BAB 5

Horror & Thriller Completed 9503

Malam menjelang tiba. Aini yang keletihan kerana mengemas di siang hari tadi sudah merancang untuk tidur awal malam ini.

Walaupun ada perasaan cuak untuk terus menetap di rumah ini, Aini ingin berfikiran matang dan menganggap gangguan yang dialami siang tadi hanya khayalannya semata-mata.

Waktu Maghrib tadi pun, ketika membersihkan diri dan mengambil Wudhuk, hati Aini sudah berdebar-debar bila tubuhnya terasa panas. Seakan ada sesuatu yang ada disampingnya dan memerhatikan setiap gerak lakunya.

Katil bujang yang ada di biliknya, sudah ditukar cadarnya. Langsir biliknya juga sudah ditukar. Sebelum Aini merebahkan tubuh di atas tilam, Aini memasang surah Al-Baqarah yang telah dimuat turun ke dalam telefon bimbitnya. Kata ustaz, surah Al-Baqarah adalah salah satu surah yang dibaca bila ada gangguan makhluk-makhluk halus.

Selain dari itu ayat-ayat Rukyah juga, mungkin dapat membantu. Dalam fikiran Aini menerawang, Aini terlelap juga.

****

Aini tak tahu di mana dia berada, yang pasti dalam sebuah rumah yang sudah lama ditinggalkan. Aini masuk ke dalam rumah itu perlahan-lahan. Luas rumah itu dan banyak biliknya. Aini masuk ke dalam setiap bilik dan meneroka di dalamnya dan hingga ke bilik terakhir, jantung Aini berdegup laju.

Seorang kanak-kanak lelaki tanpa pakaian sedang merenung tajam ke arahnya. Kemudian kanak-kanak itu tersengih dan menjelirkan lidah. Belum sempat Aini berbuat apa-apa, kanak-kanak lelaki itu sudah menerpa laju ke arahnya.

Aini tersentak dan terjaga. Nafas Aini tercunggap-cunggap. Aini berpaling ke sebelah. Ada sesuatu tidur di sebelahnya. Aini cuba bangun, namun gagal.

Dengan kudrat yang tak seberapa, Aini cuba berlawan dengan makhluk yang muncul di sebelahnya. Aini menendang sekuat mungkin sambil melaungkan takbir. Allahu Akhbar!

Aini tak berjaya untuk bangun, namun dia tak berputus asa. Aini membaca surah Qursi dan tiga Qul. Dia berlawan lagi dan akhirnya Aini terjaga dari tidur. Surah Al-Baqarah yang dipasang sebelum tidur tadi sudah sunyi sepi.

Aini mencapai telefonnya di tepi bantal. Skrin telefon sudah terpadam. Bateri telefon bimbitnya sudah habis dan telefonnya terpadam sendiri. Bulu tengkuk Aini meremang lagi. Teringat akan mimpinya tadi, buat jantung Aini berdenyut kuat.

Ya Allah, lindungilah aku!

****

Malam kian merangkak, Aini mencapai jam tangan di atas almari solek. Jarum jam menunjukkan angka satu pagi. Telefon bimbitnya sudah dicas, namun masih belum boleh di on semula.

Aini menuju semula ke katil. Akibat mimpi tadi, Aini membuka lampu agar biliknya terang menerang dan Aini tak berani untuk tidur lagi. Malam yang sunyi sepi, begitu menyeramkan Aini. Dia memerhatikan sekeliling biliknya, tiada yang mencurigakan. Walaupun begitu perasaan seram dan takut terus menguasai diri.

Aini merebahkan tubuh dan berselimut. Matanya meliar ke kiri dan kanan. Seluruh bilik diterokai dengan pancaindera penglihatannya. Hatinya bergelut hebat di dalam. Mulutnya terkumat-kamit membaca tiga Qul dan Ayatul Qursi. Hanya dengan surah-surah itu menguatkan sikit semangatnya.

"Aini!" Nama Aini diseru dari luar rumah, disertai dengan bunyi cakaran di dinding papan rumah sewanya. Tubuh Aini terus mengigil dan dia menarik selimut dan menutup seluruh tubuhnya.

Tak cukup dengan itu, bumbung rumah pula yang berbunyi kuat, seakan ada sesuatu yang sedang berjalan di atasnya. Hati Aini terus kecut. Surah-surah yang dibacanya sudah bercampur aduk. Apa sebenarnya ini? Kenapa aku terpaksa melalui semua ini? Aini merintih di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience