BAB 4

Horror & Thriller Completed 9503

Aini bekerja separuh hari. Dia akan berpindah ke rumah baru hari ini. Semalam dia selamat pulang ke rumah selepas ditolong oleh lelaki yang tidak dikenali. Bersyukur Aini pada Allah kerana menghantar insan yang sudi membantunya di saat dia memerlukan bantuan.

Tak banyak barang yang Aini bawa, hanya pakaian dan barang-barang peribadinya, termasuk makanan. Pindah ke rumah baru di kawasan terpencil pasti banyak cabarannya.

Beberapa minit perjalanannya dari tempat kerja ke rumah baru, mengetuk bahagia di hati Aini. Bila dapat tinggal di rumah yang terlalu dekat untuk berulang alik ke tempat kerja, apa lagi yang harus Aini katakan selain bersyukur.

Jam di pengelangan tangan Aini sudah menunjukkan angka 12.30 tengahari. Dah tiba waktu untuk makan. Aini bercadang untuk makan tengahari di rumah barunya hari ini. Ketika melawat rumah itu kelmarin, semua peralatan dapur sudah lengkap. Aini cuma membawa bahan-bahan mentah untuk dimasak saja. Cuma, yang merimaskan Aini, dalam zaman moden ini, ada lagi rumah seperti rumah sewanya itu. Bilik air di luar rumah. Menyeramkan, kalau terpaksa masuk ke bilik air lewat malam.

Seperti kelmarin, Aini terpaksa meredah lorong kecil untuk ke rumah sewanya. Bezanya, semak samun di kiri dan kanan, sudah ditebas orang. Hilang sikit rasa gundah di hati Aini ketika melalui lorong ini.

Aini menongkat motornya di sebelah rumah. Kunci yang telah diberi oleh mak cik Kiah kelmarin dikeluarkan. Dia membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Beg pakaiaannya diletakkan di atas kusyen untuk sementara waktu. Perut Aini sudah bergendang kelaparan. Dia perlu mengisi perutnya terlebih dahulu sebelum mula mengemas.

Nasi ayam yang dibeli Aini di gerai bersebelahan dengan tempat kerjanya tadi mula disuap ke mulut. Sesekali dia menyedut milo ais kegemarannya. Menyegarkan tekaknya setiap kali air sejuk itu ditelan.

Baru beberapa suapan, Aini seakan ternampak sesuatu melintas dari arah dapur masuk ke bilik. Aini menghentikan suapan dan bangun. Aini melangkah laju masuk ke bilik. Dia menjengukkan kepalanya. Tiada apa-apa pun di dalam bilik tersebut. Ah, perasaan aku agaknya? Aini bermonolog sendiri. Dia meneruskan agendanya sebentar tadi. Nasi ayam dijamah lagi.

Ketika ingin menyuap untuk kali terakhir, Aini terasa seperti angin lembut menyentuh telinganya. Tak semena-mena bulu tengkuk Aini meremang. Seram sejuk dirasakan seluruh tubuhnya.

Apa lagi ni? Takkan siang-siang hari pun ada gangguan macam ni? Belum sejam pun lagi, aku di rumah ni. Aini bermonolog di dalam hati.

Ah, agaknya perasaan aku saja. Aini memujuk dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience