BAB 3

Romance Completed 11729

Sekarang Lily belajar di UPM dalam bidang Bioteknologi begitu juga denganku. Fikiranku mula melayang terkenangkan hal semalam. Rasa sakit bagai menikam dada mengingat balik kemesraan Mikail dengan Ecah. Dasar playboy tak boleh dipercayai sampai bila-bila!

Sekarang aku bagaikan geram dengan Lily kerana dia menjadi playgirl! . Aku tak sangka kawanku sendiri sanggup menjadi playgirl!. Kejam betul! Tak terdetik langsung ke di dalam hati mereka tentang perasaan mangsa yang terlibat dalam permainan cinta?

“Baca dulu sampai habis. Please?” kata Lily mungkin perasan dengan riak wajahku yang berubah keruh. Dia pandai membaca apa yang bermain di fikiran. Aku meneruskan pembacaan walau hati ini masih tidak berpuas hati dengan pilihan Lily menjadi seorang playgirl.

16/6/10-OH MY GOD! aku memang suka kat dia…adoyai! sedikit bermasalah sebab suka kat playboy ni…tak ke mana-mana..emm…dah nasib badan. tapi syukur sangat sbb dia akan pergi USA. Aku sedih?em…tak pun…lagi suka adalah. Lagipun bila difikirkan balik, aku sangat sakit hati dengan dia. Bayangkan, dia sanggup mempermainkan hati kawan sendiri.

Ayat yg aku tak boleh lupa…sayang kita tak? Aku terus cakap sayang sebagai kawan. Habis tu, macam ni ke cara kawan layan kawan? cakap romantik dan manja-manja. Seriously, aku cair dengar suara dia macam tu sebab aku memang ada feeling kat dia. Lepas cakap dengan dia, aku menangis. Aku tahu apa yang dikatakan itu hanya sekadar kata-kata saja. Itu bermaksud apa-apa. Macam aku pernah cakap, suka kat playboy ni tak ke mana…rasa sayang kita sekadar mainan di mata mereka.

Lagipun, dia dah cakap…aku jadi playboy sebab aku nak mencari orang yang sama dengan first love aku masa sek. rendah..aku cakap dengan dia macam ni…mencari? bukan mencuba ke? Seriusly, dia pentingkan diri sendiri sbb cakap macam tu. Nampak sangat dia tak fikir hati perempuan… yg pernah menjadi mangsa permainan cinta dia. Hate him! dia punya cara: apa yang kami cakap dalam fon tiap-tiap malam…adalah hal semalam. Bila tiba hari baru, cerita semalam tinggal kenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience