BAB 1

Romance Completed 1954

2014

“Alan, kau kat mana ni? Cepatlah! Keadaan dah makin kritikal ni,” Azwa separa berbisik di telefon bimbitnya sambil mengerling ke arah belakang. Sesekali dia menjengah keluar tingkap.

“Eh, Azwa ! Kamu dengar tak apa mak cakap ni?” Puan Wani memanggil dari belakang.

“Dengar, mak,” Azwa sorok-sorok meletakkan panggilan telefon sambil tersengih-sengih. Matanya masih lagi mengerling keluar tingkap.

“Baguslah kalau dengar. Mak bukan apa … Kamu tu suka sangat mengelak bila cakap hal kahwin. Kawan-kawan kamu pun ramai yang dah kahwin,” selesai Puan Wani berbicara terdengar bunyi hon motor dari luar.

Azwa menjengah. Kelihatan seorang jejaka segak berjaket kulit di atas motor Kawasaki Z800 di hadapan pagar.

“Yes! Sampai pun,” Azwa separa melompat. Tangannya ligat mencapai helmet di bawah meja.”Mak, Alan dah sampai tu. Azwa keluar dulu.”

“Azwa, kalau susah sangat nak cari boyfriend, kamu ajak Alan tu kahwin,” ujar Puan Wani sebaik sahaja Azwa menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

“Merepeklah, mak!” Azwa berlari keluar pagar mendapatkan Maison.

“Fuh! Tak sangka hari ni dapat naik Z800. Kelam-kabut aku rembat helmet adik aku,” Azwa tersenyum manis membuka pintu kafe.

“Kau lah non-stop call aku. Aku nak balik rumah tukar kereta pun tak sempat,” Maison berjalan memeilih tempat duduk yang sesuai. Tempat untuk dua orang di tepi tingkap menjadi pilihan Maison. Kerusi untuk Azwa dibuka.

“Terima Kasih,” Azwa duduk di tempatnya.”Yelah, lagi lama kau biar aku dekat rumah tu, lagi lamalah mak aku bising pasal kahwin kat aku. Tak sanggup!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience