Hari yang dinanti Fahrin kini tiba. Fahrin dapat rasakan aura untuk majlisnya hari ini berbeza dari kebiasaannya. Dia begitu semangat sekali kerana Sofia ada di majlisnya.Pagi yang indah, Fahrin bersiap dan memilih baju yang sesuai untuk dipakainya. Dia menyarung baju kemeja yang sama warna dia pilih baju untuk Sofia haritu.
Satu panggilan masuk ketika Fahrin tengah bersemangat bersiap sambil tersenyum di cermin seorang diri.
"Aduhh betina ni lagi, nak apa ni?".
"Haahhhh hello", agak kasar dia menjawab panggilan itu.
"Amboi kasar nampak, Nanti you datang ambil I boleh?. Kereta I rosak la sayang".
"Ehh tak boleh, ada janji dengan orang. You call la grab car ataupun call Channe suruh dia uruskan transport you tu. See you.. urgent".
Cukup rimas dia dengan betina itu. Entah kenapa Daniel suka sangat ambil dia jadi model bila dia ada event besar.
"Potong mood aku je betina ni".
Fahrin terus melangkah dengan semangat membara keluar dari rumah. Jam masa itu menunjukkan baru 10.30pagi. Fahrin menghidupkan enjin dan terus menuju ke kedainya dulu untuk mengambil sesuatu di sana. Laju kakinya melangkah membuatkan banyak mata yang memerhatinya pagi itu.
"Hi bos, ada benda tertinggal?", seorang pekerjanya menegurnya dengan senyuman bila nampak Fahrin masuk.
"Yea, saya nak ambil dress tertinggal", Fahrin terus memilih pakaian di rak dan mengambilnya.
"Packing ni", dia meletakkan di meja kaunter.
Selesai sahaja menunggu, dia terus mencapai beg kertas di atas kaunter, keluar dan menghubungi Sofia dengan langkah laju menuju ke kereta.
"Sofia, saya on the way ke rumah awak, tunggu tau".
Sejam kemudian Fahrin sudah terconggok sampai di pintu pagar rumah Sofia dan terus hubungi gadis itu memaklumkan yang dia sudah berada depan rumah Sofia.
"Awalnya sampai, saya belum siap lagi".
Sofia keluar bertemu dengan Fahrin di kereta dengan menutup kepalanya menggunakan tuala.
"Sebab saya tahu awak belum siap saya datang, nak ambil ni. Saya tunggu di kereta sahaja. Saya masuk dalam nanti jadi lain pula", Fahrin menghulurkan sesuatu kepada Sofia dengan muka bersahaja.
"Oh, tunggu sebentar, saya siap sekejap", balas Sofia mengambil dari tangan Fahrin sambil tersenyum manis.
"Hmm, segak pula dia harini", rungut Sofia laju masuk ke rumah sambil tersenyum.
Sofia terus melihat dalam beg kertas itu. Ada sehelai dress yang agak cantik sekali berserta tudung. Dia terus bersiap dan memakai pakaian yang diberikan Fahrin dengan senang hati.
"Aduhh cantik gila baju, padan pula kat badan aku. Betul pula dia agak saiz aku ekk. Ni nampak si Huda mati aku kena soal siasat", Sambil bersiap Sofia tidak habis-habis membebel di depan cermin.
Dia rasa teruja dengan pakaian yang di berikan Fahrin. Baju yang sudah terletak di badannya di tenung menghadap cermin. Sesekali dia memusingkan tubuhnya di hadapan cermin sambil tersenyum girang. Terasa seperti cerita dongeng sang puteri ingin ke majlis. Sofia keluar dari rumah dan mendapatkan Fahrin di keretanya.
Pintu cermin kereta diketuk sebaik panggilannya tidak dijawab dan lihat Fahrin mengelamun dalam kereta. Laju tangan Fahrin meraba kunci pintu agar terbuka. Besar mata Fahrin bila Sofia masuk ke dalam keretanya memakai baju yang di berikan. Dia lihat Sofia begitu anggun dan ayu bila memakai dress yang dia sediakan.
"Kenapa pandang saya macam tu?, Tak sesuai saya pakai?", Sofia dapat lihat wajah Fahrin berubah bila nampak dia masuk ke kereta.
Sofia lihat Fahrin terdiam memandangnya. Sofia memetik jari serta melambai di depan mukanya agar lelaki itu sedar dari mimpi.
"Eeehh tak, cantik. Cantik sangat Hahahaha.... seriously gila cantik", dia pun terus memandu dengan perasaan yang sangat gembira tak terkira. Sambil memandu dia memandang wajah Sofia yang menenangkan hatinya.
Sofia melihat lelaki di sebelahnya tidak lekang dengan senyuman sepanjang perjalanan.
................
"Kat sana nanti panggil saya sayang okay, saya tak nak diorang buli awak nanti", Fahrin sengaja mengusik Sofia ketika mereka berjalan menuju ke belakang pentas.
"Hahh eemm okay", Sofia rasa kekok tapi bila dia lihat Fahrin begitu tampan dan segak harini namun begitu dia menurut sahaja.
"Jangan takut, saya ada", dia terus pegang tangan Sofia sambil jalan.
"Hi semua, so how everything okay seperti yang di rangcang?", Fahrin menegur pekerja-pekerjanya.
"Dah bos, model semua tengah makeup cuma Zie sahaja yang tak sampai lagi", balas salah seorang pekerjanya.
"Biar la dia, ada ke tidak tak penting", Fahrin terus membawa Sofia ke bilik makeup.
"Tony you free?, Nanti you siapkan Sofia. Saya nak hasil tangan you bukan orang lain, faham", Fahrin memberi arahan pada Tony.
"Eh, saya kena buat apa ni nanti",Sofia mula risau.
"Teman saya tour dulu nanti baru awak bersiap macam model yang lain. Jangan risau awak last sekali keluar nanti. sila senyum bila jumpa orang sayang", balas Fahrin bersahaja.
Dia membawa Sofia berjumpa dengan tetamu VIP dan pihak media. Sofia hanya mengikut Fahrin dan senyum bila ada yang menegurnya.
"Encik Fahrin taknak kenalkan ke orang sebelah, siapa dia?", ada suara menegur.
"Jangan risau saya akan umumkan nanti", sambil tersenyum.
Majlis berjalan mengikut apa yang dirancang dan Sofia kini bersama Tony di bilik Makeup.
"Cantiknya kulit you Sofia, tak payah nak makeup tebal sangat. Lepas ni you pergi tukar baju yea".
"Oh, baiklah".
Selesai tukar baju Tony membetulkan apa yang patut. Susana di belakang pentas sangat kalang kabut dengan gadis-gadis cantik. Bagi Sofia ini pengalaman pertamanya merasai suasana di belakang pentas peragaan. Dia melihat model bersiap dengan laju sekali dan keluar semula memperagakan dengan gaya jalan yang cukup anggun..
Sedang asyik perhatikan senario di situ, Sofia terasa ada orang melanggarnya dan membuatkan dia hampir jatuh. Dia lihat model yang melanggarnya tadi agak sombong tapi dia tidak ambil peduli. Entah kenapa dia rasa dia seronok melihat keadaan yang sibuk dengan ramai wanita bersiap menggayakan pakaian yang semuanya cantik.Tiba-tiba bahunya ditepuk agak kuat membuatkan Sofia bagaikan nak gugur jantungnya.
"Terkejut saya", Sofia pusing dan memandang Fahrin yang mengusiknya.
"Wow", sedikit teruja mendengar perkataan itu keluar dari mulut gadis itu.
"Ready Sofia?", soal Fahrin dalam masa sama Tony sedang menyiapkan Fahrin.
"Takut", dia memegang tangan Fahrin.
"Awak keluar dengan saya nanti, sayang pegang tangan saya macamni tau time jalan atas pentas. Reti catwalk kan", Fahrin memberi tunjuk ajar kepada Sofia bila dia dapat rasakan tangan Sofia sejuk.
Beberapa minit kemudian, Dyana memanggil Fahrin untuk bersiap sedia kerana selepas ini Fahrin dan Sofia akan keluar ke ke atas pentas peragaan. Akhirnya selesai sudah mereka keluar berjalan di atas pentas peragaan berdua. Bunyi tepukan yang sangat gemuruh sekali ketika itu membuatkan tangan Sofia kesejukan. Selesai sahaja di belakang Sofia terus menarik tangan Fahrin ketika lelaki itu ingin bawa dia jumpa wartawan.
Fahrin memintanya bertenang dan ikut sahaja bersamanya. Sampai di satu sudut penuh wartawan menunggu Fahrin. Sofia duduk di sebelah Fahrin diam mendengarkan soalan yang dilemparkan pada lelaki itu. Entah kenapa dia terkejut bila satu soalan diajukan pada Fahrin.
"Boleh saya tahu siapa model di sebelah Encik Fahrin ini. Adakah dia bakal duta baru atau sebalikya?".
"Ohh maaf, saya perkenalkan ini Sofia Dylaila bukan model bukan duta. Dia bakal jadi duta di hati saya selamanya", Fahrin menjawab dengan tenang namun dia sempat memandang wajah manis Sofia berubah merah.
"Agak-agak bila majlis?".
"Nanti saya akan umumkan semula, itu sahaja ya terima kasih, terima kasih kerana sudi ke event saya harini. Jangan lupa yea tea time sebelum balik yea semua", Fahrin menamatkan sesi temubual itu denan senang hati.
Sofia terus dibawa Tony untuk menukar semula pakaian yang dia pakai. Ketika itu Sofia dapat rasakan ada sahaja yang memandangnya dan berbisik-bisik, ada juga yang tersenyum.
...............
Di dalam lif untuk menuju ke tempat letak kereta, Sofia hanya memandang wajah Fahrin. Beribu soalan yang nak di ajukan namun ada orang lain di dalam lif itu memandangnya.
"Kenapa?", itu sahaja ayat yang keluar bila dia di dalam kereta Fahrin.
"Kenapa apa? betullah awak akan jadi teman sehidup semati saya nanti", Fahrin membalas dengan tenang.
"Bila masa saya setuju nak couple dengan awak? dan bila masa saya couple dengan awak?", Sofia cuba mencari jawapan.
"Sofia sayang, awak sudah terima dan awak dah setuju kan. Kalau tak kenapa you pakai baju ini sekarang. Say to me now? you read or not my note pada baju sebelum you pakai?".
"Haahhhh ???".
Sofia baru teringat ada kertas jatuh di lantai ketika dia keluarkan baju dari beg pagi tadi. Namun dia tidak kutip langsung kertas yang disangka resit pembelian.
"Apa yang hah...that's why I'm so happy bila nampak awak pakai baju ni tadi".
Sofia muka jadi merah bila dia kenangkan balik apa yang jadi padanya harini. Dia rasa terperangkap pula dengan permainan Fahrin. Dia rasa nak marah tapi dalam masa sama dia gembira bila bersama Fahrin dan marahnya hilang.
"Mungkin sudah jodoh", tiba-tiba terkeluar dari mulut Sofia selepas dia mengelamun.
"Yea awaklah jodoh saya", balas Fahrin.
Sofia terdiam dan mukanya merah memikirkan apa yang g berlaku tadi. Bagaimana dia kini jadi milik lelaki do sebelahnya tanpa dia sedar. Tiba di rumah Fahrin keluar membuka pintu kereta untuk Sofia.
"Terima kasih untuk semua hari ini. Saya hargai segala usaha awak harini. Nanti keluar saya belanja awak lain kali", Dia sempat berpesan pada Fahrin sebelum masuk ke pagar rumah.
Masuk je rumah, rakan serumahnya dah tersengih-sengih memandang Sofia. Sofia terpinga-pinga melihat rakannya. Dia terus duduk di kerusi seperti tiada apa yang berlaku.
"Wah, dapat sugar daddy dasyat".
''Jangan merepek".
"Elehhh aku dah tahu, aku dah baca nota kau dan aku tau kau terima dia kan", rakannya menunjukkan nota di meja.
Sofia terus ambil dan baca,
+++
"Cik Sofia yang saya hormati,
Saya tak pandai nak mengorat macam orang lain. Saya bukan jenis yang pandai berkata-kata. Jika awak pakai dress ni saya anggap awak setuju jadi teman hidup saya. Jika awak tak sudi awak, saya tidak boleh paksa. Saya tunggu jawapan awak..
++++
"Pantas dia lain macam je tadi", Sofia menepuk rakannya.
"Bagus tu, bukan biasa-biasa pun orangnya. Dah rezeki engkau, hambik je la. Jangan ko lupakan aku sudah la yea.", rakannya senyum melihat Sofia.
Huda senang bila Sofia sudah berteman, tidaklah dia risau jika dia kerja luar Sofia sorang-sorang di rumah. Tangannya masih menggosok bahu yang di tepuk Sofia terasa perit.
"Dah la aku masuk bilik dulu", Sofia bangun meninggalkan Huda.
"Mimpikan saya awak", jerit Huda mengusik.
..................
"Alhamdulillah selesai sudah semuanya", Fahrin duduk di kerusi luar rumahnya.
"Maafkan aku Sofia sayang, aku benar-benar tak mahu kau jatuh pada tangan orang lain. Tambahan pula kau kerja retail, macam-macam menanti di luar sana".
Fahrin tersenyum seorang diri di luar. Dia tahu tindakan dia agak terburu-buru untuk dapatkan Sofia.
"Jauh senyum, dapat anak ikan baru ke?", soal rakan serumahnya yang playboy.
"Ingat aku macam kau?".
"Alahai, sama semua perempuan kat luar tu, kena ayat terus cair lepastu mula nak macam-macam dari kita".
"Itu kau bukan aku", balas Fahrin malas nak layan lalu terus bangun tinggalkan rakannya di situ.
"Wait and see".
..................
Keesokan harinya,
"Hello Channe I tak masuk office harini".
Fahrin terus matikan panggilan dan sambung baring di atas katil. Pagi yang malas untuknya pergi ke pejabat. Entah kenapa dia merindui Sofia.
"Hisyhh kenapa hati gelisah. Aku rindukan dia rasanya ni, sudah macam setahun tak jumpa".
Dia membelek gambar Sofia di telefonnya. Lamunannya terhenti bila pintu biliknya di ketuk.
"Nak apa?", Fahrin menjerit. Dia malas nak buka pintu.
"Ada orang tunggu kat bawah".
"Siapa?".
"Tengok sendiri. Aku nak gi kerja ni", balas rakannya.
Fahrin pun keluar dari bilik dan terus ke pintu rumah.
"Ohh Zie, nak apa pagi datang?".
Zie lihat Fahrin memakai tshirt singlet pagoda dan berseluar pendek membuatkan dia rasa tergoda dengan tubuh badan Fahrin ketika itu.
"Buka pintu dulu", Zie merengek manja cuba memikat Fahrin.
"Jangan nak perasan lah, cakap je sini", Fahrin tak berani buka grill pintu untuk betina tu.
"Kenapa you tak hiraukan I semalam, sampai hati you. Siapa yang dengan you semalam, mangsa baru ke?".
"Ehhh mulut ko, nak aku terminate ke?", terus tutup pintu rumahnya dengan kuat. Malas dia nak layan betina tu.
Share this novel