BAB 1

Horror & Thriller Completed 9503

PING! PING!

NOTIFIKASI mesej dari Whatsapp berdesup-desup masuk. Ditanggalnya telekung lalu diletakkan di tempat penggantung baju.

Dia melabuhkan tubuhnya di sofa lalu ditelitinya alamat di dalam group WhatsApp yang diterimanya dari seorang rakan. Sudah beberapa hari dia mencari rumah untuk disewa selepas mendapat kerja di Daerah kecil ini. Bila fikirannya telah buntu, dia memohon pertolongan dari beberapa group WhatsApp yang disertainya.

Berdasarkan info yang diterima dari temannya, tempat di dalam alamat itu hanya satu kilometer saja dari tempat dia bekerja. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Aini pun hanya mempunyai sebuah motosikal saja untuk ke tempat kerjanya. Belum mampu membeli kereta memandangkan dia bukan dari golongan orang senang.

‘’No 2A, Jalan Pokok Delima’’Aini membaca perlahan, sambil matanya memerhatikan keadaan sekeliling.

Kata kawannya lagi, rumah yang bakal disewanya hanya rumah kampung biasa yang mempunyai dua bilik. Separuh papan dan sudah ada seorang penghuni di dalamnya.

"Agaknya, ini kot rumahnya?" Aini bermonolog sendiri. Sebuah rumah sederhana sudah terpampang di depan matanya. Aini memberhentikan motornya di halaman rumah, dia menoleh kiri dan kanan. Halaman rumah yang bersih dan penuh dengan pokok-pokok bunga menarik minatnya.

"Assalamualaikum..." Aini memberi salam. Hatinya teruja kerana bakal bertemu dengan rakan serumahnya.

"Assalamualaikum.." salam pertama tak bersambut, Aini tak berputus asa dan salam terus diberi.

Kriukkk....pintu terbuka dari dalam, seorang gadis sudah berdiri di depan pintu. Aini terus tersenyum gembira sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Salamnya bersambut, namun bibir gadis itu langsung tak membalas senyumannya. Wajahnya beku tanpa seulas senyuman ataupun riak gembira melihat Aini di depannya.

"Hai..saya Aini. Err..saya datang nak tengok-tengok rumah. Kawan saya kata, rumah ni nak disewa ya?" Ramah Ain bersuara sambil melangkah masuk.

"Awak tak sihat ke? Tangan awak sejuk betul. Muka awak pun pucat." Ain ajukan lagi soalan. Gadis itu masih merenung Ain tanpa berkelip dan langsung tak bersuara.

"Dah lama awak tinggal di sini?" Aini yang ramah terus berceloteh sambil memerhatikan keadaan rumah yang nampak agak bersih dan dia menoleh ke sebelahnya. Muka Aini berubah pucat. Bibir yang ramah terus tertutup rapat. Lidah Aini menjadi kelu, kaki Aini terpaku di lantai. Gadis tadi menyeringai, dia mengilai dan Aini terus longlai.

*****

Aini membuka mata. Bulu romanya meremang, dia mengenyeh matanya berkali-kali. Ya Allah, aku mimpi rupanya. Aini berdialog di dalam hati. Baru saja baca alamat rumah, dia sudah bermimpi begini. Mudahan, mimpi ini bukan petanda buruk. Aini berharap di dalam hati.

Aini bangun dan menuju ke bilik air. Cadangnya, petang nanti baru dia nak keluar dan mencari rumah itu. Pagi ini dia nak selesaikan dulu urusan kerja yang masih tertangguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience