Nightmare(bab 13)
Aku balik ke rumah.Mama cuba jugak pujuk aku.Harapkan supaya aku tak marah lagi kat dia.Aku diam.Tak menjawab segala soalan dia.Aku penat senanyer.Malas nak jawab.
"Yad!! Makan malam nak?? Mama masak special untuk Fayyad.Mama masak sambal udang untuk Yad tau??" Pujuk dia lagi.
Mama ni memang tak paham agaknya.Aku dah kata taknak tu,taknak lah maksudnya.Ajak je lah suami kesayangan dia tuh.
Back up sangat kan??
Aku terus naik ke atas.Mandi untuk buang rasa peluh dan melekit yang dok bersarang kat badan aku sejak tadi.
Rimas.
Aku keluar 15 minit lepastu.Memakai tshirt hitam.Seluar trek hitam.Uniform aku di rumah.
Aku duduk atas pembaringan aku.Meneliti semua klu yang ada.
Kenapa dia nak ambik jantung?? Tak..kenapa dia nak makan jantung?? Kenapa?? Apa sebenarnya dia.
Ilmu sesat kah??
Mata biru..aku tulis dalam catatanku bahawa pembunuh mempunyai mata biru.Hmm..
Tu jer??? Tu jer yang aku boleh dapat sebagai ciri-ciri kukuh?? Mata biru.
Aku meneliti semula memori Dian.Membayangkan semula pembunuhan kejam tuh membuat aku rasa nak muntah.
Mual bila melihat banyak sangat isi perut,usus,dan segala urat-urat terkeluar.
Paling ngeri bila pembunuh tu makan jantung tuh.Bersama darah yang mengalir deras.Dengan keaktifan jantung tu berdenyut mengepam darah.
Erghhh..wekk!! Wekk!! Aku bergegas ke bilik air.Menunduk menghadap mangkuk jamban.
WEKK!!..WEKK.!!
Aku muntahkan segala isi.Ada macam-macam aku tengok muntah tuh.Nasi.Burger tengah hari tadi.
Wekk..wekkk..
Aku muntah lagi.Dan aku rasa satu tangan mengurut-urut tengkuk ku.Aku tau tu mesti Koji.
"Yad..kenapa ni.Yad tak sihat ker??"
Aku tergamam.Mama??
Aku toleh ke belakang.Nampak mama sedang risau dengan keadaanku.
Aku tepisnya.Masih merajuk.
Biarlah masa yang ubatkan aku sekali lagi.Cara yang sama aku rawat hati aku bila papa bencikan aku.
"Yad!! Dah sudah kan?? Bangun ea??" Pujuk mama bila aku hanya diam di lantai tandas.
Aku bangun.Dan naik ke katil.Lemah.Lemah betul bila lepas muntah.
Erghh..mual mula bermain-main kat tekak aku.Pehal dowh.Pembunuhan tu betul-betul buat aku mual setiap kali tengok cara mangsa mati.
Rasa macam tak sihat je aku rasa.
"Yad baring dulu,mama buatkan bubur ea??" Ujar mama sambil mengusap kepalaku.
Tak guna pun aku nak merajuk lama-lama.Marahku mula sejuk bila mama sungguh-sungguh risau pasal aku.
Man..aku kalah bila dengan mama.Kalah!!
Aku makan bubur yang mama suapkan untuk aku.Kasih ibu sampai mati beb.Nak merajuk celah mana dowh??
Setelah makan ubat,aku baring dan mula untuk cuba melelapkan mata.
Mata..lelaplah dikau.
"Pembunuh!!" Bisik satu suara garang milik perempuan.
"Siapa?Siapa tuh??" Aku bertanya sendiri.Kot-kot ada orang nak jawab??
Aku pandang sekeliling.Takde.Takde sapa!!
Aku mula gelisah tak kena.Suara apa tadi??kenapa aku kena kacau plak??
Di suatu sudut bilikku berdekatan dengan almari bajuku.Dia...dia berdiri dengan rambut panjang mengurai menyapu lantai.
Rambut dia pendek sampai bahu jer.Camne boleh cecah lantai?? Aku perhatikan dengan teliti lagi.
I..itu Dian!! Dian dalam keadaan sama waktu dia mati.Berdiri terbalik menyandar pada sudut bilik aku.Perutnya berulat dan usus-usus nya terkeluar mencecah lantai bilik aku.Wangian semerbak bau kubur dia keluarkan. Busuk!!
Dian mendekati aku dengan perlahan.
Dekat lagi..dengan merangkak kepala berjalan dahulu.
Dia tak ubah macam binatang labah-labah tuh.Muka dia bengkak dan berdarah.Dadanya berlubang.Tempat di mana jantungnya diambil.
Muka kami dekat beberapa inci saja lagi.Aku boleh bau nafas lojinya.Busuk mat!!
"Pembunuh!! Ko bunuh keluarga aku!!!" Jerkahnya di depan muka aku.
"Tak..tak aku tak bunuh la Dian!!" Ujarku.
"Penipu!! Ko patut mati!!" Jeritnya lalu cuba mencakar mukaku.Aku cuba menjerit.
"Ahhhhhhhh..."
"Yad???!!!" Panggil mamaku dipintu.
Aku meraba-raba pipiku.Ohh aku bermimpi.Aku mimpi je tadi.Aku mimpi.
"Yad!! Kenapa jerit ni sayang???!!" Ujar mama lalu duduk menghadap aku.
Dia usap pipiku.Memberi ketenangan sementara.
"Panas badan Yad nih!! Mama ambilkan air dengan tuala ye??" Ujar mama dan dia pergi.
Aku tenung kosong kat jam.Dah pukul 3 pagi.Hah..tiba-tiba aku terasa penat gila.Rasa macam dah travel ke tempat lain.
Aku baring semula dan aku toleh sebelah untuk mengambil bantal peluk.
Tapi bukan bantal peluk yang aku nampak.Tuh..tuh pocong!!
Pocong memang buat aku terkejut.
Tapi aku terkejut gila babeng bila pocong tu...
muka aku sendiri!!!
Dian!! Ko nak gurau,jangan kasar sangat!! Bangsat!!
AKU BUKAN PEMBUNUH!! AKU TAK BUNUH KELUARGA KO!! BUKAN AKU!!
Share this novel