Bab2 THE START OF THE SUMMER

Other Series 2043

~Edward Pov~
"Haiilahh.. asal jantung aku nie rasa lain macam. Rasa nak tercabut tetiba"

"Edward"
"Edward"

"Yes momm.. i'm cominggg... "

"What are you doing son ?"kata Instine yaitu bapa kepada Edward.

"Nothing pa, just emm.. haa.. emm.. "
"you have any problem? want to share with me em?"tanya Instine sambil menutup surat khabar yang dibacanya untuk memberi sepenuh perhatian kepada satu satu anak lelakinya.

Edward mempunyai 2orng adik beradik sahaja. Adik bongsunya ialah Lucy Instine.
"Actually...
--------------------------------------------------------------------
~Rio Pov ~
"Mak ayah Rio pergi dulu.. "

"Alamak mati aku dah lambat.. "rungut hati Rio.

Tidak sampai beberapa minit dia memandu

Gedegang!

Rio cepat2 keluar dari kereta apabila terasa keretanya seperti dihentam dari belakang. Rio melihat bahagian belakang keretanya remuk.

"Sorry sorry, saya tidak sengaja. Saya nak cepat ni. Sorry, "jawab pemandu yang tidak sengaja melanggar belakang kereta Rio.

Tidak sempat Rio membalas,pemandu tersebut terus masuk ke dalam keretanya dan mula memandu semula tanpa menghiraukan Rio yang kelihatan tergamam. Rio melihat kereta itu berlalu sehingga tidak kelihatan lagi.Tapak tangannya diletakkan di dada.

Dupp dupp dupp

"Kenapa ? "
"Kenapa aku rasa macam.. "

"Mana pulak si Rio ni, tadi kata dah otw ke sini"gerutu hati Scar geram.

Rio sudah berjanji dengannya untuk datang ambilnya di rumah.

"Sorry beb lambat, " balas Rio tercungap cungap selepas memandu laju ke rumah Scar. Selepas berlakunya kemalangan tdi, Rio mengambil keputusan untuk berpatah balik ke rumahnya semula untuk menggunakan keretanya yang lagi satu kerana dia tidak mahu kawan kawanya risau. Tambahan pula belakang keretanya boleh tahan juga remuknya.

"Kau asal berpeluh peluh ni ? macam baru lepas habis marathon je,"
"Tak ada apalah, jom dah lambat ni. Mengamuk pulak dorang nanti, "

Kereta Rio mula meluncur semula membelah jalan raya untuk pergi ke destinasi seterusnya.

--------------------------------------------------------------------
~Ratna Pov~

"Kau asal lambat ? berjanggut kita orang tunggu kau kat sini, "
"Alaa.. sorry lah beb. Aku tak sengaja"
"Haishh"
"Woi, asal kereta kau ni? "
"Eh, haahlah asal bumper kau ni?? "tanya kawan Ratna yang lagi satu.
"Panjang citenya"keluh Ratna.
"Pendekkan ,"jawab satu suara yang datang dari belakang.

Ratna mula mengimbas semula kejadian semasa dia terlanggar kereta seseorang di hadapannya.

Gedegang!

"Adoii... " kepala Ratna terhantuk di stereng. sebaik tak kuat sangat tapi benjol jugalah kepalanya. Ratna turut keluar dari kereta selepas melihat pemandu kereta tersebut keluar.
Ratna terpegun dan tergamam apabila melihat wajah Rio.
"Apakah ?"bisik hati Ratna.
"Sorry sorry, saya tidak sengaja. Saya naj cepat ni. Sorry, "kata Ratna dengan kalut lalu masuk semula ke dalam kereta dan terus memandu. Dari cermin sisi dia dapat melihat raut wajah itu turut tergamam.

Papp
"Aku cakap kau boleh termenung " kata Miya tidak puas hati kepada Ratna.
Ratna tersentak .
"Dah lah yang penting sekarang ni aku selamat, dah ada depan mata korang, "jawab Ratna. Dia tidak berniat untuk membuka cerita kejadiannya tadi.
"Tapi kereta kau.. "belum Miya habiskan kata katanya Alex memintas
"Dahlah Miya. Betul cakap Ratna,yang penting dia selamat dan berada di depan kita sekarang ni, "Alex berkata sambil memandang Ratna.
"Thanks"kata Ratna kepada Alex melalui gerak mulutnya sahaja tanpa mengeluarkan suara.

Alex tahu bahawa Ratna tidak mahu memanjangkan cerita. Alex hanya melihat muka muram Ratna. Hati dia dapat rasa bahawa Ratna mempunyai masalah.. Dia turut mengeluh..

"Ratna.. "

--------------------------------------------------------------------
#At Beach

"Alright, semua dah sampai kan? "kata Jessica sambil memandang rakan rakannya.
"Eh sekejap. Stella tak sampai lagi, "kata Edward. Semua pandang sekeliling mereka.
"Nampaknya Stella belum sampai lagi, "kata Stuard.
"Masa tu dia cakap dia join kan? "tanya Christine.
"Haah, mungkin dia lambat sikit kot, "balas Scar perlahan. Lebih menyedapkan hati sendiri sebenarnya.
"Asal ni?? "tanya Rio tiba2 kerana dia baru selesai membuang air kecil.Dia termangu mangu kerana semasa dia sampai dengan Scar tadi semua kawan2nya kelihatan ceria.Sekarang air muka dia orang nampak muram dan keruh.
Rio tergaru garu kepala sambil bercekak pinggang.
"Stella.. "tidak sempat Edward menjawab
"Holla guys.. awat muka macam tapai basi ni?"gurau Stella sambil berjalan perlahan ke arah mereka semua.

"Stella..."jerit mereka. Rio hanya ketawa kerana baru faham punca kawan2nya murung tadi.
Jessica dan Christine memeluk Stella bagaikan tidak mahu lepas.
Stella menolak badan mereka dan membuat muka pelik.
"Woii.. woii.. asal peluk peluk aku ni? ambil kesempatan yea? "gurau Stella lagi sambil memandang tajam ke arah Jessica dan Christine.
"Mana adalah, mati2 kita orang ingat kau tak datang tadi, "jawab Jessica cepat2 supaya Stella tidak salah faham. Dia orang tahu sangat bahawa Stella tidak suka dirinya dipeluk baik perempuan apatah lagi lelaki. Dia kata "Kalau aku yang peluk tak apa, kalau orang lain peluk aku. Aku rasa rimas dan nak teranjang orang tu, "
Sebab itulah mereka tidak berani nak memeluk Stella.Jessica dan Christine yang kawan baiknya pun takut apatah lagi kawan kawannya yang lain.

"Ohh.. Aku lewat sikit. Maaflah jalan jem tadi ,"jawab Stella.

--------------------------------------------------------------------
~Stella Pov~
Stella sedang golek golek di atas katil sambil mendengar lagu kegemarannya.
"Sampai bila aku nak macam ni"bisik hati kecilnya.
Sejak kejadian tersebut berlaku, Stella hanya tinggal seorang di rumah agam itu tanpa ditemani oleh sesiapa. Rakan rakannya sendiri tidak pernah tahu selama ini dia tinggal di mana. Walaupun Stella mempunyai ramai kawan tetapi sikapnya lebih banyak mendiamkan diri. Dia menjadi seorang yang lebih berahsia dan misteri selepas insiden itu.

Dumm

bunyi petir kedengaran kuat di luar rumah, hujan mula turun dengan lebat membasahi tanah.Stella cepat cepat cabut handfree dari telinganya dan baring sambil berselubung.
Sejak kejadian itu, setiap kali hujan turun dia akan berasa takut dan trauma apatah lagi hujan itu turut disertakan dengan petir. Padahal waktu dia kecil kecil dahulu dia cukup suka apabila waktu hujan.

"Riuu.. "bisik Stella dengan perlahan. Air matanya mengalir setiap kali teringat akan peristiwa tersebut.
Semakin lebat hujan di luar, semakin lebat jugalah air mata Stella mengalir sehingga bergegar gegar bahunya menahan tangisannya daripada pecah.

"Riuu.. l miss you so much.. "ucap Stella.
Akhirnya selepas penat menangis dia tertidur bersama air matanya yang masih mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience