BAB 5

Romance Completed 9674

Empat ekor makhluk yang berada dihadapannya merenungnya lama. Tadi bukan main rancak cakap laparlah. Kebulurlah. Mengalahkan orang yang setahun tak makan. Bila makanan dah depan mata takde pulak nak makan. Agaknya bila tilik mukanya yang handsome tu terus kenyang agaknya.

“Malek, Pian, Epul dan Man sila jemput makan. Faham?” Helfi memecahkan kesunyian mereka berlima. Dia sudah menadah tangan membaca doa makan.

“Fi kau rasa tak apa yang kitorang rasa?” Malek menjawab soalan dengan soalan.

“Rasa apa? Aku tak rasa apa kecuali lapar.” Sengaja dia cuba mengelak hala tuju soalan Malek. Dia dapat mengagak destinasi soalan tersebut.

“Bro! Kau jangan buat lawak boleh? Ini soal serius. Jodoh bro, jodoh!” Malek menarik pinggan Helfi kepadanya. Mahu Helfi menumpukan perhatian kepada topik perbincangan.

“Malek aku L-A-P-A-R! Nanti aku tak boleh fokus kalau lapar dan bila tak boleh fokus, aku tak boleh jawab soalan gila kau tu.” Helfi menarik kembali pinggannya daripada Malek.

“Aku setuju dengan Malek. Ingat kitorang bodoh? Tak nampak perasaan yang jelas tertulis dekat dahi kau tu?” Epul yang dari tadi mendiamkan diri bersuara.

“Kusut! Apa korang nak sampaikan ni? Rasa, jodoh, perasaan lepas tu dahi! Nonsense!” Helfi sudah naik angin.

“Se tiga suku kitorang ni, kitorang tak bodoh nak baca perasaan kau dekat Awim!” Epul teruss menuju kepada topik sebenar. Tak faham jugak tak tahulah nak cakap apa.

“Okay sekarang apa pulak kaitan dengan Awim?” Helfi meletakkan sudu dan garfu yang berada ditangannya.

“Kau suka Awim kan? Ingat kitorang tak tahu apa kau buat selama ni?” Malek bertanya.

“Apa yang korang tahu? Kalau aku suka Awim pun kenapa?”

“Kitorang tahu kau selalu duduk dekat fakulti bila Awim balik sorang, kau pergi library senyap-senyap bila Awim study dekat sana sampai lewat petang.” Pian yang biasanya pendiam turut bersuara.

“So? Dia perempuan dan kawan aku. Kenalah aku jaga keselamatan dia.”

“Tapi tak semua perempuan kau buat macam tu kan? Tak semua kawan kau jaga macam tu.” Kata-kata Pian disambut anggukan tiga yang lain. Bersetuju dengan kata-kata Pian.

“I want to be her knight in shining armor.” Perlahan kata-kata Helfi menyusup masuk ke sanubari empat sahabat dihadapannya.

“Tak salah Fi. Tapi kau dah biarkan another knight masuk dalam hidup dia.” Epul merujuk kepada Sultan Mansur Syah yang dilihat mereka berlima pagi tadi.

“Awim bukan barang yang boleh aku cop. Bukan perempuan yang boleh aku cakap dia milik aku. Lelaki mana pun yang masuk dalam hidup dia aku tak boleh halang. Kecuali lelaki tu berniat tak baik dengan dia, ya aku kena ke depan untuk pertahankan dia.” Panjang lebar Helfi menjelaskan.

“Perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. Kitorang kenal kau Fi. Kitorang yakin kau boleh jaga dan bahagiakan Awim. Awim pun bukan perempuan sembarangan. Dalam bergurau dia tetap dia tahu batas pergaulan yang dia kena jaga.” Pian memandang tepat ke dalam anak mata Helfi.

“Tapi aku tak boleh halang qada’ dan qadar Allah. Kalau lelaki tu yang Allah ciptakan untuk Awim, aku kena terima.” Helfi meraup wajahnya perlahan. Mencari kekuatan yang sedikit goyah.

“Jadi kau nak buat apa? Biar je macam tu? Make a move bro!” Malek menolak bahu Helfi lembut.

“You know what Malek? Allah made a noble tradition in Islam which is MARRIAGE. A barrier between halal and haram. Aku tak nak rosakkan diri aku dengan Awim dalam hubungan cinta kalau perkahwinan tu adalah yang lebih baik dan diredhai Allah.” Kata-kata Helfi membuatkan rakan-rakannya terdiam.

“Aku sokong apa juga keputusan kau.” Pian tersenyum. Memahami kemahuan Helfi.

Malek dan yang lain ikut tersenyum. Menghormati keputusan Helfi. Helfi tahu apa yang terbaik buat dirinya dan juga Awim.

******

Perlahan-lahan dia membuka lipatan sampan kecil yang diberi Muslim. Ada nota pendek yang ditulis dengan dakwat hitam. Cantik tulisannya. Klasik! Seperti awan larat.

Awim, sudi awak menjadi sahabat saya?

Sahabat yang awak kenal saat hujan turun.

Sahabat yang mahu mendayung bersama awak saat susah dan senang.

Sahabat yang mahu berkongsi keceriaan pelangi bersama.

-Khairul Muslim-

Di penjuru kiri kertas tertulis nombor telefon lelaki bernama Muslim itu. Sahabat? Muslim mahu menjadi sahabatnya? Sungguh dia bertuah jika mempunyai sahabat sebaik Muslim. Muslim dirinya seperti Helfi juga. Prihatin. Dia bersyukur Allah kurniakan dia sahabat sebaik mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience