TQ SBB MASAK UNTUK ABANG

Romance Series 5260

CHAPTER 04

Adam menyudu nasi goreng ke dalam mulutnya. Puan Raudhah dan Dhia pula rancak berbual. Adam langsung tiada niat nak mengganggu sebab mereka berbual tentang memasak, hal perempuan yang memang tak ada kena dengan jiwa Adam.

“sedap tak nasi gorengnya, Dam?” soal puan Raudhah.

Adam yang sedang mengunyah pantas menaikkan anak matanya.

“sedap.” Balasnya sepatah. Sudu mengaup nasi goreng ke tengah pinggannya.

“hari ini, Dhia yang masak. Emak cumaa duduk kat tepi je tau.” Ujar puan Raudhah.

“emak dah kata, Dhia ini memang pandi masak. Tulah Adam tak percaya lagi”. Sambung puan Raudhah lagi.

“eh bila Adam cakap Adam tak percaya?”

“ada”.

Malas nak bergaduh dengan emaknya, Adam hanya diam dan menjamu nasi goreng lagi. Memang sedap dan kena dengan citarasanya. Masuk ini dah dua pinggan dia tambah.

“bila Adam nak bawa Dhia pergi rumah Adam?” soal puan Raudhah.

“cadangnya hari ini mak. Mungkin petang kot. Sekali pindah terus barang lah.” Ujar Adam.

“haa dengar tak tu Dhia? Nanti naik kemas barang ya.” Ujar puan Raudhah.

Dhia hanya mengangguk. Teko diangkat dan menuang air teh ke dalam cawan Adam. Tersenyum puan Raudhah melihat Dhia yang pandai melayan suaminya.
Sungguh sopan hasil diidikan nenek Tijah. Nenek angkat Dhia. Juga kenalan puan Raudhah. Begitulah bagaimana dia bertemu dengan gadis itu.

“emak tak kisah ke tinggal seorang diri kat rumah?” soal Dhia.

“hmm semenjak arwah abah Adam meninggal dunia lagi, emak dah biasa duduk seorang diri. Adam pula dah pindah rumah masa dia mula-mula kerja dulu.” Balas puan Raudhah.

“tak seram ke ?” soal Dhia lagi.
Mana taknya, rumah puan Raudhah ini walaupun kecil tapi dua tingkat. Kira besarlah tu. dia yang duduk dengan nenek Tijah berdua pun kadang-kadang seram juga.

“alah, asal bias tegal biasa. Ya tak?” balas puan Raudhah dengan sengihan.

Dhia pun membalas dengan senyuman. Melihatkan Adam yang sudah habis makanannya, dengan pantas pinggan Adam diambilnya.
Dhia mengumpul pinggan mangkuk yang kotor dan dibawa ke sinki untuk dibasuh. Pili air dibuka dan satu persatu pinggan mangkuk dibasuh.

“Dhia.”

Dhia memandang ke tepi. Entah bila masa Adam ada disebelahnya. Dhia berganjak memberi ruang kepada Adam untuk membasuh tangannya.
Adam membilas tangannya dibawah pancuran air paip. Dengan cekap bibirnya berlabuh dipipi merah Dhia. Dhia terkedu. Melihatkan isterinya yang bertambah merah wajahnya buatkan Adam tersenyum lucu.

“terima kasih sebab masak untuk abang”. Ujar Adam. Sekali lagi pipi isterinya dikucup.

“janganlah, malulah kalau emak Nampak.” Perlahan sahaja suaranya. Adam tertawa kecil.

Sekilas Dhia memandang ke belakang. Nasib baik puan Raudhah tak Nampak sebab sedang makan lagi. Kepalanya beralih memandang hadapan semula.

Cup!! Sekali lagi pipinya menjadi sasaran bibir nakal Adam berlabuh. Bertambah merahlah pipi Dhia.

“awak!!”

Adam menghambur tawa kecil lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience