NIKAH

Romance Series 5260

“Aku terima nikahnya Dhia Alaana binti Dzaidi Ubaidillah dengan mas kahwinnya sebanyak RM300 tunai.”

Maka dengan itu sahlah Dhia menjadi milik Adam. Adam menadah tangan semasa doa dibaca oleh tok iman. Dalam hati dia mahu sangat memusingkan kepala memandang gadis yang menjadi isteri sahnya kini.

Selama ini tatap gambar sahaja. Dalam masa sebulan cukup untuk puan Raudhah membuat persiapan majlis kahwinnya. Tanpa tunang dan terus bernikah. Kata puan Raudhah, benda elok baik dipercepatkan.

Dalam masa sebulan juga, Adam tak pernah bertemu dengan gadis itu. Hanya gambar sahaja yang menjadi tatapan siang dan malamnya.

Kalau dah tengok gambar pun hati dia terusik, apatah lagi kalau depan-depan kan? Meh kita try tengok. Kiranya mereka bercinta selepas nikah lah ni..hehehehehehee..

Seusai bacaan doa tamat sahaja. Adam terus mengaminkan. Dengan berhati-hati dia pun menunduk ke kawasan surau wanita yang dipisahkan dengan langsir. Tapi langsirnya sudah ditolak ke tepi.

Adam duduk melipat kaki dihadapan perempuan yang lengkap berbusana putih pengantin yang memang cantik dimatanya. Gadis itu hanya menunduk sahaja. Adam tersenyum kecil.

Cincin yang dihulukan puan Raudhah, Adam ambil. Tapak tangan gadis itu yang berada di atas peha dicapainya. Sejuk… Gemuruh ya cik kak?

Mungkin terasa tangannya disentuh, gadis itu mengangkat wajahnya menentang pandangan Adam. Walaupun malu-malu tapi Dhia gagahkan juga memandang wajah Adam.

Dan Adam tergamam melihat. Benarlah orang kata, bidadari tak bersayap itu wujud.

Bermula daripada mata bundar itu, Adam tilik. Jatuh pada hidung kecil milik Dhia dan pipi putih kemerahan milik Dhia dan akhir sekali bibir merah delima milik gadis itu. Indah sekali!!

Selesai menyarungkan cincin, Dhia tanpa disuruh menunduk mencium tangan Adam. Hati Adam merasai sesuatu yang asing. Dalam diam, Adam jatuh cinta dengan kecantikan isterinya.

Adam mencium ubun-ubun Dhia lama. Perlakuan mereka membuatkan jurugambar mengambil kesempatan merakam detik-detik indah di masjid ar Rahman. Masjid yang menjadikan detik indah menyatukan dua hati.

Adam melepaskan ciuman. Dhia mengangkat wajahnta dengan malu-malu. Anak mata itu berlari-lari tak mahu bersabung dengan Adam. Malu-malu itu buatkan Dhia bertambah comel di mata Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience