2

Family Completed 46381

"Hei, Hello Encik Fahrin, jauh termenung. Ingat siapa tu? Kan I ada kat sini. Why jauh sangat perginya?", sambil ketawa Dyana cuba mengusik bos merangkap rakan sekerjanya itu.

Dia perasan sejak dari tadi Fahrin banyak mengelamun dan tidak fokus dengan kerjanya.

"Mana ada termenung, aku tengah fikirkan lagi seminggu event kita start, tapi ko still tak dapat lagi model", balas Fahrin cuba menepis usikan rakannya itu.

"Ooo pasal tu tak usah la risau I sudah deal dengan Daniel nanti dia settle semua. Just chill don't stress. Fikirkan macam mana nak kira gaji I dengan Daniel.. Hahaha... kami overtime banyak gara-gara event nanti", bebel Dyana pada Fahrin sambil tangannya masih memilih pakaian yang sesuai untuk minggu depan.

"Performance bagus, bagus aku bayar faham. Dah aku nak cabut dulu, apa-apa roger". Dia terus mencapai kunci kereta dan keluar dari studionya.

"Issyhhhh mamat ni mujurlah besar sikit pangkat dari I, kalau tak sudah lama gulai-gulai", bebel Dyana melihat Fahrin keluar begitu sahaja tinggalkannya.

Sakit pula hatinya hari ini melihat sikap Fahrin yang langsung tidak membantunya baik dari memberi idea mahupun teguran yang bernas untuk majlis nanti.

"Fahrin ni kan".

...........

"Hello boleh saya bercakap dengan Cik Sofia?".

Fahrin sendiri mendail nombor Sofia dan dia sendiri tidak tahu kenapa dia hubungi gadis itu.

"Yes Sofia disini, Encik Fahrin nak apa?", soal Sofia yang masih berjalan kaki menuju ke lrt pulang dari kerja.

Badannya yang berpeluh berjalan menyebabkan agar kasar dia melayan panggilan dari Fahrin.

"Saya nak awak boleh?".

"Excuse me?.. Jaga sikit mulut tu boleh. Melampau sungguh", agak marah nada Sofia ketika itu.

"Hei, releks. Saya nak awak tolong saya minggu depan. Dengarlah dulu jangan nak melatah cepat sangat, ingat saya apa?", sengaja menukar nadanya.

Fahrin tersenyum sambil memandu. Dia sengaja buat Sofia panas tadi untuk menguji dapat atau tidak. Geram pula pada Sofia kerana menjawab panggilannya sambil lewa dan agak kasar tadi.

"Maaf, awak punya ayat buat saya salah faham. Nak tolong apa?. Saya kerjalah macam mana nak tolong?", balas Sofia membetulkan nada suaranya kali ini lebih rendah dari tadi.

"Awak kat mana sekarang? free ke sekarang?", Dia cuba cari masa sesuai untuk jumpa Sofia.

"Saya ada LRT Bangsar, tengah jalan kaki. Kenapa?".

"Tunggu sana, nanti saya sampai saya call. Awak jangan naik train. Saya datang awak tiada siap awak", balas Fahrin berasa gembira berjaya dapat jumpa Sofia hari ini.

"Erkk, ta..pi... huh, boleh letak pula orang tua ni. Nak apa?", rungut Sofia memandang telefonnya yang sudah putus panggilan.

Muncungnya di panjangkan sambil melihat ke jalanraya yang di penuhi pelbagai jenis kereta. Di kepala Sofia sempat ke lelaki itu sampai di sini dengan jalan sesak petang hari ni.

Namun semangat Fahrin petang itu lain macam, laju sahaja memandu terus ke Bangsar walaupun dia tahu kawasan itu petang jem teruk di sana. Sejak dia jumpa dan berbual dengan Sofia di hospital minggu lalu, dia asyik memikirkan gadis itu sahaja. Sofia seorang yang mempunyai tinggi dalam 168-170cm, dan mempunyai bentuk badan yang ideal. Walaupun dalam pakaian biasa tetap cantik.

Sampai sahaja di Bangsar dia terus menghubungi Sofia, Sofia akhirnya sampai di keretanya dan dia membukakan pintu untuk Sofia. Fahrin terus membawa Sofia ke satu tempat untuk mudah dia berbual. Di dalam kereta Sofia tak banyak berbicara dan hanya diam di sebelahnya.

"Kenapa awak diam, awak risau saya culik awak?", dia tanya pada Sofia bila perempuan itu diam.

"Lebih kuranglah. Awak nak bawa saya kemana Encik Fahrin?", agak tidak selesa dia di dalam kereta bersama Fahrin.

"Saya nak awak jual awak kat pasar malam, dua singgit boleh?", mengusik.

Muka Sofia berubah, namun dia diam seketika sebelum membalas.

"Saya ada satu, mana boleh harga segitu", Sofia mencubit bahu Fahrin spontan.

"Aduh, sakit juga ya awak cubit, macam ketam", balasnya sememangnya dia terasa sakit kena cubit dengan Sofia.

Entah kenapa cubitan itu sepertinya sampai ke dalam hati membuatkan Fahrin terasa gemuruh selepas di cubit Sofia. Bagi Sofia dia sudah biasa bergurau begitu dengan rakan-rakannya. Mungkin kali ini lelaki tua di sebelahnya sudah di anggap rakan sebaik dia menaiki kereta lelaki ini untuk kali ke dua.

"Awak tadi kata nak saya tolong, tolong apa dia?", soal Sofia membetulkan duduknya dan beg di kakinya.

"Nantilah saya cerita. Sekarang saya lapar, awak nak makan ke tidak?. Awak mesti laparkan balik kerja", dia cuba tukar topik.

"Boleh tahan juga. Sanggup ke belanja saya?".

"Eh, kenapa pula tanya soalan tu?", terkejut.

"Huh, tiada apa", balasnya tersengih memandang ke depan.

Sampai sahaja di kedai makan, dia mengajak Sofia turun. Sofia hanya ikut arahan Fahrin dan dia sememangnya lapar juga. Mereka terus memesan makanan dan dalam masa sama dia lihat wajah Sofia. Dia rasa tenang dan hilang masalahnya bila lihat gadis di depannya.

"Awak kerja retail?", soal Fahrin.

"Yea, tak nampak ke ni uniform ni?", balas Sofia.

"Boleh tak minggu depan tolong saya. Saya ada event fashion show kat KLCC tak cukup staff ", Fahrin segaja mengumpan Sofia sekali lagi kerana dia mahu Sofia ada di majlis itu nanti.

"Fuyoo, Fashion Show. Seriously".

"Ya betul".

"Bila dan pukul berapa?".

"Hari Ahad, jam 2petang hingga 4petang".

"Tengoklah macamana nanti, kalau saya boleh mohon cuti saya bagitahu. Saya pun tak boleh cuti sesuka hati ", balas Sofia menepuk begnya sambil berfikir sejenak.

"Cantik", Fahrin tersenyum lebar bila Sofia kemungkinan akan ada di majlis itu nanti. Betapa gembiranya dia dengar jawapan dari Sofia.

Selesai sahaja makan Fahrin menghantar Sofia pulang ke rumahnya.

"Banyak betul makan dia ni. Selamba pula tu", rungut Fahrin menoleh kearah Sofia.

Kebanyakan gadis yang keluar makan dengannya mesti makan sikit serta malu-malu. Gadis depan dia ni langsung tidak kisahkan dia duduk di depannya tadi.

"Awak tinggal dengan family?", terasa ingin tahu.

"Saya tinggal rumah bujang. Terima kasih belanja makan".

"Jangan lupa janji awak", Fahrin cuba ingatkan Sofia sebelum dia turun.

"InsyaAllah".

..............

Sampai sahaja di rumah Fahrin terus duduk di ruang tamu dan membuka butang bajunya sambil tersenyum. Dia gembira bila dapat mengajak Sofia keluar makan dengannya. Walaupun Sofia layan dia lebih kurang namun dia tidak kisah kerana Sofia masih mahu keluar dengannya.

"Balik pun kau, ingat tak balik", Mazlan menegur Fahrin yang duduk di sofa.

"Hhmm, buat apa lama-lama kat luar. Dah bersiap nak pergi mana?".

"Nak pergi jumpa mangsa baru. Oh ya, aku lupa tadi Zie datang cari kau. Aku kata la kau takda rumah. Gua gerak dulu". Mazlan terus keluar tanpa kunci pintu.

"Sibuk betul perempuan gedik tu, ingat aku apa? boyfriend dia ke?", bebel Fahrin sambil mencapai alat kawalan jauh television. Dia menonton rancangan itu namun di kepalanya memikirkan hal yang lain dan terus terlelap di atas sofa.

Ketika Fahrin sedap tidur di ruang tamu, pintu rumahnya dibuka seseorang. Dia tidak sedar ada orang masuk ke rumahnya.
Zie masuk sambil tersenyum lihat Fahrin tidur di atas sofa. Dia terus medekati Fahrin dan meletakkan tangannya di dada Fahrin. Perlahan-lahan dia cuba untuk membuka butang baju Fahrin namun mujurlah Fahrin tersedar dan terus bingkas bangun.

"Heii what are you doing? kenapa boleh masuk rumah ni?", sambil membetulkan bajunya.

"Teruk la betina ni, kang tak pasal-pasal orang ingat aku buat bukan-bukan dengan dia", keluhnya dalam hati dan dia lihat Zie begitu seksi dengan skirt pendek, dan baju yang agak nipis.

"You keluar dulu, tunggu I kat luar jom kita sembang kat luar", terus menarik tangan Zie cuba keluarkan betina itu dari rumahnya.

Zie hanya tersenyum dan mengikut kehendak Fahrin. Fahrin terus betulkan butang bajunya dan keluar dari rumahnya. Dia lebih rela jumpa perempuan tu di luar dari berdua-duan dalam rumah.

"Naik kereta I nah, you bawa", Zie hulurkan kunci kereta pada Fahrin.

Fahrin terus mengambil dan masuk dalam kereta. Dia terus memandu laju bawa Zie ke tempat lain.

"You ni macam elak dari I ke Fahrin, kenapa susah sangat nak jumpa you?".

"Mana ada, sibuklah. Minggu depan event".

"Sebut pasal itu Daniel ada bagitahu I, I akan tolong you jadi model nanti".

"Hmm baguslah", balas Fahrin bersahaja sambil memandu entah ke mana.

Fahrin hanya memandu tanpa menghiraukan Zie di sebelahnya. Di fikirannya hanya membayangkan wajah Sofia yang berjumpa dengannya petang tadi. Muka yang tidak dapat dilupakan. Bagai termimpi-mimpi. Dari senyuman dan cara gadis itu bergurau ketika makan membuatkan hatinya sangat teruja untuk berjumpa dengan gadis itu sekali lagi. Gadis yang langsung tidak memandang latar belakang dan kerjayanya, gadis yang hanya hidup dengan caranya tersendiri, gadis yang tanpa sedar telah membuat Fahrin terpaut dengan keletahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience