Rate

PROLOG

Psychological Completed 2781

SUARA jeritan mereka terlalu jelas di telingaku membawaku kembali ke dunia nyata. Pergerakan mereka yang terlalu kelam-kabut membuatkan kepalaku semakin berserabut. Tanganku di saat ini dibasahi darah yang masih lagi terlalu baru. Sekujur tubuh terkulai layu dan mungkin tidak lagi bernyawa di hadapanku kupandang kosong. Tawa kecil kulepaskan. Ya, tiada apa yang lucu tentang keadaan itu. Hanya tertawakan nasibku. Aku tidak pernah inginkan semua ini berlaku. Namun kali ini aku sudah kalah dengan syaitan dalam diriku.

Tahu apa yang paling teruk tentang semua ini? Paling teruk, aku langsung tidak merasa bersalah biarpun aku mungkin telah merampas nyawanya. Aku tidak akan lagi mampu menunaikan janjiku pada keluargaku untuk membahagiakan mereka. Mereka mungkin akan dikeji masyarakat hanya kerana aku. Aku yang mencemarkan nama mereka dengan darah seorang... seorang.. aku tidak pasti apa yang aku harus namakan orang sepertinya. Sampah. Hanya itu saja yang aku boleh katakan tentangnya.

Apa lagi yang aku boleh katakan? Luka di luar nampak darahnya. Namun luka dalaman, tiada siapa yang tahu. Mustahil untuk membuktikannya juga. Derita yang hanya bermain di dalam kepala. Aku hanya mampu menerima hukumannya.

Tubuhnya terkulai layu. Begitu juga degupan jantungku yang hampir terhenti. Bukan niatkan untuk jadi begini. Kini aku hanya mampu menanti hukumannya. -DIA PASTI MATI

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience