BAB 2

Romance Completed 1954

“Ni semua mesti sebab kad kahwin Mastura dan Khairy sampai kat rumah kan?” pertanyaan Maison bersulam gelak kecil. Azwa menjeling Maison.

“Kahwin juga dorang. So, nak pergi tak?” Maison tak mahu Azwa merajuk lama.

“Gila ke tak pergi … Best couple masa pre grad dinner kot. Kahwin mesti gempak ni!”

“Ok. Nanti kita pergi sekali. Tapi kita bincang hal yang lebih mustahak dulu,” Maison berubah serius.

“Apa dia?” Azwa mula berdebar. Memang semalam dia sedikit terkejut bila Maison menghantar pesanan ringkas mengajak untuk bertemu. Sudah tiga bulan juga, mereka tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Kebanyakkan acara lepak diaturkan juga beberapa terpaksa dibatalkan kerana komitmen kerja.

“Selaku interior designer bertauliah, aku nak kau decorate apartment baru aku. Amacam?” Maison mengangkat-angkat kedua belah keningnya.

“Fuh, set!” Azwa menyahut teruja.

“Style semua kau …” belum sempat menghabiskan ayat telefon bimbit Maison berdering. Maison memandang tepat ke dalam mata Azwa sebelum mengangkat panggilan.”Hello, Saira …”

3 TAHUN SEBELUM

“Oi, Makan tak tunggu orang!” sapa Mastura kepada rakan-rakan sekelasnya yang sudah mula makan dari jauh.”Pantang kita lambat sikit, ish!”

‘Dia buat macam kafe dia pula,’ bisik hati Azwa. Azwa menggeleng-gelengkan kepala. Azwa bergerak menuju ke kaunter makanan membiarkan Mastura menyapa rakan-rakan sekelasnya. Dia sudah lapar benar.

Sudah dua hari mereka menumpang makan di kafe Fakulti Kejuruteraan. Semuanya gara-gara kafe mereka ditutup selepas diperiksa Jabatan Kebersihan akibat kurang bersih. Azwa berharap benar pengurusan kafe itu ditukar kerana ini bukan kali pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience