"Saya pun sukakan awak. Sebagai kawan."
"Tapi, saya suka awak, Sya. Lebih dari itu." Ad tergamam.
"Ap... Apa yang awak mengarut ni, Am... Kitakan kawan... Awak, saya, Cham, Ana..."
"Tapi, saya suka awak lebih dari seorang kawan, Sya..."
"Am... Jangan mengarutlah..."
"Sya... Demi Allah, Sya. Depan sahabat baik awak dan depan sahabat baik saya sendiri... Saya berterus-terang dengan awak. Saya dah lama sukakan awak, Sya... Bukan sebagai seorang kawan, tapi lebih dari seorang kawan..."
"Am, awak cakap apa ni? Jangan bergurau macam ni, Am... Saya tak suka..."
"Sya, percaya cakap saya, Sya... Saya betul-betul sukakan awak, Sya... Tolong terima saya, Sya..."
"Am... Awak, Cham sahabat saya... Saya dan Ana dah terima awak sebagai kawan kami... Apa lagi, Am...?"
"Bukan itu yang saya mahukan, Sya... Saya sayang awak Sya... Saya betul-betul sayangkan awak..."
"Am... Please... Jangan cakap benda macam tu. Saya tak suka, Am... Perjalanan hidup kita masih panjang. Kita takkan tahu apa yang akan berlaku esok hari, Am..."
"Emm... Cham... Tolong saya kemas barang, boleh?" Ajak Ana, cuba memberi ruang pada Ad dan Ezham.
"Eh, boleh je... Jom cepat..." Cham dan Ana berlalu meninggalkan Ad dan Am di situ sementara mereka mengemas barang-barang berniaga tadi.
"Awak tak percayakan saya?"
"Am... Dengar sini." Ad menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya kembali.
"Apa lagi yang tak kena, Sya?"
"Awak habiskan dulu peperiksaan awak... Final exam, kan? Then, awak sambung pelajaran awak ke Australia..."
"Selepas tu?"
"Selepas tu, baru kita berjumpa... Boleh?"
"Awak janji dengan saya, awak tunggu saya..."
"In shaa Allah... Saya tak nak janji apa-apa..."
"Kenapa? Awak dah ada orang lain ke?"
"Bukan macam tu... Saya tak mahu menjanjikan sesuatu yang belum pasti."
"Sya..."
"Am... Dengar cakap saya dulu, Am... Saya tak berani nak bagi harapan pada mana-mana lelakipun, Am. Cuba awak tengok saya, Am... Apa yang ada pada saya, Am... Saya bukan gadis idaman mana-mana lelakipun Am. Saya tak cantik... Kerja mekanik, jual burger... Apa yang awak nampak kat saya, Am? Saya tak fahamlah awak ni... Ramai lagi kat luar sana, gadis-gadis yang jauh lebih cantik dari saya, Am... Yang lebih sepadan dengan awak..."
"Sya... Kenapa terlalu merendah diri? Awak punya keistimewaan sendiri, Sya... Keistimewaan yang tiada pada orang lain..."
"Am, tolonglah..."
"Sya...Bagi saya peluang Sya... Peluang untuk mengenali awak dengan lebih rapat. Jujur saya katakan Sya... Hati saya dah mula terpaut pada awak selepas perlanggaran kita di pasar malam dulu. Dah lama saya simpan perasaan saya..."
"Am... Saya..."
"Sya... Saya rayu awak Sya... Apa yang ada dalam hati saya, hanya awak Sya... Awak..."
"Am... Tolonglah... Kita masih muda Am... Masih panjang perjalanan hidup kita... Awak masih ada masa depan yang cerah, sedangkan saya... Buka mata dan minda awak, Am... Tengok keadaan saya. Apa yang ada pada saya Am? Apa yang awak nampak kat saya sampai awak sukakan saya? Saya tak fahamlah... Atau awak memang berniat nak mempermainkan perasaan perempuan macam saya?"
"Apa yang awak cakap ni, Sya? Saya tak pernah terniat pun nak mainkan hati dan perasaan awak. Niat saya ikhlas, Sya. Sa..."
"Am... Percayalah cakap saya, Am... Saya pasti, awak akan bertemu dengan perempuan yang lebih cantik dan lebih terjamin kehidupan dia dari saya... Silap haribulan, awak bawak balik, isteri dari overseas. Mana tahu, kan?" Ad terus mencantas.
"Awak betul-betul tak sukakan saya ke, Sya?"
"Ezham... Saya suka awak. Cham... Awak berdua kawan saya... Sahabat saya. Macamana saya sayangkan Ana, macam tu jugak, awak..."
"Tapi, saya sayangkan awak lebih dari seorang kawan, Sya..."
"Am... Saya tak mampu, Am... Saya tak mampu..." Ad merintih lalu menundukkan kepalanya.
"Kenapa? Cuba cakap dengan saya... Kenapa awak tak boleh terima saya? Kenapa Sya? Kenapa?" Lengan Sya dicengkam.
"Am... Lepaskan saya... Lepaskan saya, Am... Am, sakit..." Ezham tersedar dari kesilapannya, lalu melepaskan cengkaman tangannya.
"Sya, maafkan saya, Sya... Maafkan saya... Saya tak berniat langsung nak sakitkan awak. Saya sayangkan awak, Sya. Saya cintakan awak. Saya tak minta lebih pun, melainkan awak balas cinta saya." Ad mendongakkan kepalanya seraya menutup matanya seketika. Am meraup wajahnya sehingga ke belakang kepala.
"Sya... Saya ikhlas, Sya... Perasaan sayang dan cinta yang hadir ni, bukannya sementara... Bukannya dipaksa... Sebaliknya, ia datang sebab hati saya betul-betul dah terpaut pada awak, Sya... Tolong terima saya, Sya... Saya janji akan sayang awak selamanya... Saya akan jaga awak sebaik mungkin. Sya..."
"Am... Tolong dengar apa yang saya nak cakapkan..." Nafas digali dalam sebelum dihembus perlahan. Ad cuba mencari kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
"Am... Saya akui saya sukakan awak, saya sayangkan awak..." Jelas terpampang senyuman lebar diwajah Ezham mendengar pengakuan Ad.
"Tapi, hanya sebagai kawan, Am... Tak lebih dari itu. Masa kita masih panjang, Am. Macam-macam boleh berlaku waktu tu... Awak ada masa depan yang jauh lebih baik dari saya, Am... Awak tengok saya... Awak tengok keadaan saya... Saya macam ni je Am... Mekanik dan penjual burger di tepi jalan... Takde yang istimewanya pada saya."
"Sya..."
"Sya, dengar dulu!" Sya tersentak. Ana dan Cham juga turut terkejut mendengar ton suara Am berubah sedikit.
"Am, awak dengara apa yang saya nak cakap dulu!" Ad tak nak mengalah bila dia sendiri menaikkan ton suaranya.
"Saya minta maaf sebab tinggikan suara... Saya takde niatpun. Tapi, tolong... Habiskan dulu pelajaran awak dan kita akan lihat macamana nanti. Saya tak berani nak janjikan apa-apa pada awak. Hati kita Allah pegang, Am... Macam-macam boleh berlaku... Bukan dalam sehari... Even dalam sejam pun, macam-macam yang boleh berlaku..."
"Awak tak percayakan saya, Sya?"
"Bukan macam tu, Am... Awak baru dua puluh tiga tahun dan saya dua puluh dua tahun... Kita masih muda nak mengemudi hal-hal berat berkaitan perasaan..."
"Cinta tak mengenal usia, Sya... Awak tahukan?"
"Ya... Saya tak nafikannya... Tapi, saya hanya minta awak fikirkan pelajaran awak. Saya tak minta lebih, Am. Habiskan pelajaran awak, banggakan ibu bapa awak dulu. Itu yang penting... Fikirkan masa depan awak..."
"Tapi, macamana dengan kita? Macamana dengan perasaan saya? Takkan takde sedikitpun perasaan awak pada saya? Takkan takde walau sekelumit pun perasaan sayang dalam diri awak pada saya?" Ad tak mampu bersuara, sebaliknya Ad hanya mampu menundukkan kepalanya. Suasana sunyi seketika.
"Baiklah... Saya tahu jawapan awak. Kalau itu yang awak mahukan... Kalau itu yang awak nak... Saya ikut, Sya... Saya akan turutkan apa jua cakap awak, walaupun awak mahu saya lupakan saya... Saya akan ikut... Saya akan pastikan, segala kemahuan awak, saya turuti... Awak nak saya lupakan awak, lupakan perasaan saya pada awak, lupakan cinta saya pada awak? Fine! Saya akan buat... Saya akan ikut segala kemahuan awak... Selamat tinggal Sya... Selamat tinggal!"
"Cham! Jom blah!"
"Ana, Cham pergi dulu... Sya..." Berlari Cham mendapatkan Am yang pergi tanpa sempat menoleh. Sya masih tergamam dengan kelakuan Am... Begitu juga Ana yang terpinga-pinga melihat suasana canggung tadi.
'Apa yang berlaku sebenarnya?'
*****************************
"Pakcik... Makcik... Ad nak sambung belajar..." Sejak terputusnya 'perhubungan' Ad dengan Ezham, Ad banyak menghabiskan masa menyendiri.
"Alhamdulillah... Baguslah macam tu... Ad nak pakai duit, bagitahu pakcik... Nanti pakcik tolong apa yang patut..."
"Ya, Ad... Makcik gembira akhirnya Ad bukakan hati Ad untuk sambung belajar..."
"Terima kasih pakcik, makcik... Tapi, jangan risau pasal duit. Duit simpanan Ad, masih ada..."
"Jangan macam tu, Ad... Ad pun dah banyak tolong kami. Nanti, nak pakai duit... Makcik tolong ya... Lagipun, Ad dah janji nak tolong makcikkan..."
"Ok, ok... Kalau Ad tolong makcik buat kerja, baru Ad dapat upahnya... Boleh?"
"Baik. Makcik setuju..." Ad simpul senyum.
"Bila Ad start?"
"Minggu depan... Tapi, Ad janji... Lepas kelas, Ad tolong pakcik kat bengkel..."
"Tak payah nak paksa diri Ad... Tumpukan perhatian pada pelajaran... Pasal hal kat bengkel ni, kemudian cerita. Kalau Ad betul-betul free, baru Ad tolong..."
"Baik, pakcik. Terima kasih sebab memahami."
"Ana pun sambung jugak ke?"
"Ya... Kami ambik course jangka pendek je, pakcik..."
"Takpelah... Sekurang-kurangnya, habis belajar, Ad dah boleh cari kerja yang elok sikit..."
"In shaa Allah, makcik... Emm... Ad nak keluar dengan Ana sekejap. Nak cari pakaian untuk ke kolej dan sedikit barangan..."
"Ambik ni..." Makcik menghulurkan dua keping duit not seratus.
"Takpe makcik... Ad ada duit..."
"Ad, ambiklah... Kecik hati makcik kalau Ad tak terima pemberian ni..."
"Ok, ok... Ad ambik. Terima kasih makcik, pakcik..."
"Sudahlah... Pergi cepat. Jangan balik lambat. Tak manis... Awak tu perempuan..."
"In shaa Allah, pakcik. Ad pergi dulu. Assalammualaikum..."
*******************************
Dua tahun sudah berlalu... Ad dan Ana sudahpun tamat pelajaran dan dengan berbekalkan segulung diploma, Ad dan Ana kini bekerja di syarikat milik papa Ana sebagai pegawai di bahagian kewangan. Pada mulanya, Ad dan Ana berhasrat menyambung pelajaran mereka sehingga ke peringkat ijazah dengan bantuan papa Ana. Dan tamat pelajaran, mereka diserap bekerja di syarikat papa Ana.
Dan cadangan awal papa Ana, dibantah Ad. Ad enggan dibantu sesiapa. Namun, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia, tiada siapa yang dapat menolak. Itulah kelebihan yang ada pada Ad. Sebagai seorang pegawai, Ad dan Ana terpaksa menjaga penampilan mereka, walaupun hakikatnya, mereka berdua masih lagi menjaja burger di tepi jalan rumah mereka pada waktu malam.
Ad dan Ana kini bergelar pembantu tidak bertauliah makcik, lantaran makcik sudahpun melebarkan sayap dengan membesarkan butiknya sebagai wedding planner. Ad dan Ana merupakan model tidak bertauliah di butik makcik. Walaupun pada awalnya, dibantah oleh Ad, tapi, atas pujukan Ana yang sememangnya sukakan dunia model, Ad bersetuju dengan syarat, tidak didedahkan perihal kehidupannya.
"Ad tak naklah makcik... Ad tak suka dengan make-up tebal-tebal ni..."
"Ad, sikit je lagi. Bukan tebalpun make-up ni. Ad dah pakai cantik-cantik... Tapi, tak pakai make-up nampak pucatlah, sayang..."
"Yelah Sya... Calit sikit je... Bukannya tebal pun... Kau dah cantik, Sya... Tak payah pakai make-up tebal pun dah cantik... Lagipun, takkan kau kerja kat pejabat tu, nak pakai baju yang biasa kau pakai... Agak-agaklah..."
"Aku pakai seluar takpekan, Ana?"
"Takkan setiap hari kau nak pakai seluar je, Ad? Sesekali pakailah skirt ke, kebaya, ke baju kurung ke... Mesti vogue! Kau dahlah macam model... Mesti ramai yang bukak mata tengok kau nanti."
"Skirt, kebaya? Oh, please... Takde maknanya. Aku tak selesalah..."
"Sya... Semua model macam tulah..."
"Aku, model baju pengantin jelah... Butik makcik... Bukannya model atas pentas tu..."
"Ad kan nak masuk kerja... Kenalah make-up sikit. Pakai lawa-lawa... Barulah nanti ramai yang terpikat."
"Takde maknanya terpikat... Ad tak naklah ada comittment. Letih..."
"Yelah tu... Macamlah aku tak tahu, kau masih rindukan orang tu..."
"Apa maksud kau, Ana...?"
"Sya... Tak payahlah kau nak sorok semua tu dari aku, Sya... Aku bukan baru hari ni kenal kau..." Ad terdiam seribu bahasa.
"Betulkan apa yang aku cakap... Kau rindukan dia, kan?" Ad tidak bersuara.
"Sampai bila Sya? Sampai bila kau nak sorokkan perasaan kau? Dia dah nak balik dah... Dah habis belajar pun... Kau tak nak jumpa dia ke?"
"Mana kau tahu, Ana?"
"Cham call aku... Ahad ni, dia sampai... Cham nak sambut dia kat KLIA. Nak follow tak?"
"Kau rasa, dia ingat lagi tak kat aku?"
"Aku yakin, Sya... Dia tentu ingat. Dia sayangkan kau kan? Kau tak ingat ke apa yang dia cakap sebelum dia blah macam tu je... Dia sayangkan kau, dia cintakan kau, Sya..."
"Itu dulu, Ana..."
"Takde bezanya dulu dan sekarang, Sya... Kalau betul dia sayangkan kau, dia tentu akan tunggu kau..."
"Dah tiga tahun Ana... Tiga tahun tu bukannya tiga bulan atau tiga minggu..."
"Kau sayangkan dia, Sya. Kenapa sukar untuk kau akuinya?"
"Aku taknak kecewa, Ana. Aku tak nak dipermainkan, tak nak dilukakan... Aku tak sanggup nak hadap semua tu. Aku tak kuat..."
"Sya... Dengar cakap aku... Kalau benar kau sayang dan cintakan dia, buka hati kau... Ikut aku dan Cham jemput dia kat KLIA, Ahad ni, ya..."
"In shaa Allah... Aku tak berani janji. Takut makcik nak aku bantu dia..."
"Sya, minggu ni makcik takde event tau... Aku dah tanya makcik awal-awal lagi." Ad menghela nafas berat.
"Yelah. Aku ikut..."
"Hah! Macam tulah kawan aku. Sayang kau Sya..." Ad menjongketkan keningnya melihat perihal sahabat baiknya yang teruja lebih.
Tiba hari yang dinantikan... Ad dan Ana memandu kereta jenis BMW yang dihadiahkan papa Ana kepada mereka berua sejurus tamat pelajaran mereka dan sekaligus untuk kegunaan mereka ke tempat kerja.
"Sya, tangan kau sejuk..."
"Taklah... Air-cond ni kuat... Sejuk aku. Akukan tak tahan sejuk..."
"What ever Arsya Adrianna..." Ad menjeling sekilas sahabat baiknya tatkala mendengar nama penuhnya disebut.
"Sya, rileks ok..." Ujar Ana selepas melihat wajah cuak Ad.
"Ana... Kau rasa, dia kenal aku lagi tak?"
"Kenapa tidak? Dia sayangkan kau, kan? Takkan secepat itu dia boleh lupakan kau..."
"Ana..."
"Cham..."
"Eh, Sya ada sekali... Nak jumpa dia, ya?" Ad simpan senyum.
"Jom, kita ke sana... Dah dengar announcement. Jom..."
"Sya... Jom..." Ad mengangguk lemah. Gementar kepala lutut Ad. Bukannya takut... Tapi, gementar nak berhadapan dengan lelaki pertama yang bertahta di hatinya... Kehilangan dia, sedikit sebanyak mengganggu rutin harian Ad. Tak siapa yang tahu apa yang bermain di mindanya ketika ini.
Namun, memahami si dia sedang melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dan demi masa depan si dia, Ad redha... Ad gembira walaupun hakikatnya, perasaan sedih itu lebih banyak tersimpan dalam lubuk hatinya.
Perasaan Ad pada si dia berbeza dengan perasaannya pada Jeffrey Jayden, lelaki yang sedang berusaha untuk menakhluk hatinya. Ad tak mampu menerima insan lain dalam hatinya selain si dia. Entah kenapa, aura dan penangan si dia lebih melekat dalam hatinya berbanding lelaki lain.
Bukan seorang dua, tapi ramai yang mencuba nasib termasuk Nik Nazril yang bekerja di bengkel pak cik. Namun, Ad tolak sebaik mungkin. Enggan melukakan hati semua pihak, Ad hanya mampu berdiam diri tanpa menerima insan lain dalam hatinya.
Itu belum lagi pelanggan-pelanggan makcik yang beria-ia nak berkenalan dengan Ad untuk anak, saudara atau kenalan mereka. Semuanya, ditepis jauh-jauh. Ni baru model pengantin, belum lagi model catwalk atau model antarabangsa... Silap haribulan, pengsan Ad nak melayan karenah manusia-manusia gila ini.
Done, update chapter ke tiga... Lepas ni, chapter empat dan seterusnya, akan melebihi 3000 pp... Enjoy reading guys...
Share this novel
waalaikumussalam... emm, sis kena beli ncoins.. sekejap ya
assaimualaikum BoLeh sy thu mcm mna nk baca novel nie...