BAB 8

Romance Completed 1954

“Tapi … Kau dan … Saira …” Azwa masih bingung. Dia baru saja menyaksikan Maison mengangkat panggilan dari Saira.

“Cemburu?” Maison mengangkat keningnya. Dia tersenyum nakal. Tangan Azwa digenggam”Dia dah nak kahwin. Kitalah pengapitnya nanti.”

Azwa melepaskan tangannya dari genggaman Maison. Dia masih lagi tidak percaya dengan semua ini. Azwa segera mendapatkan barang-barangnya untuk berlari ke luar dari rumah itu. Maison pantas menggapai tangan Azwa.

“Azwa … janganlah pergi. Kau janji untuk selalu ada dengan aku kan?”

Azwa memandang Maison.

“Saira ada betulnya. Dia betul bila dia kata dia rasa aku tak cintakannya sepenuh hati lagi,” Maison melepaskan satu keluhan berat.

“Jadi, aku yang salah?”

“Dia betul tapi kau tak salah hadir dalam hidup aku pada waktu itu. Mungkin aku yang tak jelas atau cuba menolak realiti. Bila aku nampak kau di kafe dulu, aku dapat rasa kau lah yang aku tunggu dan rindu selama ini. Takkan kau tak rasa macam ini, Azwa ?”

Mata Azwa mulai panas. Air mata bergenang tapi tidak dititiskan. Azwa masih keliru, debar di dadanya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Kita saling melengkapi dari dulu. Kali ini biarlah kita sama-sama buat benda yang betul, Azwa.”

Maison tiba-tiba melutut di hadapannya.”Azwa, sudikah kau mengahwiniku dan selamanya ada untukku?”

Azwa merenung Maison dalam-dalam.

“Ya,” air mata Azwa menitis. Kepalanya diangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience