SHE IS TOO YOUNG!!!

Romance Series 5248

Kepingan gambar yang di hulurkan puan Raudhah , Adam ambil dan belek figura perempuan di dalam gambar itu. Wajahnya manis dan putih melepak tanpa sebarang solekan. Dia bertubuh kecil dan rendah sahaja. Bentuk tubuh badan pula tak terlalu papan dan tak terlalu gemuk. Biasa –biasa sahaja.

Senang kata sedap mata memandang.

“haa… nama dia Dhia Alaana binti Dzaidi Ubaidillah. Dia anak yatim piatu dan tinggal dengan nenek angkatnya. Pandai masak, pandai kemas rumah, pandai kemas kain baju semua. Alah… senang kata mak berkenanlah dengan budak ini.

“ Amacam? Okay tak?” – tanya puan Raudhah dengan keningnya terjongket pada anak terunanya.

Adam diam. Dagunya yang berjambang halus itu diusapnya. Daripada apa yang emaknya cerita memang dia berkenan dengan Dhia tapi…. Kenapa dalam gambar dia nampak muda sangat. Macam budak lepasan SPM je. Ini gambar tahun bila ni? Adam memusing –musing gambar sekeping itu. Mana tau ada tercatit tahun bila dirakam gambar ini.

“berapa umur dia mak?” soal Adam

“tak adalah muda sangat…. Dalam 18 macam tu.”

“18 tahun? Mak !!! Ini muda sangat ni. Tak sempat membesar budak ini mak dah nak pinang dia.”

Adam meletakkan semula gambar tersebut mengundang cebikan puan Raudhah.

“Adam, belum cuba belum tahu. Mak gerenti bila kau kahwin dengan dia nanti hidup kau tak terumbang ambing lagi. Mak jamin!!!” – kata puan Raudhah

“mak, Adam tak kisah kalau mak nak aturkan jodoh Adam dengan mana-mana perempuan pun tapi she’s look very young to me. 18 tahun mak. Jauh beza dengan umur Adam. 14 tahun tu mak.”

Adam memicit dahinya. Tindakan biasanya ketika sedang berfkir dan menimbang tara sesuatu perkara.

“habistu nanti dia mesti sambung belajar lepastu dalam masa yang sama dia nak uruskan Adam pula. Kesianlah dia.”

“ohhh yang itu tak payah risau. Dia tak de apply mana-mana U ataupun kolej sebab keputusan SPM yang tak memberangsangkan. Daripada apa yang nek Tijah ceritalah.”

“hmmm kalau dah gitu kata mak, Adam okay jelah.” Ujar Adam tanpa bantahan mengundang senyum lebar puan Raudhah.

“baguslah kalau gitu kata Adam. Nanti mak proceed jelah majlis kahwin kau. Kita tak payah buat majlis tunang – terus nikah je.” Puan Raudhah sudah merangka rancangan.

Adam hanya mengangguk sahaja. Dia memang sudah menyerahkan sebulat-bulat pada emaknya segala urusan tentang majlis kahwinnya.

Dia mula terbuka hati nak mengikut kata emaknya semenjak ditinggalkan kekasihnya setahun yang lalu. Baginya buag masa sahaja dia bertungkus lumus mempertahankan cintanya namun akhirnya dia berputih mata juga.

Gadis itu yang minta memutuskan hubungan mereka kerana ibunya telah memaksa dia untuk bernikah dengan seorang lelaki yang lebih bagus daripada Adam sendiri. Berbulan-bulan jugalah Adam sedaya upaya untuk move on dari semua itu.

Dengan nasihat dan sedkit bebelan daripada puan Raudhah yang menggesanya mencari calon isteri dalam umurnya yang semakin lewat akhirnya, Adam bersetuju supaya puan Raudhah sahaja yang mencarikan calon untuknya.

Hasilnya inilah, emaknya membawa seorang gadis yang baginya tersangatlah muda sebagai calon isterinya.

DHIA ALAANA BINTI DZAIDI UBAIDILLAH

tq sbb sudi baca novel first Ira..luv you korgg

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience