Bab 3 l LOVE SUMMER

Other Series 2043

Prakk...
Stella dah ketawa terbahak-bahak sampai mengalir air matanya. Edward dan yang lain masih menahan tawanya daripada terburai.
"Stella !" marah Rio. Stella masih dengan ketawanya. Mana taknya konon kononnya si Rio nak tunjuk skil dia main bola tampar akhir sekali terlebih kangkang seluarnya koyak. Nasib baik pakai seluar dalam.
"Stella dah lah tu, kesian Rio, "kata Scar sambil tersenyum senyum.
Stella hanya mengelingkan kepalanya kerana dia bantai gelak macam tak ingat dunia. Perutnya senak.
Baru Rio nak berlari dari situ seluarnya semakin koyak.
"Hahahaaahhaaa... "Stella bantai gelak makin kuat sampai terguling guling dia di pasir.
Kawan kawannya yang lain turut ketawa kerana tak mampu nak tahan lagi tengok reaksi dan gelagat Stella yang terlebih happy hari itu. Muka Rio usah cakaplah, merah padam tahan malu dan geram.
"Ha, gelak gelak. Gelak lah korang sampai terburai isi perut, "balas Rio geram.
Semasa sedang asyik Stella gelak tiba2 telinga nya disapa oleh satu suara yang amat dia kenali.
"Stella.. "suara itu betul2 dekat tepi telinganya. Stella terdiam. Ya suara tu, suara yang amat dia rindui.Bertahun lamanya suara itu hilang dari pendengarannya.
"Leo.. "katanya perlahan. Stella mula bangun dan mengibas ngibas bajunya yang melekat dengan pasir.
"Leo, where are you Leo?, "katanya lagi sambil berjalan.

Kawan kawan Stella yang lain masih menggelakkan Rio lagi.

--------------------------------------------------------------------

"Korang jom mandi, "ajak Scar sambil memandang rakannya.Christine dan Stuard sudah sakan main air di pantai sana tetapi mereka masih duduk dan berborak borak di tikar. Stella awal awal lagi dah hilang. Katanya nak pergi jalan jalan kat tepi pantai itu.

"Jomlah, "sahut Edward.
Tinggalah Rio dan Jessica berdua.
Jessica mengeluh. Rio memandang dengan wajah yang berkerut.

"Tak payahlah pandang aku macam tu, aku tergoda karang lagi haru nanti, "gurau Jessica sambil terkekeh kekeh ketawakan Rio yang tertangkap merenung Jessica.
Rio turut ketawa.
"Hahahaa... tak sangka pulak aku kau pun tergoda dengan aku. Ingatkan Kriss je, "balas Rio dengan gaya poyonya.
Christine atau lebih dikenali sebagai Kriss. Edward lebih gemar digelar Ed oleh rakan rakannya.
"Amboi kau melebih, si Stuard tu mana Kriss nak campak ? "
"Campak lombong lah.. "
Mereka ketawa bersama sama.
Kriss dan Stuard sudah bertahun mengikat tali cinta mereka. Stuard kata Love At First Sight. Dulu Kriss terkenal dengan gelarannya playgirl tetapi setelah berjumpa Stuard gelarannya pun hilang kerana Kriss terus melekat dengan Stuard.

"Aku happy sangat sebab tengok Stella ketawa tadi, "kata Rio setelah 10 minit mereka berdiam diri melayan perasaan masing masing.
"Aku pun, first time tengok dia gelak gila gila macam tu sampai tergolek golek, "
"Aku suka tengok dia punya senyum dan ketawa. Cute, "balas Rio
"Kau suka dia? kenapa tak terus terang je?"soal Jessica sambil memandang anak mata Rio. Rio tersenyum.
"Sapalah aku ni"
"Elleh kau"
"Tak lah.. Ed tu yang suka sangat kat Stella. Aku rasa semua kawan kawan kita nampak. Stella tu aja yang pura pura macam tak nampak, "bidas Rio.
Jessica juga tahu kebenaran kata kata Rio itu. Ed suka sangat dekat Stella cuma Stella sahaja yang buat bodoh.

"Dalam banyak banyak kawan kita, aku rasa Stella sorang je yang kuat berahsia, "
"Kenapa kau cakap macam tu ?"tanya Rio.
"Yelah aku tanya kau. Kau tahu siapa ibubapa dia? kau pernah jumpa? tempat tinggal dia kau tahu? "kata Jessica sambil pandang ke anak mata Rio.
"Paling koman pun .How many her siblings? "tokok Jessica lagi.
Rio terdiam.

--------------------------------------------------------------------
~Stella Pov~
Uhukk uhukk..
Tersedak sedak Stella yang tengah minum air sambil berjalan.
"Sapa pulak sebut sebut nama aku ni,"gerutu hati Stella.

Stella leka berjalan sehingga tidak sedar bahawa dia sudah masuk ke dalan Dimensi Magik.Kedudukannya sekarang jauh daripada rakan rakannya.

Tolongg... Tolongg...

Bergegas Stella lari mencari arah suara itu datang.

Tolongg.. Tolong...

Kelihatan seorang perempuan meminta pertolongan.

"Kenapa ni? "tanya Stella.

Stella memandang ke arah yang ditunjukkan oleh perempuan itu. Terdapat 3 orang memakai jubah hitam menutupi kepala sedang bertarung dengan seorang perempuan dan seorang lelaki menggunakan magik.

"Cik, tolong kawan saya cik, "kata perempuan yang meminta pertolongan tadi sambil menggoyang goyangkan tangan Stella.
Stella tidak tinggal diam. Semasa salah seorang yang memakai jubah hitam itu ingin menyerang pemuda itu, Stella muncul lalu mendepangkan tangannya seolah olah menghalang.
Berdecit orang tersebut kerana tindakannya terbantut dek kewujudan Stella.

"Who are you? "kata Stella sambil memandang tajam ke ketiga tiga mereka yang berjubah hitam.

"None of your business, "jawab salah seorang daripada mereka dengan suara yang garau.

"Really ? This is my business too sebab kau serang dia orang. Kawan dorang mintak aku tolong kawannya, "balas Stella berani.

Orang itu rasa tercabar dan mula menghasilkan pentagramnya.

Pedang yang dipegang mengeluar cahaya sehingga menyilaukan mata mereka berempat. (Alex, Ratna, Miya dan Stella)

Zass..

Tidak sempat Stella mengelak lengannya menjadi sasaran. Darah mula menitik.

"Pergi kau dari sini ! sebelum aku apa apakan kau, "jerit Stella menahan sakit. Dia masih mengawal dirinya agar tidak menggunakan magik. Miya ingin datang ke arah Stella untuk membantu tetapi dihalang oleh Ratna dan Alex.

Orang itu menyerang Stella lagi. Stella terpelanting jatuh ke arah Ratna, Alex dan Miya. Mereka semua terduduk jatuh.
Stella muntah darah..
Stella bangun .

"Light Sword"
Muncul satu pentagram dan di atasnya terdapat sebilah pedang yang cukup tajam. Mereka yang berjubah hitam terkejut.
Stella mula menyerang mereka bertiga sekali gus. Salah seorang daripada mereka tumbang dan hilang.

Zapp

Kepala orang yang menyerang Stella tadi terputus hubungan dari badan.

Krakk

bunyi tulang patah.

Zapp

Pedang Stella tembus ke belakang badan seorang lagi. Pasir tersebut dipenuhi dengan darah. Alex, Miya dan Ratna terkaku melihatnya.

"Magic Of The Destroy"

Mayat mayat tadi menjadi debu dan hilang. Darah yang pada mulanya banyak dan bertakung di pasir turut hilang.
Keadaan kembali normal seperti tiada apa apa berlaku.

"Kalian okey? "kata Stella.
"Kami okey, "jawab Alex

Mereka semua duduk di bawah pokok. Miya menggunakan magiknya Healing Power untuk menyembuhkan Alex dan Ratna.

"Mari saya tolong, "kata Miya kepada Stella.

"Tak perlu sikit je ni, "Stella menolak bantuan yang dihulurkan oleh Miya.

"Mana boleh macam tu. Tadi cik dah tolong selamatkan kami. Sekarang biar saya tolong pula, "balas miya bersungguh sungguh.
Stella hanya tersenyum dan mula mendekati Miya.

"Thank you, "kata Stella
"You are welcome, "

"Saya Alex"
"Saya Miya"
"Saya Ratna"
Mereka mula memperkenalkan diri.
"Terima kasih sebab tolang kami tadi. Kalau cik tak ada tadi mungkin kami dah mati dah, "kata Alex. Stella hanya tersenyum dan menganggukan kepalanya sahaja .
Stella merenung Alex lama. Semasa Miya merawat Alex secara tidak sengaja dia ternampak tanda bulan sabit di tepi perut Alex.

"Kenapa aku rasa tanda tu familiar ,"bisik hath Stella.

"Cik tak apa apa?? "kata Alex kerana dia jadi serba tidak kena apabila Stella memandangnya tanpa berkelip. Ratna Dan Miya saling berpandangan.

"Awak ada abang? "soal Stella tiba tiba. Alex menggelengkan kepalanya sebagai jawapan tidak ada.

"Owhh.., "

"Stella.. "
"Stella.. "
Kedengaran sayup suara rakannya memanggil dirinya.Walaupun dia berada di dimensi lain, dia masih dapat mendengar dengan jelas.Itu adalah salah satu kelebihannya.

"Saya mintak diri dulu, "Stella bergegas bangun dan ingin berlalu pergi.

"Wait, sapa nama cik?,"kata Ratna kepada Stella. Stella hanya senyum dan mengenyitkan matanya sahaja sambil melambaikan tangan.Dia hilang dari pandangan. Mereka bertiga berpandangan dan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience