when the blossom is you | 2

Fanfiction - KPOP Series 4667

Tiga bulan kemudian.

Musim bunga.

Dimana semua pelusuk bandar dihiasi bunga yang mekar.

Disini juga mulanya titik kisah cinta kita yang menyedihkan di antara aku dan Jeon Won Woo.

Bunga sakura menjadi saksi cinta kami.

Semuanya berjalan seperti biasa . Seperti hari-hari yang lain , aku akan bersama Wonwoo belajar di perpustakaan hingga larut malam.

Tetapi hari itu, akan ada sesuatu yang berlaku.

Sesuatu yang akan mengubah hidup aku dan dia.

“Dah larut malam ni . Wonwoo saya balik dulu.” Kataku sambil mengemas barang-barang yang ada di atas meja.

“Tunggu”katanya sambil memegang pergelangan tanganku.

“Ahh okay”

Setelah dia mengemas barang-barang miliknya, dia membawa ku keluar dari perpustakaan.

“Biar saya yang hantar awak balik”katanya

“Eh! Wonwoo , takpa saya boleh balik sendiri.”Pada awalnya aku masih menolak permintaannya.

“Biar saya teman awak balik sampai rumah.Kawasan perumahan awak tu saya dengar ada kes penculikan.”

Aku yang dibuat takut olehnya. Pada akhirnya aku kalah dengannya.
Perjalanan menuju ke rumah ku banyak pohon sakura. Bunga tumbuh dengan mekar dan ada yang berguguran di atas tanah.

Wonwoo berjalan bersebelahan ku .

Entah mengapa hari ini Wonwoo membuat jantungku tak keruan. AHH dia sungguh tampan.

Tanpa ku sedari aku tersenyum melihatnya .

Tiba-tiba Wonwoo berhenti di hadapanku.

Dia terus mengangkat jarinya dan mengambil sesuatu di atas rambutku. Jantungku semakin berdegup kencang.Apa yang kau lakukan ini Jeon Wonwoo ?

“Awak tidak perlu risau. Seperti bunga sakura ini yang tidak risau untuk berguguran di atas awak” aku terdiam.

Mengapa orang seperti Wonwoo berbicara seperti tidak mengenali dirinya sendiri ?

Hatiku masih tak keruan.

“dan awak mesti tahu bahawa saya akan sentiasa ada untuk bunga sakura ini.” tatapan matanya semakin mendalam..

wajahnya semakin dekat dengan wajahku dan aku tahu apa yang terjadi selepas itu..

aku menutup mataku dan mulai tenggelam dalam suasana.

Cup

Bibirnya bersentuhan dengan bibirku.

Bibirnya menghangatkan seluruh tubuhku

Tahniah Jeon Wonwoo, kerana telah mencuri ciuman pertamaku. Disaksikan oleh ribuan bunga sakura yang sedang mekar di musim bunga.

“Hae won ..”

“Hmm ?”

“Awak nak jadi girlfriend saya ?”

Soalan apa yang kau tanyakan ini Jeon Wonwoo? Apa yang harus aku lakukan? Apa yang akan terjadi kalau aku menjawap ya ? Apa yang akan terjadi jika aku menjawap tidak ? Mengapa terlalu terburu-buru

Aku terdiam beberapa minit. Menghadam soalan dari mulut lelaki itu.

“Hae won ?”

Cup

Sekali lagi tanpa ku sedari aku yang memulaikan ciuman ini.

“Ciuman itu tadi ? Awak maksudkan ya ?” Tanya Wonwoo.

Aku perlahan-lahan mengganguk.

Dia tersenyum.

Senyuman itu..

Senyuman yang membuat ku jatuh cinta padanya.

Wonwoo mengusap kepalaku “Maaf soal tadi” sambil tersenyum.

Sudahlah wonwoo jangan bermain dengan hatiku.

Pada hari itu , bermula kisah kami berdua yang akan diakhiri dengan tangisan.

===================================
Next episode ; [Birthday Party | 3]

Hi <3 first foremost, I would like to say THANK YOU FOR READING :)) I’m sorry if the storyline was cringe cause i have no idea how to make the romantic scene. Don’t be mad if the storyline “terlalu cepat” cause this story is not about the Love story between main character and male main character. If you want to know how the stories goes ? GO FOLLOW AND STAY TUNE FOR THE NEXT CHAPTER ~ Again, THANK YOU FOR READING. GIVE SOME COMMENTS AND STAR ;) Go follow me~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience