BAB 1

Romance Completed 11729

Peluh membasahi dahiku. Pandanganku melilau memerhati kiri dan kanan, atas dan belakang cuba melihat di celah jaring pagar besi automatik rumah tersbeut kalau-kalau kelibat Lily muncul tiba..

“Aduh mana pula Lily ni”, getus hatiku. Tidak semena-mena pagar itu bergerak membuat aku sedikit terkejut. Tidak sia-sia kedatanganku ke rumah kediamannya yang hampir dua kilometer jika berbasikal dari rumah. Peluh merencik di dahi cuba di seka. Begitu juga sisa tangisan cubaku lap secepat mungkin menggunakan belakang tapak tangan. Aku tidak mahu Lily susah hati melihat keadaanku.

Kehadiranku kali ini atas desakan Lily, katanya ada sesuatu hendak ditunjukkan kepadaku.

“Mari masuk”, kata Lily beserta senyuman manis menyambut kehadiranku kemari. Beriya-iya dia menarikku ke bangku kayu di halaman rumahnya yang lengkap dengan kolam ikan, bunga kaktus dan pelbagai jenis bunga yang tidak kuketahui namanya.

Mataku sempat menangkap aksi kucing Siam bernama Pokko yang cuba menangkap rama-rama yang bercorak abstrak tersebut. Lily pula entah hilang ke mana. Mungkin mengambil ‘barang’ yang dimaksudkannya itu. Hatiku sedikit berdebar. Apa benda yang Lily beriya sangat nak tunjuk padaku ini?

Bulu Pokko diusapku lembut sehingga kucing tersebut mula menggesel tubuhnya di pangkal kakiku. Sesekali ia meliang-liuk sehingga terbaring di atas lantai bermarmar batu biru putih. Aku tergelak sendirian sehingga kehadiran Lily bersama dua gelas jus oren di tangan tidak disedariku.

“Baca ni dan cuba fahami.”, kata Lily sambil menghulurkan buku kecil berkulit nipis kepadaku. Perlahan-lahan aku buka dan membaca catitan hati dari insan kugelar sebagai kawan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience