Bab 5 NEW FRIEND

Other Series 2043

"Aku kat mana ni? "Alex cuba untuk bangun tetapi pergerakannya terhalang oleh sesuatu.

"Stella??? "Alex terkejut kerana Stella sedang tidur sambil memeluknya.. Dia tersenyum.

Dia masih ingat betapa risaunya wajah Stella sebelum dia pengsan tidak sedar kan diri semalam.

"Alex, kau dah bangun? "tanya Miya.

"Arkk. ..emm ..yea. "balasnya gagap.. mukanya merah menahan malu. Miya tersengih sengih memandang dia. Stella masih tak bangun dari tidurnya. Ini bermakna Miya tersengih sebab Stella masih memeluk dirinya.

"Miya, Alex dah bangun? "tanya Scar.

"Dah "

Scar masuk dalam bilik tersebut. Serta merta matanya membulat..

"Scar, Alex dah sedar?? "datang pula Stuard.
Belum sempat Scar tahan Stuard dah masuk ke dalam bilik. Terganga mulut Stuard..

"Asal korang berkumpul kat depan pintu ni..sana....."
Edward tergamam.
Christine dan Jessica menyusul masuk ke dalam bilik tersebut. Jessica bercekak pinggang melihatnya. Christine terkekeh kekeh menahan tawa melihat mereka semua. Jessica datang ke arah katil sambil menarik narik Stella supaya bangun.

"Stella bangunlah.. "

"emm.. "

"Stella bangunlahhhh"Jessica menguatkan sedikit suaranya.

Stella makin kuat memeluk Alex. Alex kaku macam patung.

"Stella ..berapa lama lagi kau nak tidur ni bangun lah.. "

"ishh kacaulah aku nak tidur. Mengantuk tahu tak "gerutu Stella dengan menepis tangan Jessica. Matanya masih terkatup rapat.

Mereka yang lain hanya ketawa.

"Riu.. "perlahan suara Stella kedengaran..
Stella bangun sambil tersenyum..

"Alex awak dah okey??"Stella bertanya sambil tersenyum memadang Alex.

"Dah "Alex menjawab sambil membalas senyuman Stella.

Stella bangun dari katil dan menuju ke pintu.Stella memandang mereka semua kemudian mengenyitkan mata lalu berlalu keluar dari situ.

"Stella !!!"jerit rakan rakan Stella.Alex tersenyum sambil menggaru kepala.

Stella di luar sudah ketawa besar.

-------------------------------------

#Restaurant

Mereka masih berada di pantai tersebut. Selepas Stella menggunakan portal magiknya dia betul berada di depan rakan rakannya yang sedang enak makan BBQ. Mereka yang berada di situ terkejut melihat keadaan Alex dan Rio yang parah. Mereka mengambil keputusan untuk membawa Alex dan Rio ke homestay mereka. (Homestay kawan lelaki Stella. Scar,......)

"Aku dah dengar semua cerita pasal semalam"Scar memecahkan suasana sunyi yang berada di antara mereka.

"Hmm"gumam Stella perlahan.

makanan yang dipesan sampai.

"Kita makan dulu, nanti baru sembang"tegur Edward

Mereka semua makan dalam keadaan yang senyap.

Wekkk

Sedawa Rio terlepas..

"So, boleh aku tahu kenapa kau bawa Rio pergi hutan tu? "soal Stuard selepas selesai makan. Semua diam. Stella bagaikan berada di dunianya sendiri.

"Stella.. "Miya goyangkan bahu Stella.

"Stella!! " jerit Edward.

Ya, dia masih geram dengan kelakuan Stella yang memeluk Alex. Masih segar dan terbayang bayang di matanya.

"Stella are you okey ??"lembut Alex bertanyakan kepada Stella.

"We all talking with you"tokok Rio

"Sorry,"
"Kalau tak disebabkan aku, mesti kejadian semalam tak kan terjadi"Stella seolah olah menyalahkan diri nya sendiri.

"No.. itu bukan salah kau. kalau kita tak datang semalam mungkin Alex, Ratna dan Miya sudah mati dibunuh oleh 'mereka', "kata Rio cepat cepat. Alex, Ratna dan Miya mengangguk kepala.

"Tapi... "

"it's not your fault "lembut Alex memujuk sambil menggenggam tangan Stella di bawah meja.

"Thanks"Stella membalas genggaman Alex sambil tersenyum memandang Alex.

Stella menarik nafas sebelum memulakan cerita. Malam ini akan jadi malam yang panjang buat Stella dan rakan rakannya.

"Actually aku bawa Rio pergi sana sebab aku dengar suara abang aku. Kebetulan Rio dekat dengan aku. Itu terbawa sekali"

"Owhh... kiranya semalam kau berlari sebab nak kejar suara tu lah?? "tanya Rio menginginkan kepastian.

"Yup,"

"Kau yakin itu suara abang kau,? mana tahu itu suara orang lain'"provok Edward.

"Aku kenallah suara abang aku"jawab Stella kasar.

"So, Stella kenapa kau larikan diri kau ke sini? mana abang kau?? kau cakap kau dengar suara abang kau panggil? kau terpisah dengan abang kau ke?? "bertubi tubi soalan yang keluar dari mulut Scar.
Yang lain hanya diam dan memandang Stella menantikan jawapan.

"Perlu ke aku jawab?? "tanya Stella bodoh

"Perlulah... "Rio baling tisu ke arah Stella. Stella ketawa. Dia cuba untuk menghiburkan hatinya sendiri, dia takut dia tak kuat nak menceritakan segala galanya.. dia takut dia bantai melalak kat situ. Haru biru nanti jadinya.

"Jom"Stella bangun.

"eh mana? "Stuard soal.

"Pantai jom, baru syok bercerita"
"sapa lambat kena denda"tokok Stella lagi. Stella berlari lari anak ke arah pantai diukuti Stuard dan Rio.

"Stella.. "Jessica menahan sedu.
Kriss datang menghampiri Jessica..
"Kita semua ada bersama dia. Kita akan lindungi dia"Kriss memberi semangat kepada Jessica. Jessica mengelap air matanya.

"Jangan lupa kita ada kawan baru ni. So tak perlu risau pasal Stella tu. Stella dikelilingi oleh ramai kawan"sampuk Scar sambil memeluk bahu Alex dan Edward.

"Ya, kami semua ada untuk Stella"bisik hati kecil Jessica.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience