BAB 2

Romance Completed 9674

Jam di pergelangan tangan dibeleknya. Jarum pendek berada di nombor lima dan jarum panjang di nombor tujuh. Sudah 5.35 petang! Langit yang gelap menandakan hujan akan turun bila-bila masa sahaja membuatkan keadaan sekarang seperti sudah pukul tujuh. Guruh dari tadi berdentum di langit.

“La haula wala quwwata illa billa hil ‘aliyyil ‘a ziim.” Pantas Awim menyebut kalimah itu bila kilat sabung-menyabung di langit. Menghilangkan sedikit ketakutan dan debaran dihatinya.

Bas yang dinanti masih juga belum tiba. Menyesal pun ada kerana tidak ikut Ain balik ke kolej menggunakan tangga. Tapi buku yang banyak memaksa dia untuk mengambil bas. Buku Research dan Management yang sememangnya dia perlu pinjam di library tadi untuk membolehkan dia lebih memahami dan menghadam apa yang di ajar lecturernya. Sekadar mengharapkan nota yang diberi memang tidak cukup. Vroommmm.

Sebuah motorsikal berwarna hijau hitam berdesup laju. Awim sudah menyumpah didalam hati. Show off! Macam dia seorang yang ada motor dekat muka bumi ni. Kalau nak tumpangkan ke takpe lah jugak. Ini setakat bagi aku asap baik tak payah. Motor hijau hitam itu sudah hilang dari pandangannya. Bawak macam pelesit. Awim malas ambil pusing dan memanjangkan lehernya kembali berharap bas akan muncul. Hampa.

“Eh?” Awim sedikit terkejut. Motor hijau hitam itu.

“Tadi bukan baru lalu je ke motor tu? Kenapa ada lagi?” Awim sudah mula diserang kebimbangan. Entah-entah peragut tak? Ke perogol bersiri?

Motor hijau hitam itu semakin dekat dengan tempat menunggu bas yang dia berada sekarang. Perlahan-lahan motor itu berhenti di hadapannya. Wajah si penunggang tidak dapat dilihatnya. Hanya sepasang mata yang redup sahaja dapat dilihat. Awim mengangkat keningnya sedikit. Seakan bertanya kenapa berhenti dekat sini? Si penunggang turun dari motornya. Langkah di atur menuju ke arah Awim yang masih tegak berdiri.

“Tunggu bas?” Nah! Baru bersuara.

Si penunggang motorsikal membuka helmetnya. Rambut yang sedikit tak terurus dirapikan. Kacak. Getus hati Awim. Chill Awim! Muka kacak entah-entah penjenayah. Jangan terpedaya dengan rupa luaran.

“Err dekat bus stop mestilah tunggu bas. Takkan tunggu lori.” Awim membalas dengan sedikit sindiran. Apa ke bangang soalan yang ditanya.

“Amboi kecil-kecil cili api. Comel-comel cili padi.” Si penunggang tadi membalas. Sengaja perkataan kecil dan comel itu ditekankan. Merujuk kepada fizikal Awim.

“Encik ni siapa? Dah ada motor kenapa duduk sini? Dah tu peramah mengalahkan wakil rakyat.” Awim memberanikan diri bertanya.

Si penunggang tadi memandang setiap sudut tempat menunggu bas tersebut. Entah apa yang ingin ditiliknya. Pelik sungguh perangai.

“Hmm dekat sini takde pun tulis ‘ORANG YANG BAWAK MOTOR DILARANG DUDUK DI SINI.” Si Penunggang menjawab dengan senyum senget di bibir. Perli!

“Ok fine.” Awim mengetap bibir bawah. Eeeee sakitnya hati!

Masing-masing kembali membisu. Kenal pun tak mustahil nak sembang bagai nak rak macam dah dua puluh tahun kenal. Awim sendiri malas nak melayan kalau sekadar kata-kata lelaki itu berupa perlian. Hanya sesekali kedengaran rintik hujan menyentuh bumbung tempat menunggu bas. Tepat jangkaannya, langit yang gelap memberi petanda hujan akan turun. Cepatlah bas muncul! Makin lebat pulak hujan ni nanti.

“Hana, dul, set…” Si Penunggang tadi mengeluarkan suara machonya yang tersimpan. Kedengaran asing bahasa yang digunakan.

“Korea?” Awim menoleh ke arah Si Penunggang yang masih menyebut bahasa asing itu. Jampi serapah ke apa ni?

“Yup! Satu, dua, tiga?” Si Penunggang menjawab dengan mata masih memandang ke arah bumbung tempat menunggu bas. Dapat dilihat senyuman terukir dibibirnya.

“Oh, encik kira apa?” Awim bertanya. Gelagat Si Penunggang itu menarik minatnya.

“Hmmm rintik hujan?” Si Penunggang memandang ke arahnya sebelum menundukkan wajah. Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Manis.

“Rintik hujan? Oh.” Awim terkedu. Berfikir relevannya Si Penunggang itu mahu mengira rintik hujan. Kalau kira bintang tu dah biasa dia dengar. Kambing biri-biri ke. Ini rintik hujan?

“Setiap titis hujan tu bersamaan dengan rindu untuk seseorang.” Seakan memahami apa yang ada difikirannya, Si Penunggang memberi penjelasan.

Awim hanya menganggukkan kepalanya. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Mahu ketawa terasa kurang ajar pulak.

“Kenapa diam? Saya pelik ye?” Si Penunggang bertanya.

“Eh tak. Cuma jarang jumpa orang macam encik. By the way saya suka hujan.” Entah kenapa dia memberitahu Si Penunggang itu.

“Oh. Unik itu saya. Ganjil itu saya. Pelik itu saya. Aneh itu pun saya. Tapi orang cakap yang suka hujan tu, romantik orangnya.” Antara bergurau dan kenyataan Si Penunggang berkata.

“Haha. Unik, ganjil, pelik dan aneh bukan sama ke?”

“Haha saja bagi banyak sikit. Nak menunjukkan betapa uniknya seorang Muslim.”

“Seorang MUSLIM?” Awim mengangkat keningnya sedikit. Memohon penjelasan.

“Lupa pulak. Saya Muslim. Awak?” Si Penunggang memperkenalkan diri.

“Awim.” Pendek Awim membalas.

“Awim? Unik.” Muslim menganggukkan kepalanya sedikit. Menghadam nama yang baru didengarinya.

“Unik, ganjil, pelik dan aneh itu saya.” Awim menggunakan jenaka yang sama digunakan Muslim tadi.

“Haha well nampaknya kita ada persamaan.”

“Persamaan untuk penggunaan empat perkataan tu.” Awim mengiakan.

“Awim, awak selalu tunggu bas sorang-sorang ke? Mana kawan awak?” Muslim mengubah topik perbualan.

“Diorang dah balik dulu. Saya pergi library kejap tadi.” Awim menunjukkan buku-buku yang dipegangnya kepada Muslim.

“Oh. Tapi bahaya awak tahu. Dengan cuaca macam ni. Gelap pulak tu.” Muslim menunjukkan keprihatinannya.

“Jangan risau. Allah bersama saya.” Awim mengukir senyuman.

Muslim ikut senyum mendengar jawapan Awim. Di kejauhan muncul bas yang dari tadi ditunggu Awim. Awim sudah bangun dari duduknya. Begitu juga Muslim yang ikut sama bangun dan mencapai helmet yang berada disisinya.

“Awim, lain kali ajak teman ok? Saya tahu Allah bersama awak tapi apa salahnya kita berhati-hati. Dari tadi ada orang tengok awak. Bahaya.” Muslim mengingatkan Awim sekali lagi.

“Ada orang tengok saya? Mana? Jadi sebab tu awak patah balik?” Awim bertanya. Sedikit terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan Muslim.

“Dia dekat dengan bangunan fakulti belakang tempat tunggu bas ni.” Muslim memberitahu. Awim sudah ingin menoleh ke belakang melihat ‘orang’ yang dikatakan Muslim.

“Jangan pandang. Nanti dia tahu kita nampak dia.” Muslim menghalang. Awim menganggukkan kepala tanda memahami.

“Jadi betullah awak patah balik sebab tunggu saya?” Awim masih inginkan kepastian dari Muslim.

“Bas awak dah sampai. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Muslim mengenakan helmet ke kepalanya. Tidak menjawab pertanyaan Awim.

Bas berhenti betul-betul dihadapan Awim. Pantas Awim masuk ke dalam perut bas. Salam yang diberikan Muslim hanya dijawab didalam hati. Awim mengambil tempat duduk berhampiran tingkap. Muslim mengangkat tangan ke arahnya sebelum berlalu pergi dengan motor hijau hitamnya. Awim teringat kata-kata Muslim tadi. Mata melilau mencari kelibat ‘orang’ yang dikatakan Muslim. Tepat seperti yang dikatakan Muslim. Ada seseorang yang berada di fakulti memerhatikannya. Tapi tidak dapat dilihat dengan jelas wajah ‘orang’ tersebut kerana jarak yang jauh. Perlahan-lahan bas bergerak meninggalkan tempat tersebut. ‘Orang’ yang dikatakan Muslim turut sama menghilang.

‘Siapa Muslim tu ye?’ Desis hati Awim. Indahnya nama seorang Muslim sama seperti indahnya keprihatinan dan kebaikan yang ditunjukkannya. Jatuh hati kah aku dengan insan bernama Muslim itu? Ahh jatuh hati dengan keperibadiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience