BAB 4

Humor Completed 300

“Mana dewan seminar kita?” soal Rahayu . Dia mula rasa seram sejuk. Suasana semakin suram.

“Aku rasa kita kat alam bunian lah... kau tengok semua tulisan jawi” Suraya menjuihkan bibirnya. Rahayu seperti mahu menangis. Dia rindukan keluarganya. Baginya, kalau sudah masuk ke alam bunian memang mustahil untuk pulang lagi.

Pintu bilik mereka di ketuk. Mereka memandang ke muka pintu.

“Wakakakakakkakakaa..... kuning!!!!” ketawa Rahayu dan Suraya sewaktu melihat Puteri Balqis Seroja sudah berwarna kuning kunyit. Siap bau kari lagi!!!!

“Cantik sangatlah kuning macam ni. Kamu tipu!!!” jerit Puteri Balqis Seroja . Suraya bangun. Ketakutannya sudah hilang. Dia menghampiri Puteri Balqis Seroja tetapi baru sahaja dua langkah, muka Puteri Balqis Seroja menjadi sangat garang. Matanya menjadi merah seperti delima. Tanpa sebarang ketakutan, Rahayu terus menampar muka puteri Balqis Seroja dengan kuat. Terduduk dengan tangisan....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience