our first met | 1

Fanfiction - KPOP Series 4667

Jeon Won Woo dan Kim Hae Won.

Di waktu pertemuan pertama kami itu tidaklah seindah yang kalian sangkakan.

Semuanya bermula saat kami berdua baru menginjak kaki ke zaman sekolah menengah.

| Hae Won POV |

“HAE WON! Cepatlah bersiap tu dah lambat ni !”Teriak Jong In dari bawah.

“KEJAP!” Kataku.

Setelah mengambil beg galas dan botol air, aku cepat-cepat turun dari bilik tingkat atas lalu menuju ke ruang tamu. Kim Jong In iaitu abangku sudah lama menunggu di depan pintu

“omma kami berangkat” teriakku kepada ibu. Ibu hanya melambai sambil berbicara dengan seseorang melalui telefon. Maklumlah ibu ku seorang business woman. Seharian itu pasti sibuk baginya.

“Hae Won ! Cepat!” Jong In masih berteriak memanggilku yang sedang merapikan baju sekolah.

Hari ini hari pertama kami di sekolah baru.

Jadi Jong In sungguh bertenaga untuk memulaikan hari di sekolah baru.

*SKIP*

Keadaan sekolah ini sungguh berbeza dengan keadaan sekolah lamaku.Jadi sampainya di sekolah aku lalu mencari kelasku iaitu B-1-2.

Seorang wanita yang berambut panjang dan berkulit putih dan sangat cantik menegurku. “Awak murid baru tu ? Jom saya bawa ke tempat duduk awak. Nama saya Yoona ” dia membawaku ke tempat duduk sudut paling hujung dan sebelah ku seorang lelaki yang sedang tekun membaca buku teks.

“Jeon Won Woo , sebelah kau ada murid baru. Apahal kau tak tegur. Perkenalkan dirilah. Hai ! Nama saya Kim Mingyu“ kata lelaki yang duduk di depan ku yang mengelar dirinya Kim Mingyu.

“hai Mingyu, nama saya Kim Hae Won”

“Kim Hae Won~” Kata Mingyu.

Lelaki di sebelahku itu masih tekun belajar tanpa menghiraukan sekelilingnya.

“Hae Won, kau jangan risau. Orang sebelah kau tu memang macam tu. Dia memang tak cakap dengan orang. Kecuali cikgu.”kata perempuan berambut pendek yang mengelarkan dirinya sooyeon.

“Dia tu top 1 sekolah kita” kata mingyu.

Aku hanya mengangguk.

Di situ , di dalam kelas B-1-2 aku bertemu Jeon Won Woo.

“Jeon , boleh tolong ajar saya soalan mathematics ni ?”

Itu adalah kali pertama dalam sejarah hidupku berbicara dengan lelaki yang bernama Jeon Wonwoo.

Setelah dia melihat soalan ku tadi. Dia mulai memberi penjelasan perlahan-perlahan tentang soalan math yang menggilakan otak.

“AHHH ! Aku baru faham konsepnya begitu”kataku

Dia mengangguk dan terus melanjutkan pekerjaannya.

Setelah beberapa minit diam. Dia mulai membuka bicara.

“Namaku Jeon WonWoo.”

“Awak mesti dah tahu siapa nama saya. Saya kim Hae Won.”

“Petang ni saya pergi perpustakaan. Kalau awak nak fahamkan lagi konsep mathematik tadi, awak boleh ikut saya belajar sama”

Dia mempelawaku ?

Pada awalnya aku agak ragu-ragu menerima pelawaannya. Tetapi tak lama lagi ujian kemasukan universiti dan aku masih belum menguasai topik tersebut.

Pada akhirnya aku menerima pelawaan darinya.

Mulai hari itu aku dan Won Woo selalu belajar bersama.

Dia menjadi salah satu teman rapatku di sekolah dan dia juga menjadi study partnerku.

Semuanya biasa-biasa saja sebelum ini dan waktu itu sampai akhirnya juga.

Waktu di mana Won Woo meminta ku untuk menjadi kekasih hatinya.

===================================
Next Chapter ; when the blossoms is you | 2

HI <3 This is my very first fan fiction:)) Hope you like it. If you have any comments or any request for the next chapter , i will lend my ears to hear it. Just chat me personally or email me. I will gladly take those comments with an open heart HAHA . Have a nice day AND ENJOY!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience