Bab 7

Horror & Thriller Completed 8741

"Asal korang nampak gelabah sangat ni? Cari kitaorang macam kami dua hilang aje.Padahal dua jam lebih je kami duduk dalam hutan tu.."kata Adi pelik nampak mereka cemas semacam.Selepas Adi kata begitu,Amir melihat muka ketua kem,rela dan pelajar yang lain terkejut.
"Urmm..kenapa korang semua nampak macam terkejut eh?" tanya Amir memandang mereka semua.
"Emmm....surely korang rasa macam duduk dua jam je kat sana? tanya Saiful yang merupakan salah seorang pelajar juga.
"Lah iyelah..kenapa?" tanya Amir sedikit cuak.
"Sebenarnya...korang hilang dah 3 hari tahu tak!" jerit Saiful.
"Ha? ap..apa ..yang kau..merepek ni?" Adi sudah mula gagap.
"Iye betul,kami semua dah cari korang di merata tempat dah.Korang hilang dari malam burung hantu tu.Malam burung hantu tu habis dalam 30 minit saja." kata ketua kem di situ.Amir dan Adi saling berpandangan.
"Tak ..tak mungkin...30 minit je...kami tunggu lebih 2 jam tahu tak.Sampai kami dah mengantuk,sebab itu kami tertidur.Lepastu si Adi ni terjaga sebab terdengar ada orang panggil nama kami." Amir menelan air liur.
"2 jam? emm bukan 2 jam tapi 3 hari korang tidur!.Sepatutnya,tiga hari lepas kita dah balik tapi sebab korang hilang kena tunggu dulu." kata Saiful yang duduk di sebelah Amir.

Amir dan Adi termenung seketika tanpa berkata sepatah pun.
"Weh Amir,patutlah kita rasa lapar sangat masa kita bangun dari tidur tadi..." Adi memandang Amir.Amir menggeleng kepalanya kerana masih tidak percaya apa yang telah jadi.Tiba-tiba mata Amir dan Adi terasa gelap dan mereka pengsan kerana tidak makan atau minum selama tiga hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience