Pengenalan

Family Completed 46381

Fahrin merupakan seorang lelaki yang mempunyai kerjaya dan personaliti yang menarik. Seorang lelaki yang mempunyai perniagaan sangat kukuh boleh dikatakan hidupnya tiada kekurangan segala yang dia inginkan pasti dapat. Namun begitu dia masih belum berkahwin walaupun di pejabatnya di kelilingi wanita yang cantik muda jelita serta tinggi lampai.

Hinggalah pada suatu hari dia berjumpa dengan seorang gadis di Mall. Pertemuan yang tidak disangka-sangka Fahrin mengambil baju-baju untuk majlis di syarikatnya.
Sementara menunggu nyonya itu di belakang, dia duduk di kerusi menunggu dengan penuh sabar di dalam kedai. Seorang perempuan entah dari mana muncul masuk terus berdiri di sebelahnya dan meletakkan beg kertas di depannya. Gadis itu sedang berbual di telefon ketika itu tidak mengendahkannya.

Dia sempat jeling gadis itu yang agak ringkas berseluar jeans, berjaket sport dan berkasut sukan namun dia tidak dapat lihat wajah gadis itu dengan jelas di sebalik selendangnya.

"Encik Fahrin sudah siap, semua sekali RM115.00".

"Adoii", jerit Fahrin tiba-tiba bila dia rasa ada sesuatu jatuh di kakinya.

"Ehh kenapa Encik?", soal pekerja kedai itu.

"Ya Allah, maaf. Saya tidak sengaja saya terlepas telefon kena kaki abang", gadis itu tunduk mengosok-gosok kaki Fahrin yang hanya berselipar.

"Kaki saya baik sahaja, tak payahlah beria gosok", mengalihkan kakinya.

Fahrin rasa lain macam pula bila gadis itu beria menyalut dan gosok kakinya. Entah kenapa begitu kuat dia menjerit tadi, mungkit terkejut kerana fikirannya melayang entah ke mana.

"Sudah. Sudah. Jangan risau dik ke tepi. Nah amoi duit", Fahrin terus menarik beg kertas di atas meja.

Fahrin laju melangkah keluar dari kedai terus menuju ke kereta. Sampai sahaja di kereta dia letakkan beg kertas itu di kerusi sebelahnya dan terus hidupkan enjin kereta. Telefon Fahrin berbunyi dan dia biarkan, namun sekali lagi berbunyi.

"Hisyh siapa pula yang call ni.... Hahh hello?".

"Hello Encik, You salah ambil beg la tadi. Beg you ada dekat sini la ".

"Oh pula dah?, nanti saya tengok, hahh ha,ah betul la. Kejap saya ada di tempat letak kereta, nanti saya datang".

Fahrin sambil menjawab panggilan tangannya meraba dan membelek barang dalam beg itu. Dia lihat dalam beg itu hanya ada dress dan ada nota kecil di atasnya tertulis nama dan nombor telefon. Sengaja dia mengeluarkan nota itu dari beg. Fahrin terus keluar menuju ke kedai itu semula.

"Amoi, nah", meletakkan di atas meja sedikit kasar.

"Haiya Encik pergi laju sangat sudah salah ambil. Ini adik tadi punya", amoi itu memeriksa beg itu.

"itu nombor dia ke?", Fahrin bertanya kepada amoi itu melihat ada kertas putih di atas meja dan nombor telefon.

"Eya la, tadi dia ada bagitahu sama saya tadi suruh call dia".

Fahrin sempat hafal nombor dia sebelum keluar dari kedai itu. Entah kenapa dia tersenyum girang bila bayangkan susuk tubuh gadis itu. Sampai di kereta dia melihat nombor yang sama ada di atas kerusi sebelahnya membuatkan Fahrin tersenyum girang.

.................

Malam itu Fahrin keluar seperti biasa ke pusat karaoke dengan rakan-rakannya. Entah kenapa tiba-tiba dia teringat gadis yang dia jumpa siang tadi. Ketika rakan-rakannya sibuk menyanyi dan berdansa, Fahrin mengeluarkan telefonnya dari poket. Entah kenapa dia dail nombor gadis tadi.

"Hi, Siapa disana?", satu suara agak serak menjawab panggilan.

"Hello, siapa tu?".

Namun Fahrin hanya diam membisu mendengar suara gadis tadi. Panggilan itu diputuskan dan sekali lagi dia mendail semula nombor gadis itu.

"Yes, hello siapa ni?.. Jangan main-mainyea saya tak suka", soal gadis itu.

"Ini Sofia ke?. Saya Fahrin, yang kita jumpa tadi di kedai Kin.

"Ye saya, oohh awak.. tadi salah ambil beg saya. Nanti pulangkan balik dress tu pada kedai tu semula yea".

"Boleh saya jumpa awak?", mengetap bibir menanti jawapan dari gadis itu.

"Untuk apa yea?",

"Ada barang lain dalam beg tu pada saya", Fahrin perangkap Sofia untuk berjumpanya.

"Ohh ye ke, boleh-boleh.. nanti kita jumpa kat kedai tu esok yea. terima kasih", Sofia terus mematikan telefonnya.

"Ehh minah ni kejam sungguh. Kau ingat kau siapa terus letak?", agak berang pula bila dia di perlakukan begitu.

"Kau apahal geng, datang sini nak enjoy bukan muka stress gitu", marah kawannya.

"Sorry ... aku hilang mood. Aku nak balik, korang go on je la " Fahrin terus balik ke rumah namun sepanjang perjalanannya dia teringat adegan dia dengan gadis bernama Sofia tu siang tadi.

"Huhh angau apa aku ni, bukan menarik pun", sambil ketawa dan tersengih-sengih memandu seorang diri lewat malam.

"Kenapa aku terasa ingin kenal dia ni. Siapa dia?".

............

Keesokan pagi, seawal pagi Fahrin telah bersemangat bangun pagi bersiap untuk berjumpa gadis itu. Lama juga di tenung almari mencari baju yang sesuai berjumpa dengan gadis itu. Ketika di dalam kereta Fahrin asyik membetulkan rambutnya dan sekali sekala melihat cermin agar penampilannya rapi di depan gadis itu. Entah kenapa hari ini dia datang semata-mata untuk jumpa Sofia. Dia sanggup tunggu gadis itu dari awal pagi sebelum Mall dibuka.

Dua jam dia sanggup tunggu di dalam kereta. Sebaik jam tepat 10pagi Fahrin terus masuk dan menunggu di lorong kedai itu. Matanya lihat nyonya itu sudah masuk ke dalam kedai memulakan perniagaannya sepertu biasa. Akhirnya setengah jam kemudian, gadis yang di tunggu muncul dengan mengenakan baju tshirt labuh, berselendang dan bertopi masuk ke dalam kedai. Selepas beberapa minit Sofia keluar dari kedai membawa beg kertas laju melangkah pergi. Fahrin terus mengejar gadis itu hingga di escalator.

"Hi Cik Sofia".

"Ehh ohhh Waalaikumsalam... hi, Awak lelaki yang salah ambil beg saya tu kan?", soal Sofia bila dia melihat wajah Fahrin.

"Tu kan, sekolahkan aku budak ni. Bila masa aku bagi salam", keluhnya di dalam hati, menelan air liur.

"Eyaa saya, Sebelum tu saya perkenalkan diri, saya Fahrin", menghulurkan tangannya namun tidak disambut.

"Oh okay, jual mahal", sekali lagi merungut tidak puas hati.

"Mana barang saya yang ada pada awak tu?" , soal Sofia bersahaja tanpa melihat wajah Fahrin berdiri di depannya.

"Jom kita duduk minum dulu", pelawa Fahrin mula geram Sofia tidak melayannya mahupun memandang mukanya.

"Okay boleh", balas Sofia sedikit senyum dan tunduk.

Mereka terus menuju ke kedai makan berhampiran. Ketika berjalan Fahrin sempat melihat cara Sofia berpakaian sangat ringkas namun nampak cantik mungkin sebab gadis ini tinggi lampai. Sengaja dia membiarkan Sofia berjalan depannya untuk melihat susuk tubuh gadis itu. Sampai di kedai makan, belum sempat dia duduk Sofia baru sahaja duduk terus minta barangnya.

"Maaf barang awak adalah hati saya, awak tertinggal", selamba Fahrin menjawab pertanyaan Sofia.

Jawapan Fahrin menyebabkan muka Sofia berubah ketat. Sofia terus bangun untuk pergi namun Fahrin sempat menarik lengan Sofia menyebabkan orang sekelilingnya memerhati mereka berdua. Sofia sedikit terkejut bila Fahrin memegang tangannya.

"Heii apa ni, lepas... awak jangan macam-macam yea", agak tegas Sofia ketika itu.

Sofia memberi jelingan tajam serta cuba merentap tangannya dari di pegang Fahrin.

"Awak nak kemana, duduk dulu. Jangan jual mahal sangat", mula menggunakan tenaganya sedikit untuk mengarahkan Sofia duduk.

"Awak nak apa sebenarnya?", soal Sofia agak tidak selesa diperlakukan begitu.

"Saya cuma mahu kawan dengan awak tak boleh?".

"Tapi kenapa perlu macamni. Awak ingat saya apa?", sedikit mengeluh kuat.

Fahrin dapat lihat wajah Sofia di depannya ini mula menunjukkan muka tidak selesa dan agak marah. Tapi entah kenapa dia suka lihat Sofia begitu, sebagai seorang lelaki dia rasa puas dapat ugut gadis seperti Sofia. Walaupun raut wajahnya marah tetapi tetap masih comel. Sofia mendapat panggilan ketika itu. Dia menghenjutkan tangannya dari di pegang Fahrin namun tidak berjaya. Sofia terus menjawab panggilan itu menggunakan tangannya sebelah kiri.

"Yea adik datang, kejap yea jalan jem. InsyaAllah jangan fikir bukan-bukan semuanya akan selamat".

Fahrin melepaskan tangannya, dia lihat muka Sofia terus berubah bila mendapat panggilan tadi.

"Awak ada hal kecemasan ke?".

"Ya mak saya tenat, dan awak cuba halang saya pergi sekarang ni".

"Kenapa tak cakap", dia terus bangun menarik tangan Sofia sekali lagi keluar dari situ.

"Awak nak apa ni?", soal Sofia mula bingung bagaimana mahu lepaskan diri dari lelaki ini.

Fahrin bangun dan berdiri di depan Sofia. Bahu Sofia di tarik agar gadis itu memandangnya.

"Sofia, saya hantar dan temankan awak", balasnya.

Sofia sekadar mengelipkan mata membalas soalan lelaki di hadapannya. Ikutkan hati nak sahaja dia pijak kaki lelaki ini.

........

"Terima kasih hantar saya", Sofia terus membuka pintu dan berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Fahrin.

Fahrin melihat Sofia pergi agak tergesa-gesa. Perasaan ingin tahu membuatkan dia mengikut Sofia dari jauh tanpa Sofia sedar. Sofia terus mendapatkan keluarganya di ruang menunggu. Dia dapat lihat kesedihan antara mereka dalam masa sama dia rasa bersalah pada Sofia dengan sikapnya tadi menganggu masa Sofia.

Fahrin hanya perhatikan Sofia dari jauh dan cuba ingin memahami situasi di sana. Tiba-tiba doktor datang memberitahu sesuatu, Fahrin dapat merasakan seperti benda buruk berlaku kerana semua menagis dan sedih bila doktor pergi.

"Maafkan saya, awak okay ke Sofia?", Fahrin cuba mendekatinya dan memandang keluarganya yang ada di situ.

"Emm, sepupu saya sudah tiada. Tadi saya tipu awak kata mak. Maaf. Dress ni sebenarnya untuk dia, saya cuba untuk hiburkan dia sebab dia teringin lihat saya pakai dress dia", Balas Sofia sambil berjalan menuju ke kerusi dan Fahrin hanya mengikut Sofia duduk.

"Ohh macam tu, ambil ni", mengeluarkan tisu dan menghulurkan pada Sofia.

"Eh awak kenapa masih ada disini, awak ikut saya yea?", Sofia mengambil tisu itu dan berasa hairan kenapa Fahrin masih di sini.

"Takdalah, saya ikut perempuan yang meraba kaki saya haritu", balas Fahrin mengusik dan melihat wajah Sofia yang sedang sedih.

"Eh mana ada saya raba, saya gosok saja. Lagipun salah saya jatuhkan telefon atas kaki awak", jawabnya sambil tersenyum sedikit walaupun mukanya sedih.

Senyuman pertama yang muncul dari gadis itu kepadanya. Walaupun dalam keadaan sedih Fahrin dapat lihat wajah gadis itu yang agak manis dan lembut sedap mata memandang. Lesung pipit di pipi menyerlahkan lagi keayuan Sofia ketika itu membuatkan hati Fahrin cair.

Fahrin akhirnya dapat meluangkan masa dengan Sofia di hospital hinggalah Fahrin dapat panggilan dari rakan sekerjanya barulah dia beredar. Walaupun sekejap dia senang hati kerana ada bersama gadis ini ketika gadis ini dalam kesedihan.

"Saya gerak dulu yea Sofia, nanti ada masa saya call awak. Jumpa lagi Sofia", dia bangun meninggalkan Sofia dan terus pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience