BAB 3

Humor Completed 300

“Puteri?????????????” serentak Suraya dan Rahayu bersuara dan sudah pastinya tawa mereka pecah lagi. Kali ini melebihi rekod sukan sea kerana sudah melebihi lima minit.

“bongkok tua kerepot ala – ala kertas renyok ni pun masih puteri lagi?. Wallaweiiiiiiiiiiiiii.... dasyat tul!!!!” kata – kata Rahayu itu mengundang rasa marah di hati Puteri Balqis Seroja .

“Ambil kesemua kuaci mereka dan rendamkan didalam air kunyit. beta mahu mandi agar kelihatan muda seperti mereka” arahan Puteri Balqis Seroja membuatkan air liur Suraya dan Rahayu meleleh. Tak percaya ada juga orang yang lurus batang bendul begini. Suraya tidak mahu melepaskannya. Dia menarik semula kuaci di tangan Aduka Sakti Wijaya dan begitu juga sebaliknya. Rahayu terpaksa masuk campur. Dia menyuruh Suraya membiarkannya sahaja. Esok – esok boleh beli lagi.

“Errrr.. jangan lupa campur santan, serai, daun kari tau” sengih Suraya sinis dan bagai tidak percaya sekali lagi arahan itu dipatuhi.

“Beri mereka makan. Beta mahu mandi dahulu. Semoga sumpahan ini hilang” kata Tuan Puteri Balqis Seroja . Rahayu dan Suraya tidak mahu makan kerana mereka yakin ada sesuatu yang tidak kena...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience