BAB 5

Romance Completed 1954

“Aku ingat kau marah aku lagi.”

“Ah, benda lama! Tapi kau memang terus hilanglah, lepas berhenti matriks tu. FB tak ada, Twitter tak ada, aku cuba call pun tak dapat,” Maison meluahkan sedikit kekesalannya kerana gagal untuk menghubungi Azwa.

“Handphone aku kena curi masa tu. Tak ingatlah macamana tapi aku terus tukar nombor,” Azwa cuba mengimbas kembali kejadian dulu.”Aku tak layan social media sangat. Tak nak jadi internet addict.”

“Ah, poyo je!” Maison mencebik bibir.”So, macamana interior design? Ada pakwe handsome?”

“Aku nak belajarlah! Bukan pakwe handsome. Aku ada lagi setahun nak habis degree. Aku rasa aku tak salah buat pilihan,” Azwa sedikit serius.

“Tak salah buat pilihan apanya? Kalau kau masuk engineering dengan aku, kau akan jumpa ramai jejaka kacak tapi yang paling kacak tentulah aku,” Maison ketawa mengekek-ngekek. Azwa menggeleng-gelengkan kepala. Maison masih tak hilang sifat loyar buruk.

“Eleh, ye ke kacak? Hari tu aku pergi tak ada nampak pun,” Azwa tangkas membalas.

“Ok lah, yang kacak dan pintar ramai yang dah fly pergi oversea. Tinggal satu je kacak kat Malaysia ni,”

“Kau lah tu?” Azwa melayan gurauan Maison.

“Aku tak kata,” Maison menjungkitkan bahu sambil tersenyum simpul.

“Kau bila nak habis belajar? Angan-angan nak pakai Kawasaki dah tercapai ke belum?” Azwa mengubah topik. Makin dibiarkan makin banyak pula lawak hambar bakal dibuat Maison nanti.

“Aku dah tahun akhir ni. Sem depan final year project. Dapat kerja nanti aku belilah Kawasaki tu. Tak macholah guna duit mak ayah. Bagi aku masa tiga tahun.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience