Bab 14

Horror & Thriller Completed 8741

“Aduh,weh Adi..jom la belah! Aku tak nak duduk sini..dah tak sedap hati dah ni..” rungut Amir.
“Haish..kita nak pergi mana weh?Nak tak nak terpaksa jugak..” jawab Adi sambil baring.
“Emmm..aku harap tak ada apalah jadi...” kata Amir perlahan.
“En.Amir dan Adi ada apa-apa masalah?” Tegur jururawat di situ.
“Eh,tak tak kami ok je.”jawab Adi sambil tersenyum. Jururawat itu mengangguk dan beredar.
“Boleh tahan lawa nurse tu.” kata Amir.
“Woi,sempat lagi ek..Hahahah.” Mereka berdua ketawa.

*11.30 p.m
“Weh Amir,aku laparlah!”
“Eh kau..malam malam buta ni lapar pula.Mana nak cari makan kat sini cik abang oi?”jawab Amir sambil duduk.
“Hahah mana la aku tahu..kalau aku tahu tak adanya aku tanya kau!” Tengking Adi.
“Hehehe jangan marah..aku gurau.”
“Hah! Aku baru ingat.Kat luar ada mesin makanan tu kan.Jom lah..alang-alang aku nak jugak.”Amir terus bangun dari katilnya.
“Haaa nice.Jom!” Mereka berdua terus beredar.
“Mana mesinnya?”tanya Adi.
“Tu ha! Sebelah tempat duduk tu.” Amir menunjuk jarinya.
“Relax luh..kita lepak sini jap..ambik angin.”kata Adi.Amir turuti.

*12.50 a.m
“Dah jom lah.Mata aku dah layu dah ni.”kata Amir.
“Ok jom tapi tunggu jap.Aku nak melepas dulu.Kau tak nak ikut?”
“Tak naklah.Aku tunggu sini.” Jawab Amir.Adi mengangguk dan terus pergi ke tandas.
“Arghhh..lega!”
*PRAK! Lampu terpadam.
“What the..sapa main lampu pulak ni?Amir..kau ke?” Tanya Adi tetapi tiada jawapan.
“Haish..baik aku cepat.” Adi keluar dari tandas dengan bergegas dan membasuh tangan di singki.Tiba-tiba,pintu tandas dibelakangnya tertutup sendiri dengan perlahan.Adi memandang belakang dengan menggunakan pantulan cermin di depannya.Adi menelan air liur kerana dia ternampak kelibat perempuan berambut panjang sedang memerhatinya.
“Ahh Shit!” Adi terus berlari keluar.
“Weh Amir! Belah cepat! Aku nampak benda tadi..” Amir hanya diam.Dia ikut saja kata Adi.
Mereka berdua kembali ke katil.Lama-kelamaan mata mereka mula gelap.

*10.30 a.m
“Woi..Adi! Bangun!” Gerak Amir disebelahnya.
“Argh kau...awal lagi..” Adi menggaru matanya.
“Kau tak lapar ke?Tu makan.Kang sejuk tak sedap.” Amir muncungkan bibirnya.
“Emm tak adalah lapar sangat,sebab malam tadikan kita dah makan.”jawab Adi.
“Makan? Sejak bila?kau tak ajak aku pun?” Soal Amir terkejut.
“Lah kau nyanyuk ke?Malam tadi kita makan kat luar tu apa bendanya..” tengking Adi.
“Oii kepala kau! Aku tidur awal duh malam tadi..Aku tidur pukul 9 kalau tak silap.” Amir memandangnya.
“Kau jangan main-mainlah Mir..Habis aku dengan siapa..semalam..?” Adi mula tak sedap hati.
“Aku tak main-main Adi.Bendanya betul.Kalau bukan aku..kau dengan siapa semalam?” Amir melihatnya.Bulu roma Adi mula meremang.
“Maksudnya....” Terputus kata-kata Adi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience