? Bandar tu memang tak bagus. Kau tersilap langkah kesana. Sekarang kami semua nak ke bandar Rias. Kau ikut kami kesana dan kita akan teruskan perjalanan kita seterusnya disitu." Alexander jujurkan dirinya.

"Ok! Aku ikut je. Kau tunjukkan jalan ya. Aku tak tahu jalan ke sana." Ujar Joseph. Mereka mengangguk faham. Kathline dan Kieyo masih dengan mode berjaga2nya.

(Dibandar Rias)

"Kita dah sampai! Jadi setakat ini sajalah pertemuan kita. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi." Kata Alexander sambil bersalam dengan Joseph.

"Baik Alex. Terima kasih. Hati2 jalan. Nanti kita jumpa lagi." Joseph berlalu dari situ dengan senyuman.

"Nasib baik tak ada apa2 yang terjadi. Kalau tak, aku takkan teragak2 untuk hapuskan dia." Bisik Kieyo.

"Jangan risaulah. Aku rasa dia tak ada niat jahat." Balas Alexander perlahan. Kathline menarik lengan baju Alexander perlahan.

"Awak, saya laparlah. Jom makan dulu. Saya ada bawa bekal. Kita makan kat belakang sana." AJak Kathline. Kieyo dan Alexander hanya mengangguk faham.

Mereka berjalan kearah satu lorong kecil. Kelihatan beberapa lelaki berada di kawasan itu yang merupakan gelandangan. Mereka makan dan berkongsi makanan dengan gelandangan2 itu. Itulah resmi hidup di bandar. Yang kuat akan dihormati manakala yang miskin akan dihina. Seperti mereka.

Sebaik sahaja roti dimasukkan ke dalam mulut, beberapa das tembakan kedengaran dan lelaki tadi terperanjat. Mereka melarikan diri. Hanya ALexander, Kieyo dan Kathline berada di situ. Makanan terjatuh kelantai. Kathline berlindung dibelakang Alexander dan Kieyo bersedia untuk menyerang.

"Nampaknya aku dah jumpa kamu bertiga. Hoi! Mari sini!" Seorang lelaki yang lebih kurang sama umurnya seperti Alexander memanggil seseorang. Joseph keluar dari tempat persembunyian. Lelaki yang memakai kot itu memberi sesuatu kepada Joseph.

"Joseph.... siapa mereka ni?" Alexander terkejut melihat keadaan di hadapannya sekarang ini.

"Maaf Alex. Aku nak duit. Diorang beritahu aku jika aku nampak dua lelaki dan seorang perempuan dalam gambar yang diedar, hadiah lumayan akan diberikan." Satu gambar ditunjukkan kearah mereka bertiga.

"Kami dari istana Rupert the third ditugaskan untuk menangkap penjenayah yang sama seperti gambar di atas kesalahan menculik putera dan puteri kami yang amat penting. Sila beri kerjasama untuk ikut kami ke istana."arah salah seorang pengawal. Senapang ditujukan kepada mereka.

"Tak mungkin!" Alexander bersedia untuk berlawan dengan mengeluarkan dua pisau belati dari pinggangnya.

(TAMAT BAB 3)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience