BAB 2

Humor Completed 300

“Dari mana tuan hamba dapat pakaian aneh begini?” pelik pula dia.

“Ini seluar jeans!” jawab Suraya . Terus semua hulubalang di sekitar hotel yang gayanya seperti istana itu mengelilingi Suraya dan Rahayu . Hujung tombak diacu agak jauh. Mereka kelihatan sedikit gentar.

“sedangkan jin pun mereka jadikan seluar, inikan pula kita wahai Aduka Sakti Wijaya ?” soal salah seorang dari mereka.

“Perghhhhhhhhhhhhhhh nama klasik betul!!!!” gelak Rahayu .

“Aduka Sakti Wijaya ?.... atau cinta sakti nyanyian kumpulan Def Gab C tu ke?
Wakakakakakkakaka” Suraya dan Rahayu mula menepuk tangan antara satu sama lain.

“Tangkap!!!” arah Aduka Sakti Wijaya .

“Jaga bicara tuan hamba!!!!!” terus Suraya dan Rahayu dibawa masuk ke dalam hotel.

“Ishhh.. buruk bebenar layanan hotel ni” kata Suraya sewaktu mereka duduk di atas lantai kayu.hotel yang kelihatan lain diluar tadi seolah – olah bertukar menjadi istana melayu zaman dahulu. Semua perhiasan memang benar – benar lain.

“Kita salah masuk terowong ke?” Rahayu menggaru – garu kepalanya. Walaupun masih dalam keadaan bingung, sempat juga Rahayu mengeluarkan kuaci cap joget dari beg tangannya. Dia dan Suraya sama – sama mengopek kuaci itu sambil ketawa riang.

DUMMMMM..

Semua di situ terkejut. Seorang wanita berselubung kain putih duduk diatas kerusi yang dihias indah.

“Kamu sudah tiba akhirnya...” suara yang persis seorang nenek itu terbongkok – bongkok menghampiri Rahayu dan Suraya yang masih mengopek kuaci.

“Apa yang kalian gigit itu?’ soalan nenek itu dijawab dengan senyuman.

“kuaci nek” sengih Rahayu .

“kenapa kamu tak mempelawa aku untuk menikmati binatang hitam bujur – bujur itu. Kelihatannya sangat lazat sekali” kain yang menutup wajah nenek itu membuatkan Suraya dan Rahayu beriya – iya mahu mengintai nya.

“Binatang?...kahkahkakakhakha. apa ke bendanya binatang!. Ini kuaci” terang Suraya . Kuaci ni selain makan, orang buat mandi dengan air kunyit. Bagi awe muda” gurau Suraya .

“Aduka Sakti Wijaya !!!” panggil nenek itu.

“Ya Puteri Balqis Seroja ...” jawab Aduka Sakti Wijaya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience