BAB 6

Romance Completed 11729

28/6/10-aku telefon dia petang tadi dan suara dia sangat sedih. Dia akan meninggalkan matrik buat selamanya. Esok, tiadalah bayangan dia dan tiada lagi…ketua kelas. Aku keliru dengan rasa di dalam hati. Kadangkala rasa cinta, kadangkala rasa kasih seorang kakak pada adik. Aku tak mengerti dengan perasaan ini. Malam ini…aku akan telefon dia lagi kerana aku rasa serba salah sangat sekarang. Serba salah apabila dia menanyakan padaku kenapa aku tidak hadir semalam. Dia kata aku tak faham perasaannya sebagai ketua kelas.

Dia nak semua ada…termasuk aku. Tadi sebelum masuk Language Room, dia pergi tepi aku. Dia seperti cuba mengatakan sesuatu sayangnya, aku hendak berpaling ke arahnya dia sudah berlalu pergi sambil menjerit, ” Argh…payahnya!”. Aku tak tahu apa yang difikirkannya smpai begitu sekali. Aku minta maaf Harith sebab menyukai dirimu. Sesungguhnya, aku menerima dirimu seadanya…yang merupakan seorang playboy. Seburuk mana perangaimu di mataku, aku terima kau seadanya. Kerana itu kamu, Mohd Harith B. Abdul Razak.

Itulah yang terakhir dalam diari tersebut, Kisah Lily dan playboy. Kisah aku dengan Mikail pula, tak tahu bagaimana aku hendak akhirinya. Apa yang kubaca dan kufahami tiap-tiap patah kata membuatkan aku sedar sesuatu. Dalam hidup ini, tak semudah itu kita akan dapat cinta suci tanpa penipuan, curang atau fitnah. Kalau dapat lelaki hensem atau perempuan cantik, belum tentu kita akan bahagia sebab akan ada orang yang tidak berpuas hati dengan kita.

Apapun, dalam banyak-banyak cinta di dunia ini, s kita mengejar cinta dari Allah swt yang sudah pasti sejati dan abadi dari mengejar cinta manusia yang penuh dengan kepalsuan. Bila kita dapat cinta dari Yang Maha Esa, tak mustahil Pencipta kita akan memberi cinta sejati yang kita idamkan selama ini. Berdoa dan percayalah, yang terbaik selaluya datang lambat tapi InsyaAllah itulah yang kita cari selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience