Chapter 1

Mystery & Detective Completed 10736

Prolog

"A..apa ko nak buat setan!!" Jerit aku dengan kuat.Jeritan lantang tu aku tujukan khas buat dia.

DIA..yang tak patut hidup pun!!

Dia tak patut wujud dalam dunia nih.

"Aku akan bunuh dia.Hahahaha..hapuskan dia dari muka bumi ni lahanat!!" Hahahah..satu letusan ketawa kepunyaan dia bergema di sebuah gudang lama.

Gudang tu seperti rumah pembunuhan bagi aku juga dia si pemilik haram.

Bila melihatkan darah berpercikan di dinding-dinding gudang,menjadikan gudang itu kelihatan seperti rumah pemujaan setan!!

Aku kena...............hapuskan dia!!
Ahhhhh..

Aku pandang sebilah pisau.Ada kilauan pada bilahnya.Aku tahu.

Pisau tu tajam!!

Aku ambil dan hunuskan di lehernya!! Dia yang juga memegang pisau hanya tergamam bila sedar yang lehernya juga diacukan pisau.

"Hahahaha..bodoh!! Apa ko dapat kalo ko bunuh aku!!" dia gelak.Gelak bergema di seluruh ruang.

"Aku bebas dari ko Setan!! Ko mesti mati!!" Aku menjerit semahuku.Tu yang aku nak.

"Hahahah..ko pernah dengar satu badan dua jiwa??" Dia masih nak berdalih lagi?? Mencuba melambatkan usaha aku.

"A..apa??!!"

"Kita ni satu!! Fayyad!! Satu!!" apa..apa maksud dia?? Kenapa plak kita satu?? Bukan aku yang bunuh semua nih.Hanya dia..dia jer!!!

Tapi..sebab tu ker?? Sebab tu ke kawan aku taknak dekat dengan aku???

Aku kena hapuskan dia.Aku kena!!
Mesti ada cara!! Mesti!!

Aku pandang Hasya!! Tak..aku bukan nak bunuh Hasya.Cuma nak tanya dia sesuatu.

Sesuatu yang..ermm..

'Hasya ko okay tak??' Tu yang nak tanya tapi dia diam.Ketakutan.Sial punya Bangsat!!

Aku mengeluh berat!! Lama-lama marahku meluap-luap minta dilepaskan!!

Ahhhh..

Aku perhatikan dia yang ketawa kejam.Mungkin lucu bila lihat betapa marahnya aku.

Aku perasan sesuatu!!

Mata bangsat tu berwarna biru bila aku perhatikan matanya sekali lagi.Bukankah hijau sepatutnya???

Aku pandang lilin.Oh..lilin.cahaya kuning!! Bodohnya aku.

Mata setan ni akan nampak biru dalam cahaya kuning!!

Erghhh..dah terlambatlah Fayyad!!

...........................

Peraturan(bab 1)

YAD!! PERGI TIDOR SEKARANG!! PUKUL BERAPA NAK TIDUR???!!!" pekik mama dari tingkat bawah rumah.

Ahh..mama dah bising.Semak betullah.Aku mengeluh lemah.Memandang suis lampu yang rasanya macam jauh nak mati.

Erghhhh..

Mama ni pun satu.Bukan nak kasi peluang kat aku nak tidur lambat macam budak lain.Huh.

Korang mesti pernah kena marah dengan mak korang kan?? Sebab tak tido lagi.Memandangkan esok hari sekolah.

Tapi aku tahu..korang langgar jer.Betul tak??

Tapi aku mana boleh main langgar jer.Aku terpaksa ikut cakap mama.Huh sebal.

Part peraturan lain mama aku tak kisah pun kalau aku langgar,walaupun dia marah lah jugak.Tapi takde lah tahap marah sampai nak libas-libas aku.TAPI bukan satu benda nih.

Tidur selepas pukul 12 tengah malam.

Tu jadi satu KEPANTANGAN bila aku langgar.Katanya kalau aku langgar,aku akan jadi tak betul.

Gila!! Tak mungkinlah aku akan jadi tak betul!! Semata-mata sebab tidur lepas pukul 12?? Hanya sebab tuh??

Aku tak percaya aku jadi anak orang kaya tapi dihantui peraturan bodoh nih.Anak orang lain okay jer?? Takde hal pun??

Tak sewel pun aku tengok??

Haih..

"FAYYAD!!!" mama terpekik lagi.

"Ye mama!! Yad tidur sekarang jugak!!" Laungku di pintu bilik.

Alang-alang tuh,aku tutup suis lampu.Menjadikan bilik gelap gelita.

Aku melangkah ke katil dengan penuh hati-hati.Bilik gelap dan aku tak nampak sepatah haram pun.

Aku landing atas katil yang empuk dan cuba untuk tidur.Huh..esok sekolah.Konfirm bosan punya.

Aku mana ada member selain Koji.Member lain semuanya macam haram!!

$yait00n semuanya!! Langsung taknak berkawan.Sebab apa aku pun tatau.

Ada gosip tersebar,menyatakan bahawasanya aku manusia pelik yang entah dari mana kata diorang.

Aku sedih betul.Ye..aku lelaki dan aku sedih bila orang cakap camtu pasal aku.Bila ko tengok muka diorang masa pandang aku...diorang jijik gila kot.Tatau kenapa!!

Aku buat salah ker?? Kenapa nak kena hukum aku macam nih.Huh..

Jam menunjukkan pukul 11.45 malam.Aku kena tidur.Cuma tidur boleh tenangkan aku sekarang nih.

Fayyad..Fayyad...sabar Yad.Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Tu yang nenek aku pesan 4 tahun lepas.Kenapa 4 tahun lepas?? sebab dia dah arwah mat!!

Sejak dia arwah lah,papa bencikan aku.Kalau ko budak yang tersepit tengah jalan mencari jalan keluar dari kekeliruan ko,ko boleh tak cari tau apa masalah ko pada orang lain bila dia sendiri taknak kasi tau??

Aku pikir dekat sekolah jer,orang jijik dengan aku.Rupanya papa aku pun sama.

Nasib baik mama dan Koji sentiasa ada untuk aku.Koji tak kisah ker pasal kabar angin mengarut tuh??

"Aku tak kisah plak pasal tuh..maybe sebab aku tengok ko ni baik je kot??" Katanya pada ketika dahulu.

Mama plak..hanya tegas melibatkan soal tidur aku.Entah kenapa....

"Mama taknak anak mama mengantuk kat sekolah hari-hari.Sebab tu mama nak anak mama tidur awal." Pujuknya bila aku pernah memberontak kerana dipaksa tidur awal.

Apa rasanya jadi budak asrama ea?? Seronok tak??

Teringin dowh..nak dok asrama.Dengan member.Kalau aku tidur lambat pun..takde sapa nak kacau.Mama pun takleh halang.Mana dia tau aku nak tidur lambat ke tak??

Tapi Koji tak suka dok asrama.Dia cakap better dok rumah.Bebas!!
Ko memanglah bebas Koji!! Aku ni ha??

Huh!!

Share this novel

Linda Akulinda
2019-11-01 18:32:40 

sy hi..hi.

Linda Akulinda
2019-11-01 18:32:38 

sy hi..hi.

Linda Akulinda
2019-11-01 18:32:32 

sy hi..hi.


NovelPlus Premium

The best ads free experience