SO CUTE!

Romance Series 5248

CHAPTER 03

Malam sudah menjengah. Semua sanak saudara Adam pun sudah masuk ke dalam bilik untuk berehat setelah penat disiang hari semasa majlis persandingan pengantin sehari itu. Adam dan Dhia bersama-sama memasuki ke ruangan bilik juga ingin berehat.

Adam dibelakang manakala Dhia dihadapan lelaki itu. Ketinggian Dhia yang paras dadanya itu buatkan Dhia Nampak comel dan kebudak-budakkan.

Nasib kau lah Adam dapat isteri budak-budak. Lepas ini boleh buat cerita isteriku 18 tahun.

Dhia terus ke meja solek dan Adam menutup pintu bilik. Siap diselak lagi. Adam memandang belakang Dhia yang menghadap meja solek.

Dhia mula mencabut satu persatu pin tudung dan menanggalkan selendang di kepalanya. Selendang dilipat dan diletak atas meja solek. Anak tudung ditanggalkan menampakkan rambut yang disanggulnya.

Adam terus memerhati bidadari dihadapannya yang sungguh tiada cacat celanya. Dhia terlalu sempurna.

Dhia menarik getah membebaskan rambut ikal mayang hitam pekatnya yang paras pinggang. Rambut beralun itu dikibas –kibas dan disikat dengan jari.

Adam tersenyum. Dia mula menanggalkan tiga butang teratas baju Melayunya. Sampin dibuka dan dilipat cermat kemudian diletak ke atas katil. Perlahan kakinya mengorak kea rah tubuh Dhia.

“a..awak…” tersentak Dhia saat merasakan satu tangan melingkar ke pinggangnya.

Adam menghidu dalam-dalam rambut Dhia. Semerbak bauan Bungan memenuhi rongga hidungnya buatkan dia ketagih dengan haruman itu.

Tubuh Dhia dipusingkan menghadapnya buatkan Dhia menunduk wajahnya malu. Tangannya meramas sesame sendiri. Terserlah wajah suci innocent seorang gadis berumur 18 tahun itu.

Adam memagut dagu Dhia agar gadis itu memandangnya. Bebola mata Adam menilik setiap inci wajah polos situ.

“dhia.” Gemersik suara Adam menyeru sepotong nama itu.

“hmm”?

“you know,you got a pair of beautiful eyes.” – ujar Adam dalam nada berbisik.

Bibirnya mengucup kedua belah kelopak mata Dhia. Gadis itu yang terkejut pantas menutup kedua kelopak matanya.

“you got a small cute nose, my love.”
Hidungnya pula dikucup Adam. Dhia tersenyum kecil.

“you got a pair of red cheeks.”

Kedua belah pipi Dhia dikucup. Dhia bertambah berbahang. Buat pertama kali disentuh insan yang bergelar suami dia sangat gemuruh.

Adam menarik bibirnya. Ibu jarinya mengelus kedua belah bibir Dhia. Gadis itu memberanikan diri menatap wajah Adam dengan kedua belah matanya. Seperti Adam, Dhia juga sudah jatuh cinta dengan suaminya sendiri.

Jadi dia merelakan sahaja apa yang suaminya ingin lakukan padanya. Kerana hatinya sudah diserah bulat-bulat pada lelaki itu.

“you got a pair of sweet lips too”.

Adam mengucup sepasang bibir merah delima itu. Tangan Dhia ditarik olehnya agar melingkar ke lehernya. Dhia hanya menurut. Tangannya jatuh ke pinggang Dhia dan menarik tubuh kecil itu melekat ke tubuhnya.

Rapat. Sehingga tiada ruang angin pun antara mereka.

Lama berkeadaan begitu. Adam melepaskan kucupan. Wajah merah padam Dhia di pandang dengan pandangan redup. Ibu jarinya mengusap pinggan kecil itu.

“thank you” – ucap Adam

“for what?”

“for complete my every imperfection.”

Dhia tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience