BAB 2

Romance Completed 11729

6/6/2010-hari ini keluar ‘dating’ dengan mamat tu. As player in this love games, aku perlu tabah melawan nafsu suka yang melampau. First impression,…emm…dia poyo, nampak macam gatal gak sebab dia tak ngaku kitaorang ada perbezaan umur yg jauh(beza setahun). Dia boleh ckp dgn budak kelas kitaorang yang aku adalah kak, manakala dia adalah abang.Yucksss! Patutlah aku makan tak kenyang tadi. Siot tul…lapar ni. But, i’m promise to myself. That first & last ‘dating’ dengan mamat gatal tu. Entah kenapa tadi setuju jumpa dia. And for info, aku tak terhegeh jumpa dia sangat sebab janji 10.35 pagi but smpai 10.45 pagi.

Bagus tak? sebelum blah, Tina yang ada datang menemani kami tadi tengah bercakap dgn dia…so aku terus cakap. Nak balik dulu ni…bye…n pergi macam tu je..Nakal tak? Aku memang nakal. So, after 2nd step dah Berjaya..aku nk continue pada 3rd step….make him fall in love w me. May be this is step paling sukar sebab bukan senang nak buat orang jatuh cinta pada kita. Tapi aku boleh rasa…dia just main2 cinta je dgn aku. Tak apa…biar dia dengan plan dia. Aku pun ada plan bagusnya. Sama-sama kita tengok…siapa yang mempermainkan siapa sebenarnya??

Aku memandang Lily yang duduk sambil menikmati novel semalam yang dibelinya selepas habis kuliah. Aku sedikit ternganga. Adakah Lily cuba menjadi seorang playgirl satu masa dulu? Ayatnya tidak menggambarkan dirinya yang kukenal selama ini. Comel, baik dan lemah-lembut. Tiada satu pun perangai nakal yang kulihat di dalam dirinya. Bagaikan dia bukan Lily yang dulu. Aku meneruskan pembacaanku.

8/6/10- aku send mesej agak menggoda pada dia… Lily nak call Harith mlm ni leh? kalu tak boleh tak apa, Lily faham…n aku call juga just nak tahu jawapannya. Dia memang nak! sbb suara dia agak riang ria aidilfitri lepas ajakan aku itu. Huhu…this night, i’ll called him. Ikut perancangan, until ahad ini aku usik then after 13/6/10—aku xkan topup smpai 30/6/10.

“Siapa Harith?”, akhirnya aku bersuara memecah kesunyian antara kami berdua.

“Emm…seseorang yang pernah aku minat dulu.”

“Kau kata dia satu kelas dengan kau, but macam mana boleh beza setahun?” , tanyaku lagi sambil memandang tepat ke matanya. Aku benar-benar ingin mengetahui siapa Harith.

“Aku belajar matrik dulu dan dapat program dua tahun(PDT). Second year, aku sekelas dengan budak junior.” Aku mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience