Chapter 3

Mystery & Detective Completed 10736

Lepak (bab 3)

"Mama..Yad nak kuar jap jumpa kawan tau??" Ujarku waktu breakfast di meja makan.

Aku tersenyum bahagia bila mama mengangguk setuju.

"Kawan mana satu??" Tanya mama.

"Ala..kawan Yad yang nama dia Lok tuh." Aku terpaksa tipu mama.

Bukan apa..mama tak suka Koji.Banyak kali mama cakap,kalau Koji balik, dia takkan kasi aku keluar kemana-mana.

Dah tuh aku nak lepak dengan Koji camne?? Rindu bro kat braderhood aku tuh.

"Hmm..okay.Jangan buat benda-benda pelik tau???" Mama mengingatkan aku.

Dan aku semacam boleh hafal dowh.Amende yang dia cakap tiap kali aku nak kuar..teruk sangat ke aku sampaikan aku nak buat benda pelik pun takleh??

Huhu..tak kisah.Aku cuma nak happy2 je hari nih.Luangkan masa berharga dengan Koji.

Dia cakap haritu.Dia pindah sini sekejap jer..tak lama.Mak ayah dia sibuk.Selalu merantau untuk bussiness.

Sebab tu lah dia selalu mengeluh.Katanya dia tak pernah rasa apa itu rumah..suasana rumah pun dia tak pernah rasa.

Sebab tu aku nak ajak dia balik rumah aku.Tapi takut mama tak kasi plak.Sebab mama bencikan KOJI!!

Sedih bro bila mak ayah kita bencikan kawan baik kita sendiri..sob..sob..

Dah..dah jangan drama sangatlah Yad. Tak mati pun kalau mama bencikan si Koji tuh.

Asalkan ko tau Koji tu baik orangnya.Tak kacau orang sukati dia jer.Tak cakap buruk pasal ko macam budak-budak lain..

Sejam kemudian.

"Yad!! Cepatlah.Aku lapar dowh!! Kita makan nasik dulu weyh??" Panggil si Koji.

Tangannya mengusap-usap perut kempisnya.Kempis pun ada six pax dowh..huhu..

Serius rasa nak pegang!! Haha..Iman aku masih kuat beb.

"Yelah..nak makan nasi kat mana??" Tanyaku lalu meng'usya' kedai-kedai sekeliling.

"Kat MC D jum??" Ajaknya lalu mengheret tanganku ke sebuah restoran MC D.

Wahh..bau dia..menggoda mat!! Burger crunchy yang disediakan memang menggugat selera aku.

"Woi..agak-agak kalau nak bau-bau makanan kat sini.Orang punya tuh??" Tegur Koji bila melihat aku sedang mendekatkan hidung kat burger ayam milik orang.

Orang punya pun sibuk nak hidu-hidu..anjing betul!!

"Order apa?? Yad??" Tanya Koji bila kitorang dah pun sampai kaunter.

"Burger Big Mc Satu.Large set.French fries dua." Order dah dibuat. Dan aku dah pun dapat makanan aku.

Aku blah pergi meja dulu.Membiarkan Koji mengambil pesanannya.Malas nak tunggu.

Kang orang pikir sawit plak nak tunggu-tunggu.Lalu aku mencari meja di suatu sudut MC D.

Lima minit lepastu Koji datang dengan senyuman.Aku cuba pandang gadis-gadis kat sini.Takde ke yang berminat nak pandang Koji ni??

Hmm..tak kisahlah.Patutlah Koji tak pernah ada awek.Dia hensem tapi pompuan taknak pandang.Aneh pompuan-pompuan sekarang!!

Aku makan french fries ku macam dah lama tak makan.Sedap woo..aku paling suka makan benda kentang nih.Hmm..sedap.

"Koji.."

"Hmm??" Mulutnya penuh dengan pelbagai makanan.

Mana taknya dia colek sini sikit.Dia rembat itu sikit.Last-last..dia masukkan semua kat dalam mulut gua dia.

Mulut tong dia nih!!

"Lepas ni gi makan abc tau??"

"Yelah pakcik.Kang kita gerak lah.Jadi cacing kenapa??" Dia gelak.

"Cacing???" Tanyaku sambil muka berkerut.

"Yelah..dah ko gelabah macam cacing..aku cakap lah ko cacing..hahahahahaa.." balasnya.

Siot.

Lepas je makan.Kitorang gerak ke tempat yang memang gian nak pergi.

Warung ABC Ali.

"Mak aii..ramainya!!" Keluh Koji.

"Relaxlah dowh.Ramai tu yang best.Konfirm sedap dowh."

"Hmm..okay.Pape je la Fayyad!!" Katanya kuat.Menunjukkan betapa geramnya dia sebab kalah berdebat dengan aku.

Yeah Koji.Ko memang sentiasa kalah!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience