BAB 2 - AASM - MEKANIK

Romance Completed 35004

"Ad... Ad...!"

"Ya... Ya Allah... Kau ni, Nik... Cubalah jangan menjerit... Sakit telinga akulah. Aku belum pekak lagi... Hah, kenapa?"

"Kau ni, Ad... Cubalah lembut sikit... Awak tu perempuan, tau..."

"Habis tu... Kau jerit-jerit... Hah, kau nak apa?"

"Amboi... Garangnya..."

"Ya, Nik... Kau nak apa? Ada apa-apa yang aku boleh tolong...?" Ujar Ad dengan lemah lembut. Nik tertawa kecil.

"Tolong aku... Ada kereta yang nak ditengok tu. Aku ada kereta tu. Kejap lagi owner datang nak ambik. Boleh tak?"

"Emm, yelah... Kat mana kereta tu...?"

"Tu hah... Dia nak cepat. Nak ke kolej katanya..."

"Oh... Ok, ok..."

"Thanks Ad... Tu yang aku sayang kau ni..."

"Dah, dah! Jangan nak buat bulu roma aku meremang..."

"Kau ni, kan... Bila aku cakap sayang je, kau geli... Kau kenapa?"

"Yelah... Asyik cakap sayang, sayang. Gelilah..."

"Dah memang aku sayangkan kau... Nak buat macamana..."

"Dah, dah... Aku tonyoh mulut kau dengan spanar dua belas ni nanti..." Seraya menunjukkan spanar tepat ke muka Nik Nazril, yang sudah hampir dua tahun bekerja di bengkel Pakcik Mazlan.

"Ad... Kau ni, cubalah lemah lembut sikit dengan aku... Garang sangatlah. Macamanalah lelaki nak melekat dengan kau..."

"Ada aku kisah? Blahlah!" Ad berlalu meninggalkan Nik yang tergeleng-geleng melihat gelagat si Ad.

"Ya... Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Soal Ad tatkala menghampiri kereta Honda Accord di depan bengkel...

"Maaf... Saya tak tahu kenapa kereta kawan saya ni... Nak start susah sikit... Nak kata minyak takde... Saya isi full..."

"Emm... Nanti sekejap. Saya tengokkan. Awak duduk dulu kat sini. Panas ni..."

"Ok, thanks..." Ad mengangguk. Si dia memerhatikan Ad dengan penuh minat. Pertama kali si dia melihat mekanik perempuan. Sesuatu yang baru. Tak pernah lagi dia nampak perempuan yang nampak cantik, tetapi sanggup bekerja dengan minyak hitam.

"Emm... Kereta awak ni, ada tiga kebarangkalian... Kalau susah nak start, berkemungkinan satu, bateri. Kedua, starter dan ketiga, mungkin juga sebab altenator."

"Tapi, bateri baru lagi. Kalau tak silap saya, baru 4 bulan kawan saya tukar..."

"Takpe... Kalau macam tu, saya cuba tengokkan alternator dengan starter..."

"Err... Cik... Lama lagi ke? Saya nak ke kolej..."

"Emm... Macamana ya? Sebab kalau starter atau altenator yang problem, kena tukar terus."

"Ambik masa lama ke?"

"Dalam sejam macam tu. Itupun bergantung kalau takde benda lain yang bersangkut-paut."

"Allah... Kalau macam tu... Saya nak kolej dulu. Nanti saya minta tolong kawan saya hantar saya ke bengkel cik ni... Boleh...?"

"Boleh je... Lagipun bengkel ni tutup pukul 6 petang..."

"Oh... Kalau macam tu, nanti saya datang semula. Cik, nama cik?"

"Saya Ad..."

"Ok, Cik Ad... Nanti saya datang semula. Terima kasih, ya..."

"Sama-sama..." Si pemuda tadi berlalu dengan lengkungan terbentuk di bibirnya.

"Mekanik wanita... Ad... Emm.. Interesting..." Omel si pemuda.

"Macamana kereta aku? Kau dah bawak ke bengkel ke?" Soal Ezham pada Mali.

"Dah..."

"Habis tu?"

"Kata mekanik tu, berkemungkinan sebab starter atau altenator... Jadi, nak tukar, ambik masa sikit."

"Lama ke?"

"Dalam sejam dua jugaklah. Itupun kalau takde benda lain yang rosak..."

"Kalau macam tu... Takpelah. Kalau sempat petang ni aku hantar kat bengkel tu. Tapi, kau kena tolong hantar aku. Nanti, aku nak balik dengan siapa? Cham ada kelas..."

"Ok. Boleh je... Aku pun teringin nak tengok mekanik comel tu..."

"Mekanik comel? Kau biar betul, Mali?"

"Ya, Am. Cantik... Rambut pendek. Tapi, mekanik. Kau rasa?"

"Serius?"

"Ya, Am. Aku pun terkejut bila dia muncul depan aku. Tapi, aku macam familiarlah dengan wajah dia. Macam pernah aku lihat... Tapi di mana ya?" Seraya itu Mali mengetuk-ngetuk dagunya sambil cuba mengingati siapakah gerangan gadis comel itu.

"Takpelah. Nanti kita pergi sama-sama. Kita makan dulu... Lepas tu, baru hantar kereta aku."

"Boleh je... Tapi, bengkel tu tutup pukul 6 petang."

"Ok, ok. Nanti kau ingatkan aku, ya?"

"No prob!"

******************************

"Assalammualaikum, pakcik..."

"Waalaikumussalam... Ya, anak nak cari siapa?"

"Saya cari Cik Ad... Pagi tadi, dah janji nak hantar kereta kat dia..."

"Oh... Sekejap ya... Nanti pakcik panggilkan..."

"Terima kasih, pakcik..." Pakcik Mazlan simpan senyum sebelum melangkah ke belakang bengkel.

"Ad..."

"Ya, pakcik..."

"Tu... Kat depan tu ada pakwe cari..."

"Pakwe? Bila Ad ada pakwe? Kau jangan kecewakan aku, Ad..." Seloroh Nik.

"Gilalah kau ni, Nik! Pakwe mana pulak ni, pakcik? Ad mana ada pakwe..."

"Ish, budak ni... Pergi jelah... Orang tu dah sebut nama Ad... Maksudnya, dia nak jumpa Adlah... Ad pergilah..."

"Yelah, yelah... Jantan mana pulak nak jumpa aku ni?" Omel Ad seraya melangkah ke hadapan bengkel...

"Ya, encik... Encik cari saya ke?" Pemuda tadi menoleh bila ditegur. Ad dan pemuda tadi, terkesima tatkala memandang wajah yang mereka kenal.

"Awak?" Kedua-duanya menuding jari ke arah satu sama lain, sambil tertawa kecil.

"Sya kerja sini ke?"

"Ya... Ini bengkel pakcik saya..."

"Sya mekanik kat sini?"

"Hurm..."

"Jadi, malam?"

"Kenapa malam?"

"Cham ada beritahu saya, awak jual burger waktu malam... Betul ke?"

"Ya... Dengan Ana... Saja cari duit lebih..."

"Tak sangka saya, awak mekanik rupanya..."

"Kenapa? Salah ke?"

"Tak... Saya tak cakap salah... Cuma, terkejut. Ini first time tau saya jumpa mekanik perempuan. Menarik..."

"Takde apa yang menariknya... Biasa je... Lagipun, masa sekolah dulu, saya belajar di vokasional... Bahagian automotif... Jadi, saya praktikkan apa yang saya pelajari."

"Bagus... Saya teruja, tengok Sya buat dua kerja dalam satu masa. Sya tak letih ke?"

"Letih memang letih. Tapi saya seronok. Saya buat apa yang saya suka..."

"Berapa umur Sya?"

"Dua puluh dua..."

"Muda lagi... Sya tak nak sambung belajar?" Ad terdiam seketika.

"Saya tak mampu. Saya ni anak yatim piatu. Cukuplah pakcik dah susah payah bela saya dari kecil, sekolahkan saya... Sekarang ni, giliran saya nak bantu pakcik ngan makcik saya..."

"Maafkan saya. Saya tak berniatpun nak buat Sya sedih macam ni..."

"Eh, takdelah. Saya tak kisah. Saya dah biasa. Emm... Awak datang sini nak saya tengokkan kereta ke?"

"Oh... Yelah... Saya sampai terlupa bila nampak awak... Hihihi..." Ad memincingkan matanya.

"Awak ni... Mana kereta awak?"

"Tu... Tadi, kawan saya datang sini..."

"Oh, yang pagi tadi tu... Pasal kereta susah nak start...?"

"Ya... Yang tadi tu, Mali... Kawan serumah saya. Dia yang bawak kereta saya..."

"Oh... Awak duduk dulu kat sini... Saya tengokkan. Nanti saya bagitahu awak, apa masalahnya... Kalau starter atau altenator yang rosak, nak tukar terus ke?"

"Tukar jelah. Nak tunggu lama, takut tak bergerak langsung nanti..."

"Emm... Ok. Awak rehatlah sekejap dulu... Nanti saya bagitahu kalau dah sudah, ya..."

"Takpe... Sya ambik masa Sya. Saya ok je ni..."

"Ok..." Dengan pantas, Ad membuka bonet hadapan kereta sebelum melakukan kerja yang sepatutnya. Ezham teruja melihat gadis dihadapannya. Tak berkelip mata Ezham melihat kepantasan Ad melakukan kerja menggantikan starter yang menjadi punca permasalahan kereta milik Ezham mengalami kesukaran untuk dihidupkan.

"Awak... Dah siap..."

"Sudah?"

"Yap!"

"Wah, pantas!" Ad simpan senyum.

"Berapa?"

"Yang tu, awak kena jumpa pakcik saya. Saya repair je... Pasal bayaran, saya tak tahu..."

"Emm... Ok... Eh, Sya..."

"Ya..."

"Kalau saya nak ajak awak minum, makan ke... Ok tak?" Ad mengerutkan dahinya.

"Bukan kita berdua je... Awak bawaklah Ana..."

"In shaa Allah..."

"Ini nombor phone saya... Boleh saya dapatkan nombor telefon awak?" Kertas kecil ditangannya dihulurkan.

"Oh, sekejap... Ala, tangan saya kotor..."

"Takpe... Sekejap. Saya save terus dalam handphone saya..." Ezham mengeluarkan Iphone dari kocek seluarnya.

"Ok... Nombor awak..."

"011-399*****"

"Ok... Nanti, saya miss call awak... Awak bagitahu saya bila masa dan waktunya..."

"Awaklah yang arrange waktu. Lagipun, setiap hari Khamis malam Jumaat, kami cuti dari berniaga burger..."

"Oh, faham... Takpe, Sya... Apa-apa nanti, saya wassup awak."

"Boleh je..."

"Ok... Thanks, Sya..."

"Sama-sama..." Terbentuk senyuman dibibir Ad. Ad berlalu meninggalkan Ezham yang tak berhenti tersenyum dari tadi. Rupa-rupanya, sedari tadi, kelakuan mereka berdua diperhatikan Mali.

'Apa masalah dua ekor ni?'

"Woi!"

"Hoi, kau ni Mali! Terkejut aku..." Tersentak Ezham disergah Mali ketika mereka tiba di rumah sewa mereka.

"Engkau ni, kenapa Am? Angau ke?"

"Angau apanya...?"

"Yelah... Sejak balik dari bengkel kereta tadi, kau tak sudah-sudah tersengeh je... Angau ke?"

"Apa pulak angau? Mana ada?"

"Am... Aku bukan baru kenal kau hari ni, tau? Kau kenal ke budak mekanik tadi?"

"Lar... Kau ni, Li... Tadi tu, Sya... Budak yang aku terlanggar masa kat pasar malam hari tu." Terang Ezham.

"Budak tu, Sya?"

"Hurm..."

"Serius doh?"

"Ya... Itu Sya..."

"Wow! Dahsyat... Patutlah muka dia macam aku pernah tengok. Cuma aku tak ingat kat mana... Kelaslah! Mekanik perempuan... Terkejut aku doh!"

"Aku pun terkejut, Li... Tak sangka dapat tengok Sya buat kerja lelaki... Maksud aku, kerja-kerja yang didominasi oleh kaum lelaki... Boleh tahan lajunya..."

"Oh ya ke? Ala... Rugilah aku datang lambat... Aku ingat lama lagi... Takpun, mungkin kereta kau kena tahan sehari ke..."

"Sorrylah Mali. Aku lupa nak inform kau. Leka tengok si Sya repair kereta aku. Tak sangka sekejap je..."

"Leka tengok Sya repair kereta atau kau leka tengok wajah comel si Sya tu?" Ezham simpan senyum.

"Kau dah jatuh hati kat si Sya tu ke?"

"Jatuh hati tidaklah... Tapi, aku suka tengok muka dia... Comel je..." Mali simpan senyum.

"Yang kau tersengeh-sengeh kenapa?"

"Kau jangan tipu akulah, Am... Aku bukan baru kenal kau..."

"Dahlah... Aku nak mandi. Kang, nak sambung study. Kita ada seminggu lagi sebelum exam terakhir..."

"Ya... Aku tahu... Terima kasih untuk peringatan..." Ezham berlalu sambil meleretkan senyuman lebar.

****************************

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam... Eh, awak, Am, Cham..."

"Ya, kami..."

"Dari mana ni?"

"Dari rumah sewa, nak tapau makanan... Dengar kata, burger awak berdua yang paling sedap kat sini."

"Ish, mana ada... Biasa jelah..."

"Awak berdua, nak order apa?"

"Cham, Am... Duduklah sini. Ada kerusi ni... Nak bungkus ke, nak makan kat sini?"

"Ada air ke?"

"Air kotak, air tin ngan air mineral je ada..."

"Cham, macamana?"

"Aku tak kisah... Aku ikut kau je... Kau belanja kan?" Ezham menjeling ke arah sahabatnya.

"Awak nak order apa? Sebab sekarang ni, yang tinggal burger daging ngan oblong daging je... Yang lain dah habis..." Soal Ad.

"Emm... Kalau macam tu, Sya bagi Am burger daging spesial satu... Kau, Cham...?"

"Cham pun samalah macam Am..."

"Ok, macam ni... Dua burger daging spesial, makan sini... Dua lagi bungkus... Boleh?"

"Boleh je... Tunggu sekejap ya... Saya siapkan order orang lain ni..."

"Ok... Take your time..." Ezham leka memerhatikan Sya sementara Cham leka memandang Ana sambil tersengeh-sengeh.

"Awak ok tak, Cham?"

"Hah, apa?"

"Ana tanya, kau ok ke? Dari tadi tersengeh-sengeh pandang Ana... Angau ke?" Ana yang berada di sebelah Ad, terkejut diusik Ezham.

"Apa aku pulak? Bukan kau ke yang angau kat Sya...?" Ad pulak merona diusik Cham.

"Eh, mana ada? Sya ada depan aku ni, kan?"

"Ok, burger daging spesial siap... Yang untuk bungkus pun siap..."

"Ada lagi ke order?"

"Tak..."

"Duduklah sini."

"Sekejap..." Sya mencuci tangannya sebelum mengelap tangannya dengan kain bersih. Ana turut melakukan benda yang sama.

"Dah?" Ad dan Ana mengangguk sebelum duduk disamping Ezham dan Cham.

"Kenapa ni? Awak macam ada benda je nak cakap..."

"Macam ni... Am ngan Cham, minggu depan dah final exam..."

"Alhamdulillah..."

"Jadi?"

"Emm... Lepas tu, kami akan pulang ke rumah masing-masing..."

"Ok..." Selamba reaksi Ad. Ezham mengalihkan pandangannya seketika ke arah Cham.

"Nanti tak dapat jumpa Sya ngan Ana lagi..."

"In shaa Allah... Boleh je... Kalau nak jumpa datang sini."

"Tapi, Am takde kat sini..."

"Awak pergi mana?"

"Saya akan sambung pelajaran saya ke Australia."

"Jauhnya... Err... Berapa lama?"

"Tiga tahun..."

"Lamanya..." Ezham memerhatikan wajah Ad sedikit suram.

"Awak, Cham?"

"Saya sambung kat Universiti Malaya, je. Tak lama... Dua tahun je..." Suasana canggung seketika apabila keempat-empat mereka terdiam.

"Tapi, rasanya, kita boleh je jumpa kalau cuti nanti..." Ujar Cham, cuba menghilangkan suasana canggung.

"Kau dekat, Cham... Aku ni, jauh..."

"Maksudnya... Dalam masa tiga tahun ni, awak tak balik Malaysia langsung?" Soal Ad, namun sikitpun tidak menoleh ke arah Ezham. Ezham sedikit terasa.

"Saya tak pasti..."

"Walaupun hari raya?"

"Saya tak dapat nak janji..."

"Takpelah... Tiga tahun je... Bukannya lama... Pejam celik, pejam celik... Sekejap je habis tiga tahun tu..." Ujar Cham lagi.

Masing-masing sekadar membisu. Burger yang diorder tadi, dipandang sepi. Ad sedih. Dia bakal kehilangan kawan barunya. Mereka kenalpun tak lama, hanya beberapa bulan... Tapi, keakraban dan kemesraan mereka dapat dilihat. Malah pakcik dan makcik sendiri sudahpun mengenali Ezham dan Cham termasuk Mali dan Zaidi.

"Sya... Sorry eh... Bukan Am nak jauhkan diri... Am sekadar menyambung belajar je... Habis study nanti, Am pulang sini..."

"Eh... Awak jangan cakap macam tu. Saya oklah... Lagipun, ini untuk masa depan awak. Saya masih kat sini... Takde pergi mana-mana pun. In shaa Allah..."

"Yelah, Sya... Ana... Kami hanya nak sambung belajar je..."

"Cham... Ini masa depan korang. Jangan disia-siakan. Awak berdua, harapan keluarga awak. Jangan hampakan mereka. Mereka dah banyak berkorban untuk awak..." Tambah Ana. Ad masih tertunduk membisu. Ezham menghela nafas.

"Sya..."

"Hurm..." Pendek jawapan Ad.

"Sya..."

"Ya. Kenapa, Am? Saya ada kat sini, kan?"

"Janganlah diam macam ni. Please say something..."

"Saya nak cakap apa, wak... Awak nak sambung belajar, kan? Takkan saya nak cakap tak boleh... Itukan impian awak... Impian ibu bapa awak. Nak tengok awak berjaya. Pergilah. Capai impian awak. Buat ibu bapa awak bangga dengan awak..."

"Awak tunggu saya, ya?"

"Kenapa?"

"Saja... Saya nak awak tunggu kepulangan saya. Bolehkan, Sya?"

"In shaa Allah. Saya tak berani nak janji..."

"Kenapa pulak?"

"Sebab, saya takut awak tak kenal saya lagi lepas pulang dari Australia nanti..."

"Kenapa Sya cakap macam tu?"

"Takde apa... Kita hanya mampu merancang, wak.... Yang menentukan... Yang Atas tu..." Seraya jarinya ditudung ke arah atas.

"Tapi, tak salah kalau kita usahakan? Kita sama-sama berusaha mempertahankan hak kita..."

"Apa maksud awak, Am?"

"Awak..."

"Saya? Kenapa dengan saya?" Jari telunjuknya di arahkan ke wajahnya sendiri.

"Maafkan saya, Sya kalau kata-kata saya ni, mengejutkan awak..."

"Am... Apa yang awak nak cakapkan ni? Jangan buat saya takutlah..."

"Saya suka awak, Sya..." Cham dan Ana hanya mampu berpandangan.

"Hahaha... Apa yang awak mengarut ni, Am?"

"Ya, Sya... Saya sukakan awak. Bukan hari ni je. Dari awal pertemuan sampai ke saat ni. In shaa Allah, sampai bila-bila, saya sukakan awak."

Chapter baru untuk AASM... Tak panjang sangats ebab empat chapter awal free reading. Bab 4 dan seterusnya, in shaa Allah, bakal melebihi 3000 patah perkataan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience