Bab 8

Horror & Thriller Completed 8741

Keesokan harinya.
Amir dan Adi telah sedar dan makan sedikit.Mereka berdua masih lemah dan masih lagi dalam keadaan terkejut dengan peristiwa tersebut.Kemudian,Amir dan Adi mengemas pakaian dan khemah mereka.

"Bersabarlah..semuanya akan baik-baik sahaja."kata ketua kem kepada Amir dan Adi sambil menepuk bahu mereka. Mereka hanya mengangguk . Selepas selesai kem itu, Amir dan Adi tidak hadir ke sekolah selama beberapa hari kerana masih trauma dengan kejadian itu.Amir datang ke rumah Adi untuk berjumpa dengannya.

"Ermm..Adi...betul ke apa yang kita lalu ni...rasa macam mimpi...." tanya Amir dengan muka tidak pasti.
"Entahlah Mir..aku dah cuba lupakan pasal kejadian tu..tapi tak boleh.Dan aku masih tak boleh percaya yang kita tidur selama tiga hari tanpa sedar dalam hutan tu!" jerit Adi.Sedih dengan apa yang menimpa mereka.
"Sabarlah weh..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ni.." Amir memeluk Adi dalam tangisan.Tiba-tiba..

Tuk..Tuk!
Ada seseorang mengetuk pintu bilik mereka.Setahu Adi,mereka berdua sahaja yang berada di dalam rumah dan Adi sudah pun mengunci pintu rumah utama.Habis,siapa yang ketuk?

"Siapa itu?.." tanya Adi tetapi tiada respons.Pelik.
Amir dan Adi saling berpandangan dengan muka cuak dan bulu roma mereka sudah menegak .Tiba-tiba..Amir teringat kejadian ketuk pintu yang menimpanya sewaktu dia di tandas hari tu.
"Jangan..jangan........" kata Amir yang sudah menggeletar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience