3

Family Completed 46169

"Hi Fahrin, Saya sudah dapat cuti. Nanti saya datang tolong awak event Ahad depan".

Satu pesanan ringkas dari Sofia kepada Fahrin.

........

"Bos, Encik Daniel minta check baju yang di studio untuk finale. Lagi satu, dia kata bos sendiri yang akan pilih baju untuk model akhir yang akan keluar dengan boss final nanti".

"Danielnya mana?", soal Fahrin pada pekerjanya.

"Dia masuk lambat hari ini dengan Puan Dyana ada hal, tapi Puan terus tak masuk office katanya. Dia pergi kedai", balas pekerjanya.

"Baiklah, Channe help me. Bila mahluk yang bernama Zie datang kata saya tiada di office".

"Baik, I keluar dulu", pekerjanya terus keluar dari pejabat Fahrin.

Fahrin terus ambil mencapai telefon di laci meja. Dia lihat ada notification dari Sofia. Laju tangannya membuka dan membaca.

"Yes", menepuk meja berkali-kali dengan senang hati.

Betapa gembiranya dia bila Sofia kata dapat datang ke majlis itu nanti. Fahrin terus bangun dan keluar dari pejabatnya menuju ke studio untuk memilih baju dengan hati berbunga-bunga. Senyuman yang terukir di wajahnya membuatkan model-model di studio berbisik mengumpatnya. Mana pernah bosnya berkelakuan seperti itu selama ini. Pandang model pun macam endah tak endah sahaja selama ini, apatah lagi untuk senyum riang. Sampai di rak baju di situ, matanya melilau mencari baju yang sesuai dengan Sofia nanti. Bukan dia tidak dengar orang di situ membawang hal dia, tapi di sebabkan dia tengah sangat gembira dan senang hati dia langsung tidak hirau bunyi sekelilingnya.

"Tony saya nak baju ni untuk model final. Tolong saya check semula jangan ada yang rosak", sambil tersenyum dia menyerahkan baju itu pada pekerjanya.

"Ok bos, untuk Cik Zie ke baju ni?".

"Eh, Tidak sama sekali. Ini untuk model lain, nanti kat sana saya kenalkan. Baju Cik Zie tu awak pilih sendiri kalau dia tanya cakap saja saya yang pilih. Nanti bising mulut dia rimas telinga kita semua nanti", mengarah Tony kerana dia malas layan perempuan itu nanti.

Tony dan yang ada di studio semua gelak bila bosnya membebel pasal Cik Zie. Mereka tahu bos mereka Encik Fahrin tidak suka pada model itu. Fahrin hari ini banyak menghabiskan masa seharian di studio dan menyiapkan apa yang patut kerana hanya tinggal dua hari lagi sebelum majlis bermula.

Setelah penat, Fahrin duduk rehatkan diri dan mengeluarkan telefon dari poket seluarnya dan terus lihat nombor Sofia. Tangannya gatal mahu ganggu ganggu gadis bernama Sofia itu.

"Minah ni kan... tak pernah la dia yang nak tinggalkan pesanan ringkas ke tanya khabar ke apa ke kat aku. Mujur cantik comel kalau tak hm...", membebel seorang diri di kerusi.

"Siapa yang cantik tu, kenalkan pada aku", mengetuk meja mengusik Fahrin.

"Apa kau Den, terkejut aku. Settle dah urusan kau?", soal Fahrin pada Daniel yang menggangu lamunannya.

"Dah la, bukan Daniel Mikael la kalau tak boleh settlekan", Daniel terus duduk di kerusi bertentangan Fahrin dan meletakkan begnya di atas meja.

Kakinya di silangkan sambil merenung tajam muka Fahrin yang agak berbeza dari biasa. Telefon di tangan Fahrin di masukkan ke dalam poket seluarnya.

"Hei, siapa dia yang cantik serta comel tadi. Sorok nampak?".

"Mana ada sorok", balasnya mengelak.

"Jarang aku nampak kau mengelamun entah ke mana sampai macam tadi. Siapa cantik sangat di mata tu, padahal ramai kat sini lagi cantik", Daniel cuba mengusik Fahrin.

Dia kenal sangat lelaki di depannya ini seorang yang susah untuk jatuh hati pada orang walaupun dia di kelilingi ramai perempuan yang cantik-cantik di sekelilingnya.

"Entah, lagipun aku baru jumpa berapa kali je", balasnya sambil ketawa.

"Goodluck ya. Aku 'no comment' sebab belum pernah jumpa dia".

"Aku tak suruh kau komen pun tentang dia".

"Sah", menepuk meja kuat.

"Apa yang sah?".

"Sah kena rasuk", sambil ketawa mengilai memecah kesunyian.

.................

Malam makin lewat, Fahrin baru sahaja sampai di rumah. Fahrin lihat kereta teman serumahnya tiada di tempat letak kereta.

"Hilang sudah mangkuk ni", membuka pintu rumah dan terus masuk.

Kasut di kaki di buka dan di tinggalkan di lantai begitu sahaja. Laju kakinya melangkah ke bilik. Dia terus buka butang bajunya dan merebahkan diri di katil merehatkan diri. Lamunannya sekali lagi terfikirkan tentang Sofia. Rumah yang sunyi dari suara teman serumahnya membuatkan dia terfikir sesuatu.

"Pukul 11malam, tak mungkin kerja lagi", terus mengambil telefonnya dan mendail nombor Sofia.

"Hello cik Sofia, awak apa khabar?".

"Uhh,.. Hi.. Encik Fahrin. Saya sihat baru siap mandi. Kerja shift petang. Kenapa call saya malam-malam?".

"Saya nak awak ada kat sana nanti awal, Ahad ni saya jemput awak", Fahrin cuba mengusik Sofia untuk ambil peluang berjumpanya sekali lagi.

"Tak susahkan Encik Fahrin?".

"Takdalah, awak siap je around 12 tengahari saya ambil awak di rumah. Ini lagi satu jangan nak encik sangatlah dengan saya. saya bukan bos awak", dia rasa seronok mendengar suara Sofia ketika ini bagai di awang-awangan.

"Em, baiklah jika itu yang awak nak", balas Sofia lembut.

"Sofia".

"Saya dengar", mencapai telefon yang di letakkan beberapa saat sebentar tadi.

"Sofia how old are you? macam muda lagi nampak?", sengaja dia menyoal soalan itu.

"Saya baru habis study, 21. Kenapa tanya?", Sofia hairan namun dia tidak kisah dan hanya melayan soalan Fahrin.

Sofia baring di katilnya selepas selesai dia keringkan rambutnya. Langsung dia tidak kisah melayan lelaki itu sedangkan tadi dia sudah berangan nak tidur awal

"Saja tanya, lagipun senang saya nak jawab bila ada orang tanya pasal awak nanti", entah kenapa dia terbayangkan wajah Sofia tiba-tiba.

"Saya kena buat apa nanti disana?".

"Awak tahu nanti", Fahrin tidak memberitahu Sofia perkara sebenar apa rangcangannya nanti.

Perbualan mereka berdua makin mesra dan hingga larut malam. Dari perbualan itu, dia telah dapat mengenali Sofia serba sedikit dan Sofia juga. Dari suara turun ke hati masing-masing tanpa mereka sedar. Segalanya di kongsi bersama dan masing-masing tersengih-sengih sendirian di atas katil masing-masing.

"Awak, sudah lewat sangat ni. Saya mengantuk nak tidur", bila melihat jam di dinding sudah jam 1pagi.

"Tidurlah, jumpa nanti. Bye Sofia", balas Fahrin.

Telefon di tangan di baling ke sebelahnya.

"Sofia yea... tinggi lampai, cantik ...", rungutnya sendirian.

"Suka ketawa tiba-tiba, tangan macam ketam. Kuat makan".

Manakala di bilik Sofia, dia pula menilai Fahrin.

"Encik Fahrin. Bila aku panggil pakcik nanti marah. Seorang yang nampak mewah ada gaya, ada rupa. Berasa diri perfect, nak aku dengar dan ikut cara dia".

"Tapi kenapa aku layan orang tua ni... sebab dia bagi aku kerja?".

"Aahh.. lantak".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience