BAB 1 - AASM - JEFFREY JAIDEN

Romance Completed 35717

"Ad... Kereta ni dah tengok ke apa yang rosak?"

"Dah, pakcik. Kereta tu, gear box dia problem... Tapi, Ad tengah betulkan kereta biru ni. Kejap lagi, tauke dia nak datang ambik..."

"Ni kereta semalam ke?"

"Ya, pakcik. Tauke dia datang masa kita nak tutup bengkel..."

"Oh... Yelah. Ad betulkan kereta tu dulu. Ad penat, rehat. Jangan paksa diri... Pakcik tak nak Ad terlalu leka dengan kerja-kerja ni. Awak tu perempuan..."

"Takpe, pakcik. Ad okay lagi ni."

"Ya... Pakcik tahu... Tapi, Ad kena ingat. Ad perempuan. Nanti takde lelaki yang nakkan Ad sebab Ad kerja main dengan minyak hitam bagai... Perempuan mana ada buat kerja macam ni..."

"Itu perempuan lain... Ad okay je... Dah Ad belajar pasal automotif kat sekolah vokay... Nak buat macamana? Sayang pulak, bila kita dah belajar tapi tak praktikkan..."

"Ad tak nak sambung belajar je? Kalau Ad nak, pakcik boleh tolong..."

"Tak payah! Ad tak nak... Ad selesa kerja macam ni... Ad kesiankan pakcik, makcik... Cukup-cukuplah, pakcik, makcik besarkan Ad, sekolah Ad. Lagipun, adik-adik Ad, tiga orang tu perlukan perhatian. Dorang masih belajar dan perlukan duit. Pakcik takyahlah risaukan Ad... Ad masih mampu nak sara hidup Ad."

"Gaji Ad tak seberapa Ad... Lepas tu, malam Ad jual burger lagi. Ad tak penat ke?"

"Pakcik... Ad muda lagi... In shaa Allah, Ad masih mampu nak buat dua kerja... Bukan jauh mana pun... Jadi, pakcik takyah risau ya."

"Ad... Ad dah banyak tolong pakcik sekeluarga... Sampai kat bengkel nipun, Ad sanggup kerja dengan pakcik dengan gaji yang tak seberapa."

"Pakcik... Ala, takyahlah buat Ad touching macam ni... Ad suka apa yang Ad buat..."

"Ad sambung belajar, ya? Pakcik tolong Ad..."

"Tak naklah, pakcik. Ad selesa macam ni. In shaa Allah. Ada rezeki Ad nanti, Ad sambunglah belajar."

"Sayang Ad... Ad budak pandai... Budak bijak. Sayang kalau sia-siakan kebijaksanaan yang Ad ada..." Spanar dua belas dilepaskan ke toolbox.

"Pakcik... Ad sebenarnya dah takde minat nak belajar. Jujur, Ad hilang minat nak belajar. Pakcik ingat tak macamana seksanya Ad ke sana ke mari nak dapatkan bantuan untuk sambung belajar lepas SPM dulu?" Pakcik mengangguk perlahan.

"Sebab tulah Ad hilang minat nak belajar. Takde siapa nak tolong kita yang susah macam ni, pakcik. Bila nak minta tolong, macam-macam alasan dorang bagi. Itu je dah buat Ad hilang minat nak sambung belajar. Dahlah mahal... Jadi, Ad ambil keputusan nak cari duit nak tampung kehidupan Ad... Dalam masa yang sama, Ad boleh je tolong pakcik dan makcik... Adik-adik Ad perlukan duit untuk persekolahan mereka."

"Tapi, itu tanggungjawab pakcik, Ad..."

"Tanggungjawab pakcik, tanggungjawab Ad jugak. Pakcik dan makcik dah sekolahkan Ad, jaga Ad sejak ibu ayah Ad meninggal dunia. Sekarang ni, biarlah Ad pulak yang tolong pakcik."

"Tapi, Ad..."

"Ad ikhlas nak bantu pakcik. Ad tak nak adik-adik Ad hidup susah macam Ad. Biarlah Ad jalankan tanggungjawab Ad sebagai seorang kakak. Ad takde adik-beradik lain. Ad sayangkan adik-adik Ad. Ad tak minta banyak... Izinkan Ad jaga adik-adik Ad. Izinkan Ad bantu pakcik dan makcik. Ad takde sesiapa selain pakcik makcik." Pakcik terdiam seketika. Ad memang sedikit degil. Kalau dah itu yang diperkatakan, jangan harap dapat ditentang atau dibantah.

"Baiklah... Kalau itu yang Ad mahukan. Tapi, jangan letak semuanya di bahu Ad... Pakcik makcik masih ada."

"In shaa Allah, pakcik..."

"Dahlah... Siapkan cepat. Nanti owner dia nak datang ambikkan..."

"Don't worry, boss... Bisa diatur..." Tergeleng-geleng kepala pakcik melihat gelagat satu-satunya anak buah yang dia ada. Sejak kecil, Ad memang seorang budak yang cepat tangkap a.k.a cepat belajar. Ad juga mudah dibentuk dan mendengar kata. Minat Ad pada automotif bermula sejak dia dijaga pakcik makcik setelah kematian orang tuanya.

Setiap hari Ad akan memerhatikan segala gerak geri pakcik membelek kereta, enjin dan segala komponen kereta yang dibaiki pakcik. Sehinggakan, ketika di tingkatan empat, Ad sendiri yang berminat nak masuk ke sekolah vokasional untuk mempelajari tentang automotif. Kehebatan Ad terserlah selepas Ad mampu menghidupkan sebuah kereta lama milik pakcik tanpa bantuan pakcik.

Sejak itu, pakcik mengizinkan Ad membantunya di bengkel miliknya sendiri. Pada awalnya, makcik menghalang, tetapi disebabkan kedegilan Ad, makcik akhirnya akur. Bagi makcik, Ad seorang gadis yang cantik dan tak sepatutnya Ad bergelumang dengan pekerjaan yang dipelopori kaum lelaki.

Flashback #

"Ad, jangan! Makcik tak izinkan... Ad perempuan tau... Mana ada orang perempuan kerja dekat bengkel kereta..."

"Makcik... Inipun kerja jugakkan?"

"Memanglah... Tapi, Ad perempuan tau. Ad gadis cantik. Kenapa nak rosakkan wajah dengan kerja-kerja orang lelaki ni. Suruh sambung belajar, Ad tak nak... Ni... Nak kerja kat bengkel pulak. Habis kulit cantik Ad nanti..."

"Ala, makcik... Ad cantik-cantikpun, takde orang nak. Ad bukan orang senang. Anak yatim piatu. Takde sesiapa yang suka dengan perempuan macam Ad..."

"Itu kata Ad... Cuba Ad pakai cantik-cantik. Pakai make-up sikit, mesti meletup anak buah makcik ni..."

"Dah, dah! Tak payah nak mengarut, Ila... Ad ni... Kalau tak make-up pun dah cantik... Tak payahlah nak bermake-up bagai. Nanti macam opera cina... Merah sana, merah sini..."

"Apa pulak macam opera cina... Janganlah make-up tebal-tebal... Kalau kulit macam Ad ni... Make-up nipis-nipis je. Confirm, ramai lelaki ikut balik nanti."

"Ish! Taknaklah Ad... Tak minatlah make-up, make-up ni... Habis kulit Ad... Pakcik, makcik... Takyahlah risaukan Ad. Pandailah Ad nanti. Yang penting, Ad nak kerja dengan pakcik kat bengkel ni... Boleh ya, pakcik...?"

"Ad kerja dengan makciklah..."

"Kerja dengan makcik? Make-up pengantin, buat pelamin semua tu?"

"Yelah..."

"Oh tidak... Make-up pengantin... Oh tidak... Ad tak minat. Ad tak nak... Ad nak kerja dengan pakcik... Lagipun, makcik kan dah ramai pekerja... Biarlah Ad tolong pakcik. Kalau makcik perlukan bantuan Ad, baru Ad tolong... Macamana? Boleh tak?" Ad memerhatikan wajah-wajah kesayangannya satu persatu.

"Bolehlah pakcik, makcik... Ad minat kerja-kerja repair kereta ni... Nanti kalau makcik perlukan bantuan Ad, Ad janji Ad tolong... Please..." Kedua tangan dicantum, meminta simpati.

"Yelah, yelah... Ish... Degil! Makcik nak Ad nampak cantik... Nampak vogue gitew...!"

"Takpelah... Nanti, Ad akan jadi satu-satunya mekanik wanita yang paling vogue kat Malaysia ni... Hihihi..."

"Yelah tu...! Vogue dengan minyak-minyak hitam ni semua..."

"Hihihi... Sayang makcik... Jangan marah Ad, ya..." Tubuh makciknya dipeluk erat.

"Macamanalah makcik nak marah satu-satunya anak buah makcik ni..." Wajah cantik milik Arsya Adrianna diusap sebelum dahi Ad dikucup. Ad tersenyum lebar.

"Tapi, Ad dah janjikan... Akan tolong makcik kalau makcik perlukan bantuan?"

"Ya... Ad janji..." Seraya mengangkat tangan kanannya seolah-oleh berikrar.

"Baik... Makcik pegang kata-kata Ad... Jangan nak elak, kalau makcik minta tolong nanti..."

"Ai, ai bos!" Tabik hormat diberikan pada makcik sementara pakcik tergelak kecil melihat gelagat anak buah kesayangannya. Ad dengan loyar buruknya, memang tak dapat dipisahkan.

Flashback end #

****************************

"Eh, Cham... Jom ikut aku..."

"Nak pergi mana?"

"Kita pergi beli burger..."

"Pergi beli burger atau kau nak usha si Sya?"

"Dua-dua..." Am lantas mencapai kunci motor milik Zaidi.

"Woi, woi! Nak pergi mana dengan kunci motor aku?"

"Nak beli burger... Kau nak tak?"

"Kalau kau belanja... Aku ok je..."

"Kau ni, memang muka nak free je kan?"

"Habis tu... Korang pakai motor aku, tak pernah sekalipun isi minyak motor aku..."

"Agak-agaklah, kalau nak keluarkan statement macam tu..." Ujar Am.

"Ok, ok... Kau dikecualikan..."

"Berani kau... Aku tak top-up minyak motor kau nanti, baru kau tahu..."

"Ala, janganlah... Aku surrender... Aku minta maaf. Kaulah sahabat aku yang paling baik dan pemurah di dunia dan akhirat..."

"Siot je kau kan... Nak bodek pun agak-agaklah..."

"Dah, dah... Aku nak beli burger. Nanti habis..." Lantas kaki melangkah laju keluar dari rumah sewa mereka."

"Am, tunggu aku!"

"Cepatlah sikit..."

"Kau nipun... Sabarlah!"

"Cepat. Lambat tinggal!"

Hampir tiga minit, mereka tiba di gerai yang dikatakan oleh Cham.

"Cham, mana gerai burger dia?"

"Memang kat sini... Aku ingat lagi. Gerai Sya betul-betul kat simpang ni... Sebab dia kata, rumah sewa dia kat depan tu..." Sambil menghalakan jari telunjuknya ke arah rumah diseberang jalan.

"Agak-agaknya dia cuti tak?"

"Hari ni, Khamis... Malam Jumaat. Mungkin juga. Takpelah. Takde rezeki kita... Jom balik..."

"Hah! Balik? Burger aku?"

"Aku dah kenyang pulak..."

"Am, janganlah... Janganlah sebab Sya takde, kau nak seksa aku. Aku lapar doh... Dahlah duit aku tinggal ciput je..."

"Ala, kau ni... Nak buat drama sedih pulak... Aku tahulah. Nak gurau sikit pun tak boleh..."

"Bukan tak boleh. Biasiswa belum masuk. Duit aku tinggal hujung-hujung je ni..."

"Yelah. Aku tahu... Jom cari burger tempat lain. Aku belanja..." Bersinar mata Cham mendengar perkataan belanja...

"Aku sayang kau, Am... Aku sayang kau!" Tubuh tegap Am dipeluk erat.

"Woi! Gelilah... Kau jangan sampai aku sepak kau nanti... Geli aku bongok!"

"Hahaha... Yelah. Aku minta maaf... Dah jom. Aku lapar ni..."

"Dan, dan lapar..."

"Yelah... Dah Sya ngan Ana takde... Aku automatik semakin lapar. Cepatlah!"

"Ya, ya... Aku tahulah..."

"Hihihi... Sayang kau Am..." Ezham menjeling tajam. Geli dengan kelakuan si Cham.

****************************

"Ad! Ad...!"

"Ya, pakcik..."

"Ni, tolong sekejap..." Ad berlari kecil mendapatkan pakciknya.

"Ya, pakcik... Kenapa?"

"Ad ada kereta ke nak direpair?"

"Takde. Baru settle satu tadi. Tunggu owner datang ambik je..."

"Tolong pakcik, boleh?."

"Tolong apa?"

"Tolong tengokkan kereta kat depan tu... Tayar dia bocor... Kena paku agaknya..."

"Kereta mana?"

"Tu... BMW warna hitam tu..." Ujar pakcik sambil menuding jarinya ke arah BMW berwarna hitam di tepi jalan.

"Emm, kejap. Ad pergi tengok dulu." Ad berjalan ke arah kereta BMW, yang dimaksudkan pakcik.

"Tuan... Kenapa dengan kereta ni?" Soal Ad sambil bercekak pinggang.

"Tayar kereta ni... Pancit... Rasanya saya terlanggar paku kot masa lalu kat tempat pembinaan tu..."

"Oh... Sekejap ya... Saya ambikkan jek sekejap..."

"Emm... Nanti... Awak boleh ke?"

"Kenapa tuan tanya macam tu? Sebab saya perempuan?"

"Bu...bukan... Cuma... Ini kali pertama saya nampak perempuan kerja kat bengkel."

"Biasa je tuan. Nak cari makankan? Sekejap ya?" Pemuda itu mengangguk laju. Ad diperhatikan pemuda tadi.

'Sayang... Kau nampak cantik...' Getus hati pemuda tadi.

Ad kembali dengan jek di tangannya sebelum diletakkan dengan berhati-hati dibawah kenderaan mewah itu. Pemuda tadi sekadar memerhatikan gerak geri Ad dengan penuh minat. Satu persatu skru di rim tayar ditanggalkan menggunakan alatan tertentu sebelum tayar ditanggalkan dari kedudukannya.

Ad membawa tayar kereta ke bengkel sebelum memeriksa dengan teliti paku yang melekat di tayar kereta tersebut. Setelah paku tadi dicabut, Ad mula mengisi angin di tayar yang telah diperiksa dan dipastikan tayar tersebut tidak bocor.

"Tuan, siap!"

"Eh, sudah?"

"Yap! Dah siap!"

"Cepat. Kurang lima belas minit... Pantas."

"Biasa je, tuan. Tayar bocor je..."

"Bagus... Berapa ya?"

"Tuan bayar kat dalam ya... Kat tauke saya..."

"Oh... Ok... Siapa nama awak?"

"Eh, kenapa pulak tanya nama saya?"

"Saja... Mana tahu, kalau kereta saya problem lagi, saya terus cari awak. Boleh?"

"Emm... Nope! Sorry tuan. Saya tak boleh buat macam tu. Nanti, apa pulak kata mekanik yang lain. Lagipun, tauke saya tentu tak setuju. Maaf, tuan."

"Tapi..."

"Saya pergi dulu, ya. Tuan bayar kat pakcik tadi. Saya ada kereta lain yang perlu saya tengok... Saya pergi dulu. Assalammualaikum..."

"Eh... Nanti!" Ad sudahpun berlalu.

"Waalaikumussalam... Ish, jual mahal eh?"

"Ala... Melepas aku... Takpe... Aku tanyakan tauke dia..." Pemuda tadi berlalu ke arah Pakcik Mazlan.

"Emm, pakcik... Berapa ya upah untuk tayar pancit tadi...?"

"Tuan kereta yang mana?"

"Tu... BMW tu..."

"Oh... Sepuluh ringgit je tuan..."

"Jangan bertuan dengan saya, pakcik... Saya bukan tuan... Saya, Jeffery Jaiden... Panggil saya Jeff..." Seraya itu Jeffery cuba mahu menyalami Mazlan, tapi dihalang.

"Err, tangan pakcik..."

"Takpe, pakcik. Tangan mekanik, biasalah..." Jeff mencapai tangan Pakcik Mazlan dan menyalaminya.

"Oh... Emm, Jeff ni, orang melayu ke?"

"Saya campuran, pakcik... Papa saya, New Zealand, mama saya melayu Malaysia..."

"Campuran rupanya... Patutlah hemsem... Sekali pandang macam mat saleh. Dua kali pandang, nampak ada muka melayu sikit..." Malu Jeff dipuji begitu.

"Saya, anak Malaysia pakcik. Anak orang melayu. Makan nasi, makan belacan, tempoyak..."

"Wah, hebat ni..."

"Saya lahir kat sini, pakcik. Jadi, mama dah ajar makan semua makanan orang melayu dari kecil lagi..."

"Oh... Baguslah macam tu. Anak melayu sendiripun belum tentu makan semua benda tu..."

"Emm, pakcik... Boleh saya tanya sesuatu...?"

"Ya, silakan Jeff."

"Err, siapa ya perempuan yang tukar tayar saya tadi...?"

"Kenapa? Dia ada buat salah ke?"

"Bukan... Saya teruja tengok orang perempuan kerja kat bengkel... Kerja dia pun cepat. Saya sendiripun rasanya, tak selaju itu kot..."

"Oh, itu anak buah pakcik. Ad namanya..."

"Ad?" Berkerut seribu dahi Jeff.

"Arsya Adrianna... Tapi, dia suka dipanggil Ad..."

"Oh ya ke? Sedap nama tu... Arsya..."

"Kami semua memang panggil dia Arsya atau Sya... Tapi, bila kat luar ni, kena panggil Ad..."

"Kenapa pulak?"

"Entah, Jeff... Budak-budak sekarang ni... Pening pakcik... Tapi, Ad tu, satu-satunya anak saudara pakcik. Anak yatim piatu."

"Oh... Arsya tinggal dengan pakciklah..."

"Dulu. Dah besar ni, dia menyewa kat depan sana dengan kawan dia. Tak nak ganggu pakcik katanya. Yelah, pakcik ada tiga orang anak lelaki. Tak selesa agaknya. Tapi, pakcik tak kisah. Sebab rumah diapun depan sana je. Arsya, kalau nak ke mana-manapun, dia bagitahu."

"Memang Arsya kerja kat bengkel pakcik ke?"

"Susah nampak gayanya, Jeff nak sebut nama Arsya... Panggil Sya jelah..."

"Hihi... Maafkan saya, pakcik. Sya memang kerja dengan pakcik ke?"

"Ya... Dah lama dah. Lepas habis SPM, terus kerja dengan pakcik."

"Lepas SPM... Maksud pakcik, Sya tak sambung belajar..."

"Takde rezeki Jeff... Kami ni bukan orang senang. Sya nak sambung belajar pun, dia fikirkan anak-anak pakcik yang tiga orang tu. Lagipun, perbelanjaannya besar."

"Allah... Kesiannya... Tapi, berapa umur Sya tu pakcik?"

"22..."

"22, muda lagi... Boleh tu kalau Sya nak sambung belajar..."

"Banyak kali, pakcik makcik pujuk dia... Sya tu bukan tak pandai... Tapi, dia taknak susahkan kami suami isteri."

"Habis tu, macamana Sya boleh terlibat dengan repair kereta kat bengkel ni...?"

"Dia belajar kat sekolah vokasional dulu. Agaknya sebab dari kecil, pakcik dah dedahkan Sya dengan kereta-kereta ni... Tu yang dia minat tu."

"Maksudnya, Sya dah lama tinggal dengan pakcik?"

"Ya... Dari umur 10 tahun. Lepas abang pakcik, ayah Sya dan ibunya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, Sya, pakcik dan makcik yang jaga..."

"Allah... Maafkan saya, pakcik..."

"Takde apa Jeff... Benda dah lama..."

"Eh, Jeff... Kita dok borak lama-lama. Mari, jemput duduk. Kita minum-minum dulu."

"Eh, takpe pakcik. Saya ada kerja lagi. Nak balik office dulu. In shaa Allah, ada masa nanti, saya singgah lagi... Lagipun, saya yang handle projek kat sini..."

"Oh..."

"Terima kasih, pakcik. In shaa Allah, lain kali saya singgah lagi. Ini wangnya... Saya pergi dulu, pakcik. Terima kasih." Jeff menghulurkan sekeping duit kertas lima puluh ringgit sebelum meninggalkan Pakcik Mazlan.

"Te... Eh, Jeff... Nanti... Bakinya..."

"Takpe, pakcik. Anggaplah itu rezeki pakcik sekeluarga. Assalammualaikum..." Ujar Jeff dari jauh. BMW hitam, menderu berlalu.

"Waalaikumussalam... Allahuakhbar... Budak ni. Moga dipermudahkan urusan kamu, anak muda..." Ujar pakcik sambil memandang ke arah Jeff sehingga hilang dari pandangannya.

"Arsya Adrianna... Aku akan datang semula ke sini, Arsya..." Omel Jeff.

"Siapa tu pakcik? Banyak soal pulak dia?"

"Dia tanyakan hal kamu..."

"Hah? Pasal Ad? Kenapa?"

"Yelah... Kamukan perempuan."

"Kalau perempuan pun kenapa? Tak pernah tengok perempuan ke?"

"Ish, kamu ni, Ad. Dia kata, dia tak pernah tengok perempuan buat kerja kat bengkel kereta. Tu yang dia teruja..."

"Oh..."

"Dia tanya nama Ad tadi."

"Habis tu, pakcik bagitahu ke?"

"Dah orang tanya dengan baik, pakcik jawablah dengan baik. Kenapa, salah ke?"

"Memanglah salah. Ad tak sukakan orang tanya lebih-lebih pasal diri Ad."

"Dia tak tanya banyak pun, Ad. Dia tanya nama kamu je... Tak payahlah sombong sangat."

"Takdelah sombong. Tapi, macam tak seronoklah nak jaja nama sendiri."

"Apa pulak tak seronoknya. Nanti ramai pelanggan datang ke bengkel ni sebab Ad. Untung jugak pakcik nanti."

"Wah! Pakcik nak kaut untung dari nama Ad?" Seloroh Ad.

"Banyaklah kamu, Ad. Tak sudah-sudah nak mengusik pakcik."

"Hahaha..."

"Kereta tadi, owner dia dah ambil?"

"Dah pakcik. Ini wangnya." Beberapa keping wang kertas not lima puluh dan sepuluh diserahkan pada pakcik.

"Terima kasih, Ad..."

"Sama-sama... Emm... Pakcik..."

"Nama orang tu tadi, Jeffrey Jaiden..." Berkerut dahi Ad.

"Macamana pakcik tahu yang Ad nak tanya nama orang tadi tu?"

"Pakcik bedal je."

"Boleh ke macam tu?"

"Suka hati kamulah Ad. Pakcik malas nak layan kamu. Ni, makcik kamu cari kamu tadi..."

"Nak buat apa?"

"Entahlah. Kamu pergilah tanya makcik tu. Sibuk dari dari siang tadi... Ada orang tempah baju pengantin katanya. Pergilah kamu jenguk makcik kamu tu..."

"Yelah, pakcik. Kejap lagilah. Ad nak repair kereta kat Nik."

"Dah kenapa? Nik tak boleh repair ke?"

"Tak... Nik pening kepala tadi. Kesian pulak Ad tengok."

"Nik tu dah beberapa hari ni, pakcik perasan selalu sangat sakit kepala. Di suruh pergi ke klinik kesihatan, dia tak nak. Malas nak menunggu katanya. Nak ke klinik swasta, takut nak bayar lebih... Haish, budak bertuah ni."

"Takpelah, pakcik. Ad dah suruh dia balik berehat, kesian pulak tengok dia menahan sakit kepala tu."

"Yelah, Ad. Terima kasih sebab ambil alih kerja si Nik tu."

"Takde apalah, pakcik. Small matter je."

"Yelah. Pakcik sambung kerja dulu."

"Hurm... Okay, pakcik..."

"Jeffrey Jaiden... Nama dahsyat... Mix blood... Not bad..."

Bab 1 sis dah update... jemput jenguk guys... and kalau ada komen, sila komen ya... sis terima dengan hati terbuka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience