PROLOG

Romance Completed 35717

Firman Allah dalam Al-Quran:

'Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingai Allah, hati akan menjadi tenteram.'

(Surah Ar-Ra'd : 28)

Bak kata pakar motivasi, Inche Lebah, istighfar itu ibarat clorox yang mampu membersihkan kain yang kotor. Begitu juga dengan istighfar, yang mampu menjernihkan hati yang dimamah noda hancur.

Buku yang dibacanya, ditutup sementara menunggu waktu azan zohor berkumandang. Memandangkan hari ini, hari Ahad dan Ad tidak berniaga, Ad lebih gemar menghabiskan masanya di rumah sewa yang diduduki dengan sabahat karibnya, Ana.

Usai menunaikan solat Isyak, menjadi kebiasaan Ad beristighfar dan membaca Al-Quran. Itulah yang sering diingatkan pakciknya, Mazlan, seorang tauke bengkel kereta tempat Ad mencari rezeki. Walaupun Mazlan telah menjaganya dari kecil, Ad tetap memilih untuk duduk berasingan dari pakciknya memandangkan Mazlan mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah.

Ad duduk tidak jauh dari rumah Mazlan sekeluarga. Ad menyewa di sebuah rumah dengan sahabat baiknya, Anastasia atau lebih dikenali dengan panggilan Ana. Ana merupakan anak seorang jutawan hartanah, namun memilih untuk hidup sendirian selepas kematian ibu kandungnya, sementelaah, papa kandungnya telahpun berkahwin lain dengan seorang anak dara tua atau lebih tepat lagi dengan setiausahanya sendiri.

"Arsya..."

"Ana... Kau rasa kau nak makan selipar size enam tak?"

"Hihihi... Kau ni, Sya... Rilekslah..."

"Banyaklah kau punya rileks... Aku tak sukalah kau panggil aku dengan nama tu... Kau tahukan?"

"Ada aku kisah...? Aku tak kira, aku nak panggil kau dengan nama tu... Arsya Arsya, Arsya..."

"Ana... Janganlah... Aku... Aku tak selesalah dengan nama tu... Gelilah..."

"Hello pompuan! Dah nama kau, Arsya Adrianna... Salah ke aku panggil kau dengan nama tu?"

"Yelah... Aku tahulah itu nama aku... Aku dah cakapkan panggil aku Ad..."

"Aku tak suka... Kau nak jadi jantan ke? Nak jadi pengkid, tomboy? Kau jangan buat hal, eh... Aku tak suka kawan aku jadi jantan... Jangan nak ubah ciptaan Tuhan..."

"Ya Allah... Kau ni, Ana... Macam mak neneklah... Bila pulak aku nak jadi jantan... Aku perempuanlah... Macam kau..."

"Habis tu, sibuk dengan nama Ad... Dengan rambut pendek bagai..."

"Ana... Janganlah marah aku... Kau tahukan... Aku masuk kelas muay thai... Rimaslah dengan rambut panjang... Bukan sebab aku nak jadi jantan... Kau tengoklah... Muka aku sikit punya cun, takkanlah aku nak jadi jantan pulak. Aku tahulah hukum hakam agama... Ish, kau ni..."

"Perasan cun... Tahu pun hukum hakam agama... Tak kisahlah, kau belajar muay thai ke, silat ke, taekwando ke... Jangan nak berlagak macam jantan... Aku dapat tahu, siap kau!"

"Ya Allah... Garangnya kawan aku ni... Takut lelaki nak dekat dengan kau nanti..."

"Ah! Ada aku kisah...! Kau jangan sesekali nak bergaul dengan budak-budak tomboy ke budak pengkid ke? Aku dapat tahu, Sya... Teruk kau nanti... Aku tak kiralah kau ada muay thai ke... Apa ke? Ingat Sya..."

"Ish, kau ni! Yelah, Cik Anastasia binti Tan Sri Anuar Armi. Hamba menurut perintah, tuan!" Seraya itu, Arsya memberi tabik hormat.

"Ni nak?" Ana menghalakan penumbuk ke wajah Arsya.

"Hihihi... Serius Ana... Kau garang sangat ni, kenapa? Kau PMS eh? Ke, kau marahkan papa kau?" Ana menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya keluar. Sya tahu hubungan Ana dengan ibu tirinya memang tak beberapa baik.

"Bukan papa aku... Tu, perempuan tua tu..."

"Apa lagi yang dia buat kali ni?"

"Aku nak ajak papa makan kat luar, dia tak izinkan. Dia suruh aku makan dalam rumah aje. Bila aku persoalkan, papa marah aku... Kau tahukan, aku memang dah lama nak ajak papa makan kat luar. Bukannya aku takde duit... Duit aku banyak! Padahal, dia baru setahun je kahwin dengan papa aku..."

"Papa kau cakap apa?"

"Papa marah, cakap aku kurang ajar. Aku bukannya tinggikan suara... Aku cuba nak ajak papa makan kat luar... Kalau dia ikut, aku tak kisah. Tapi, dia pulak yang lebih-lebih nak halang papa dari ikut aku makan kat luar... Ingat aku cikai sangat ke?"

"Kau tak terus-terang ke dengan papa kau?"

"Nak cakap macamana lagi, Sya... Aku siap tunjuk lagi wassup aku dengan papa... Aku tahu kesukaan papa... Aku dah dapat gajikan... So, aku ingat nak bawa papa makan kat Victoria Station. Aku tahu papa suka makan kat sana..."

"Sabar jelah, Ana..."

"Memang aku tengah sabar ni... Tapi, aku anak papa tau... Dah 23 tahun aku duduk dengan dia sebelum mama aku meninggal. Alih-alih, sejak perempuan tua tu masuk dalam family aku, aku jadi anak pungut pulak! Geram aku..."

"Eh, kau dah 23 tahun?"

"Yelah! Aku tahu aku dah tua!"

"Kalau macam tu, aku kena panggil kau Kak Ana... Kau lagi tua dari aku... So, aku..."

"Kau jangan buat hal, Sya... Aku tak suka tau..."

"Hah, tahu pun tak suka... Kalau macam tu, panggil aku Ad... Then aku akan panggil nama kau macam biasa..."

"Kalau aku tak nak?"

"Aku panggil kau Kak Ana..."

"Aku tak kisah, kau nak panggil aku apapun... Yang penting, aku takkan tukar panggilan aku, Arsya Adrianna..."

"Ish, kau ni Ana..."

"Hahaha... Aku tak kisah Sya... Sya, jom Sya... Malam ni kita pergi pasar malam... Aku dah lama tak menapak kat sana..."

"Emm, aku belum gaji lagi. Pakcik belum dapat bayaran..."

"Ish, kau ni Sya... Aku adalah... Aku dah gaji... Jomlah... Ala, kau ni, macam tak biasa pulak..."

"Hihihi... Aku seganlah... Kau selalu belanja aku... Aku ni... Boleh kira berapa kali aku belanja kau..."

"Sya... Kita dah kenal lama, Sya... Bukan hari ni kita baru kenal. Aku tahu keadaan kau macamana... Lagipun, duit aku tak luakpun... Kau tahukan, papa masukkan elaun aku setiap bulan... Bukan sikit... Beribu, Sya... Kau janganlah nak rasa segan ke apa... Setakat hari ni, kau je yang sanggup nak berkawan dengan aku dengan ikhlas. Padahal kau tahu aku anak orang kaya... Tapi kau tak pernah ambil kesempatan kat aku. Tu sebab aku sayang kau, Sya..."

"Kau jangan nak buat drama air mata kat sini, eh..."

"Aku cakap benda yang betul Sya... Kau baik sangat dengan aku, Sya... Aku rasa terhutang budi dengan kau..."

"Ok, ok... Dah tu... Pergilah mandi... Kejap lagi nak masuk waktu zohor. Kita solat sama-sama. Takmu sedih, takmu marah-marah..."

"Baiklah sahabatku... Arsya Adrianna Binti Adani Amra..."

"Ya, sahabatku Anastasia Binti Tan Sri Anuar Armi."

****************************

"Eh, cepatlah... Kang habis makanan tu..."

"Yelah, yelah. Cubalah sabar sikit. Takde habisnya makanan kat pasar malam tu..."

"Ish, cepatlah Sya..."

"Sabarlah sikit. Aku nak parking motor ni..."

"Cepatlah..."

"Yelah... Dah jom..."

"Sya, cepat... Aku nak beli tu... Tu... Ngan tu... Bolehkan?"

"Banyak tu, Ana... Kau boleh habiskan ke...?"

"In shaa Allah, boleh. Lagipun, kalau tak habis, kita simpan dalam peti ais... Esokkan, aku off sehari... Aku makanlah kalau aku lapar..."

"Yelah... Suka hati kaulah, Ana..."

Usai membeli makanan di pasar malam, Arsya dan Ana berlalu menghala ke motor mereka.

"Ops! Maafkan saya... Saya tak sengaja..." Ujar seorang pemuda selepas terlanggar Arsya.

"Awak buta ke? Tak nampak ke kami punya besar kat sini..." Sergah Ana. Member dahlah tengah panas hati.

"Maaf cik... Saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja..."

"Yelah tu..." Jelingan tajam dihadiahkan pada pemuda yang melanggar Sya.

"Ana... Sudahlah... Dia dah minta maafkan... Dia tak sengaja..."

"Betul cik... Saya tak sengaja... Kawan saya terlanggar bahu saya tadi... Maafkan saya... Emm, saya ganti yang lain, ya..."

"Eh, takpe. Ada lagi ni... Takpe... Terima kasih..." Sya menunjukkan cawan besar yang masih mengandungi separuh lagi air kopi yang dibelinya di pasar malam tadi.

"Cik, please... I insist."

"Takpe encik. Saya ok... Terima kasih banyak. Kami minta diri dulu..."

"Nanti cik... Cik..."

"Saya, Sya... Ini kawan saya, Ana..." Ezham simpan senyum.

"Terima kasih Cik Sya... Saya, Ezham... Saya minta maaf sekali lagi." Sya melerek senyum.

"Takpe... Saya maafkan... Saya minta diri dulu..."

"Ya Allah, manisnya, manisnya senyumanmu..." Usik kawan-kawan Ezham.

"Yelah, Am... Manis senyuman budak tu... Yang sorang lagi tu, cantik juga... Tapi, garang sangat..."

"Sudahlah korang ni... Aku serba-salah lepas terlanggar air Sya tadi..."

"Tapi, dia tak nak kau gantikan... Nak buat macamana? Sudahlah tu. Jomlah... Kang nak sambung buat assignment lagi."

"Yelah Am... Assignment banyak lagi ni..."

"Yelah... Jom..." Jauh dari sudut hati Ezham, dia benar-benar teruja melihat senyuman yang terukir di bibir Sya.

'She's so adorable' Ezham bermonolog seraya tersengeh sendirian.

"Hah, kau kenapa, Am? Tersengeh-sengeh sorang diri... Angau eh?" Usik Cham, rakan serumahnya, ketika menghabiskan assignment.

"Am tengah angau si Sya..." Usik Mali.

"Sya? Budak rambut pendek tu?" Ujar Zaidi pula.

"Comel apa...?"

"Entah-entah budak tu tomboy ke, pengkid ke?"

"Ish, takkanlah... Aku tengok ok je budak tu tadi... Takde pulak nampak gaya jantan dia..."

"Itu depan kita, Am... Belakang kita, kita tak tahu."

"Kau ni Zack... Tak baiklah kau fikir macam tu. Aku tengok ada je bonjol kat dada tu. Kalau tomboy ke, pengkid ke... Takdelah leper je dada dorang..."

"Woi! Sempat kau ya..."

"Bukanlah... Aku tak nampak pun dia macam tomboy... Serius, aku tengok sekali lagi... Tak nampak pun macam jantan... Mungkin dia selesa rambut pendek macam tu... Kita pun tak bolehlah nak buat spekulasi sendiri... Boleh jatuh fitnah, kan?"

"Hai, lain macam je kau ni Am... Beria-ia nak backing budak Sya tu... Dah jatuh cinta ke?" Soal Zack, tak puas hati.

"Ish, takdelah sampai jatuh cinta. Tapi, aku suka tengok muka comel dia... Senyuman dia tu yang mahal..."

"Aku setuju Am... Budak sebelah Sya tu pun, boleh tahan comelnya... Berkenan pulak aku... Hihihi!" Ujar Cham.

"Kau... Pantang nampak perempuan dahi licin..."

"Rugi pulak tak minta nombor telefon dia..."

"Aku tak fikir dia akan semberono nak bagi nombor telefon kat orang yang dia tak kenali..."

"Betul jugakkan? Agak-agak, minggu depan, dorang datang lagi tak ke pasar malam...?" Soal Cham.

"Takpe... Kita pergi je... Kot-kot terjumpa si comel tu..."

"Kau ni, sah angau ni, Am..."

"Ish, taklah... Aku saja nak berkawan. Tak salahkan tambah kawan... Bukan tambah lawan..."

"Something fishy here... Eh... Dahlah... Aku nak keluar dulu. Aku nak jumpa awek aku..."

"Awek mana pulak kali ni? Yang nombor berapa?"

"Yang ni, nombor berapa, aku tak pasti... Yang aku tahu... Budak ni, junior kita kat kolej..."

"Junior?

"Ya, junior kita... Aku usha-usha dia... Tak sangka dia pun falling in love dengan aku... Apa lagi... Pucuk dicita ulam mendatanglah... Rezeki bai..."

"Rezeki, rezeki jugak... Jangan sampai leka dengan budak tu... Final exam just around the conner..." Am mengingatkan sahabatnya.

"Ya, kawan-kawanku. Terima kasih untuk peringatan anda..."

******************************

"Kau ok tak Sya? Sehari dua ni, aku tengok kau lain macam je..."?

"Lain macamana...?"

"Kau ada masalah ke? Kalau ada, ceritalah kat aku... Kitakan sahabat..."

"Takdelah... Aku ok je..."

"Kak, burger ayam spesial, empat ya?"

"Ok... Sekejap ya..."

"Eh, awak, Sya, kan? Dan awak, Ana..."

"Ya... Awak kenal kami?"

"Saya, Cham... Kawan Ezham... Budak yang langgar air awak masa kat pasar malam minggu sudah..."

"Oh... Ya, ya... Saya ingat..."

"Awak berdua duduk kat sini ke?"

"Ya... Kami tinggal dekat rumah tu..." Sambil menuding ke arah rumah diseberang jalan...

"Oh... Sya ngan Ana ni, dah lama jual burger...?"

"Emm... Takdelah lama sangat. Nak cari rezekikan... Kami bukannya orang senang..."

"Jangan cakap macam tu... Ini lebih baik dari buat benda yang tak berfaedah, kan?" Sya dan Ana simpan senyum.

"Awak, duduk kat sini ke Cham?"

"Kita orang menyewa kat sini... Kat flat sana tu... Kami student, last year kat kolej depan tu..."

"Oh... Budak kolej rupanya..." Cham simpan senyum.

"Emm... Sya ngan Ana ni, adik-beradik ke...?"

"Eh, tak... Kami sahabat baik. Rakan serumah..."

"Oh... Berdua je?"

"Yap...! Lagipun, rumah tu kecil je... Nak ajak ramai-ramai, macam tak seronok pulak. Lagipun, rumah tu, rumah pakcik Sya..." Jelas Ana...

"Oh... Memang full time jual burger ke...? Sorry eh... Kalau Cham tanya macam tu..."

"Taklah... Siang, kami kerja lain, malam, kami jual burger... Saja je... Buat tambah duit poket..."

"Baguslah macam tu... Tak nampak lagi ada remaja perempuan yang berani nak jual burger malam-malam kat area ni..." Sya mengangguk.

"Ok, siap... Ini burger ayam spesial, empat..."

"Eh, cepatnya... Berapa ni?"

"Lapas belas..."

"Ok... Ini dia..." Cham menghulurkan dua puluh ringgit pada Sya.

"Sekejap... Balance... Dua ringgit..."

"Takpe... Cham sedekah pada Sya dan Ana. Terima kasih..."

"Alhamdulillah... Terima kasih, awak. Murah rezeki awak..." Ujar Ana.

"Aamiin... In shaa Allah, ada masa, Cham datang lagi. Terima kasih Sya, Ana... Cham balik dulu. Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Sama-sama... Eh, terima kasih tau, duit dua ringgit tadi..."

"Takde hallah. Small matter... Bye..."

"Bye!"

****************************

"Am! Am! Oh, Am!" Jerit Cham sesaat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah sewa mereka sambil menjijit plastik yang mengandungi burger yang dibelinya dari Sya dan Ana tadi.

"Am...! Ezham Ezani...!"

"Ya Allah, kau ni kenapa, Cham...? Terjerit-jerit..." Tercungap-cungap Cham mencuri nafas setelah berlari menaiki tangga. Rumah sewa mereka di tingkat atas sekali, tingkat empat. Terpaksa menapak menggunakan tangga sebab ketiadaan lif.

"Am, aku dah jumpa Am... Aku dah jumpa..."

"Kau dah jumpa siapa? Cakaplah... Kau jumpa siapa...?"

"Aku jumpa Sya ngan Ana..."

"Hah? Kau jumpa Sya? Kat mana? Cham, kau jumpa kat mana?"

"Kot ya pun, sabarlah... Bagilah aku duduk dulu. Penat memanjat tangga tak hilang lagi..." Cham masih tercungap-cungap mencari nafas.

"Ok, ok... Tarik nafas... Hembus... Tarik nafas... Hembus..."

"Dah ok? Cakaplah... Kau jumpa Sya kat mana?"

"Aku jumpa kat simpang depan tu. Dorang duduk sini je... Sya ngan Ana jual burger... Ni, burger ni... Doranglah yang jual." Burger didalam plastik, ditangannya ditayangkan di hadapan Am.

"Jual burger? Dorang kerja jual burger?"

"Part time je... Siang, dorang kerja lain..."

"Oh..."

"Lama ke kau borak dengan dorang?"

"Takdelah lama sangat. Lagipun, dorang tengah berniaga, kan? Tak seronok pulak nak ajak berborak..."

"Betul jugak tu... Emm... Thanks, Cham..."

"Dah kau kenapa? Sengeh sorang-sorang?"

"Takde apa-apalah... Senyum pun salah ke?"

"Salah tu tidak... Tapi, lain macam pulak kau kalau dengar nama Sya... Kau sukakan Sya eh?"

"Suka je... Tak salahkan?"

"Ke kau dah falling in love dengan budak rambut pendek tu..."

"Ish, taklah... Belum sampai ke tahap falling in love lagi... Baru suka je..."

"Kau ni, Am... Aku peliklah..."

"Apa yang peliknya...?"

"Punya ramai pelajar senior, junior kat kolej tu... Alih-alih... Si Sya tu pulak yang kau berkenan... Padahhal, kat kolej tu, rata-rata, semua sama level, sama taraf dengan kau... Sya tu, budak jual burger je..."

"Cham, kau kena faham... Hati dan perasaan seseorang tak boleh dipaksa tau... Cantik macamana pun perempuan tu, tapi, kalau hati aku tak berkenan, tak guna juga... Kenapa kau cakap macam tu... Sya tak cantik ke pada kau?"

"Jangan salah faham, sahabat... Aku suka tengok Sya. Aku akui, dia memang cantik... Tapi, kau tak kisah ke berkawan dengan perempuan macam tu? Kau tahukan macamana family kau...?"

"Cham... Terima kasih sebab ingatkan aku... Tapi, terus-terang aku cakap... Sebab kau sahabat aku yang paling rapat... Aku bagitahu kau..."

"Ah, cakap-cakap... Aku sudi mendengarnya..."

"Hati dan perasaan aku, takde siapa boleh paksa... Aku sukakan Sya, bukan sebab dia cantik... Tapi, aku tak tahu nak cakap macamana... Aku memang sukakan dia... Senyuman dia je, boleh buat aku angau... Tak kisahlah dia rambut pendek ke, tak kaya. Itu bukan ukuran untuk kita sukakan seseorangkan?"

"Wah, kau ni Am... Lain macam pulak... Takpelah Am... Aku doakan kau dapat apa yang kau inginkan..."

"Thank you, sahabat. Kaulah sahabat aku dunia akhirat..."

"Yelah tu..."

Sekadar untuk pengenalan. Sikit waktu lagi, novel baru ni, akan diterbitkan. Stay tune...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience