Bab 1 SUMMER

Other Series 2043

3..2..1..

Kringgg...

Kedengaran lonceng pada sesi akhir pembelajaran pada hari itu.

"Yeayy... Horrayyy...!! "teriak pelajar pelajar di dalam kelas 4Art.

"Summer i'm coming, "jerit seorng pelajar lelaki dengan girang

"Baiklah pelajar2 selamat bercuti dan pastikan segala kerja rumah yang diberi kalian siapkan sebelum sekolah dibuka semula. Faham? "kata cikgu tersebut sebelum beradar keluar dari kelas.

"arghh... nak bercuti buatlah cara nak bercuti ni kerja sekolah melambak lambak, mana sempat nak siapkan, "bebel Rio sambil menggeliat.

"Oii, kau cakap macam kau selalu siapkan je.. padahal kerja kau mudah, meniru je tahunya, "balas Christen sambil menghempuk kepala Rio menggunakan buku.

Papp !!!

"Woi Stella ,jerit Jessica kepada Stella yang sedang duduk termenung dengan menopang dagu di atas meja sambil membuang pandangan ke arah luar tingkap. Kelihatan di luar ramai para pelajar berpusu pusu untuk pulang. Ada yang berbasikal, ada yang menaiki bas, ada yang pulang dijemput oleh ibu bapa atau pemandu peribadi masing masing .

Terangkat sedikit bahu Stella akibat terperanjat dek bunyi meja yang ditepuk oleh sahabatnya Jessica. Stella menjeling tajam ke arah Jessica dan mula mengemas segala alat tulis serta buku bukunya ke dalam beg. Jessica hanya tersengih sengih menayang giginya yang tersusun rapi apabila dijeling oleh Stella.

"Yoo, guys ! apa cite jadi tak plan kita cuti nie, "kata Rio.
"Haahlah, apa cite jadi ke? "tanya Stuard pula.

"Aku on "
"Aku on"
"Aku on"
Sahut Jessica, Scar dan Christine.
Kemudian, mereka semua pandang ke arah Edward yang konon kononnya sedang khusyuk membaca buku manakala Stella masih leka mengemas buku buku yang berada dibawah mejanya.

"Woii "jerit edward kerana terkejut dengan tindakan Rio yang tiba tiba merampas buku di tangannya.

"Kau x payah nak pura pura baca bukulah,"balas Rio sambil mencebik.

"Eh, kau nie sibuk kenapa, biarlah aku nak baca. Bak sini balik buku aku tu, "kata Edward yang menahan geram.

"Hahahaa.. tak sangka pulak kawan aku sorang ni suka baca buku terbalikkan?"perli Rio yang lain hanya tersengih sengih menahan ketawa daripada terburai.

"oh, eh? hehehee.. "balas Edward sambil tersengih sengih sambil sekejap2 garu kepala, sekejap2 garu pipi,.Tindakannya serba tidak kena kerana tertangkap malu.

"So, kau join x kita orang? "tanya Christine

"Aku? aku.. arhh.. "
"Ha, kau jangan gada2 cakap x join pulak,
pelangkung kepala kau nanti, "kata Stuard sambil menjegil jegilkan biji matanya.Rakan rakannya hanya ketawa .
"Alaa.. ak.. " belum sempat Edward menjawab ,Christine terlebih dahulu bercakap
"ehh, ehh, ehh,..nononono... No excuse okey bro, You must join us this holiday, "jawab Christine bangun daripada duduk sambil bercekak pinggang. Konon kononnya tunjuk garang lah tu.
Mereka berdebat sesama sendiri, Edward dengan dalihnya, Jessica, Stuard, Christine dan Rio bergabung menentang Edward.
--------------------------------------------------------------------
~Stella Pov~

"Dorang nie bising betullah.. "gerutu hati Stella.
"Haishh banyak betul sampah sarap dalam meja aku ni. Harap2 tak delah tikus tumpang beranak pinak dalam nie. Mampus aku nak bersihkan.. Yukss... "

GEDEBUK!
"Aduhh "
"Woi, kau asal? " jerit Scar terperajat tengok meja Stella jatuh terbalik.
"Kau nak kemas meja pun agak agaklah. Alu tengok kepala kau tu macam nak sumbat dalam laci meja tu sekali, "gurau Rio.
"Kalau boleh memeng aku nak masuk, bukan setakat kepala aku je, aku2 sekali masuk dalam laci ni. Penat aku tertonggeng tonggeng nak kemas, "balas Stella geram sambil mengetap bibir. Dia berdiri sambil memandang rakan2 dihadapannya.
"Aku on "jawabnya tiba2 dengan muka serius.
"Haa???? "

Edward yang berada berhampiran dengannya hanya tersenyum melihat gelagat Stella yang mencuit hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience