BAB 1

Humor Completed 300

Siapa itu Rahayu ?. Siapa itu Suraya ?.... mengapa setiap kali mereka bersama pasti akan terpacul tawa yang paling kurang lima minit tempoh masanya. Lamakan?... memanglah lama. Seorang 2 minit setengah. Kalau Rahayu seorang tawanya hambar. Berbeza pula apabila Suraya ada.... semuanya berganda. Apa sahaja pasti akan di ‘wakaka’ kan. Sampai bos pakai stoking terbalik pun mereka perasan. Pejabat suram bagai dilanda garuda apabila mereka berdua di arahkan menghadiri satu seminar di Johor Bharu.

Bukannya sengaja tetapi memang terpaksa menghalau mereka dari pejabat itu selama beberapa hari kerana bos yang amat mereka kasihi itu diserang sakit gigi secara tiba – tiba. Setipa kali Rahayu dan Suraya ketawa, gigi bos mereka itu seperti dihentak – hentak dnegan batu bata.

Maka.. bertolaklah mereka ke Johor Bharu. Dari awal perjalanan kereta mereka mula buat hal. Masuk kali ini sudah empat kali Rahayu terpaksa menolak kereta dengan wajah yang ayu untuk menarik perhatian pemandu lebuhraya yang lain agar menolong mereka. Caranya berhasil. Seorang lelaki mula menawarkan pertolongan.

“Kenapa dik?” soal lelaki itu sambil mempamerkan giginya yang hanya tinggal sebatang. Itupun hanya separuh. Suraya yang baru menyedarinya mula menekup mulut. Rahayu memandang Suraya dan kemudiannya lelaki itu. Mereka berdua merenung gigi lelaki itu sambil ketawa besar...seperti biasa selama lima minit. Dalam tempoh seminit, lelaki itu masih lagi mampu bersabar tetapi cukup sahaja 4 minit 3 saat , lelaki tadi terus beredar. Sakit benar hatinya.

“Eh.. abang!!!!!” jerit Rahayu sambil mendapatkan skuter anaknya di dalam kereta. dia mengejar lelaki itu dengan skuter. Kakinya tak mampu berlari sejauh itu kerana melecet akibat bermain sepak takraw bersama atuk jirannya. Suraya mula menggodek kereta mereka sendiri dan akhirnya dia berjaya. Rahayu yang baru sahaja pulang dari mengejar lelaki gigi satu itu tadi bersyukur.

Setelah hampir empat jam, mereka tiba di sebuah hotel yang agak usang. Terdetik juga di hati Suraya mengapa bos mereka terlalu kedekut untuk menyediakan mereka sebuah hotel yang selesa lagi mewah. Mereka memegang jawatan penting di dalam syarikat bukannya kerani biasa. Dari jauh kelihatan seorang hulubalang yang segak bertanjak. Senyumannya membuatkan hati Rahayu mula cair seperti ais di tengah padang pasir.

“Ada apa tuan hamba ke mari?’ soal lelaki itu.

“Wakakakakakkaa.. lawaklah... hotel macam ni!!!” gelak Rahayu dan seperti biasa disahut oleh Suraya . Sampai tekan – tekan perut. Hulubalang itu hanya merenung.

“Mengapa begitu aneh gaya tuan hamba ketawa?. Seperti anai – anai di hujung tembok gayanya” sambung lelaki itu lagi.

“Mana lak dia tahu anai – anai gelak?” sengih Rahayu .

“Baby sitter anai anai kot wakakakakakkakaka” gelak lagi!. Hulubalang itu tersenyum. Dia memandang pakaian Suraya dan Rahayu yang berseluar jeans dengan aneh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience