Bab 10

Horror & Thriller Completed 8741

Amir dan Adi pandang sekeliling mereka,tetapi hanya ada murid yang sedang berkeliaran sahaja.
“Emm..Adi..jom balik kelas.”ajak Amir.Adi mengangguk dan mereka terus beredar dari situ.
“Amir..”
“Ha apa?” Amir memandang Adi.
“Kau...ada rasa something tak tadi?”
“Tadi? Emm..aku rasa macam ada sesuatu tengok kita tapi aku cari tak ada pun..” jelas Amir.
“Hah! Kan! Aku pun rasa macam tu tadi..” Mereka pandang sesama sendiri.
“Aku rasa..perasaan kita je kut tadi.”jawab Amir mengalihkan pandangannya.
“Mungkin..”
Mereka mengemas barang untuk pulang ke rumah.
“Oit Adi! Petang jom lepak?”jerit Amir.
“Esoklah weh.Hari ini aku ada tuisyen lah.Mak aku paksa aku pergi.”Adi membuat muka malas.
“Hahah wuu tuisyen.Bagusnya kawan aku sorang ni.” Usik Amir.Adi menjelirkan lidahnya.
“Hehe oklah aku balik dulu.Jumpa esok.”jawab Adi.

*6.00 p.m
“Terima kasih cikgu.”
“Ok,kita jumpa next week semua.” Cikgu Amin beredar dari kelas.
“Oi Adi,tak nak balik rumah ke?”tanya rakannya Khalis.
“Ha kejap lah.Aku nak salin note kat papan putih tu dulu.Kau balik jelah.” Adi tekun menyalin nota.
“Ha ok..bye jumpa next week!”Khalis terus berlalu.
“Emm macam nak hujan..baik aku cepat.”katanya perlahan.Adi menyalin nota dengan cepat.
*PRAKKK! Bekalan elektrik terputus.
“Haish what the..belum hujan lagi dah blackout!Emm biarlah nota ni lagi sikit je pun..nanti pandai pandailah aku mintak kawan.”katanya dalam hati. Ketika dia mahu keluar dari kelas,pintu kelas tertutup dengan kuat.
“Ada angin ke?...” Adi mematikan perjalanannya. Perlahan-lahan Adi mendekati pintu itu semula dan membukanya tetapi pintu itu tidak dapat dibuka.
“Weh! Apahal tak boleh bukak pula ni!” Adi tarik pintu sekuat hati tetapi gagal juga.
“Aduh dah la gelap..fon aku pula habis bateri..”
Tiba-tiba kerusi di belakangnya bergerak seperti ada orang menariknya.Adi menoleh dengan perlahan-lahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience