Chapter 17

Mystery & Detective Completed 10736

List dan klu(bab 17)

List mati tak ngeri
1.Jimmy
2.Tia
3.Jiha
4.Wu Jian Na
List mati ngeri(jantung diambik)
1.Layla
2.Arman
3.Salmah
4.Mario
5.Dian
6.Mrs Wu

Klu lain:
1.Pembunuh bukan bunuh ikut bilangan kes.(sbb kes kelima hanya dua orang yang mati.)

2.Pembunuh mata biru,seragam hitam dan snow cap.Kadang-kadang berhoodie.(ni aku dapat dari memori Dian dan MrsWu.)

3.Pembunuh makan jantung.Dia hisap darah.Mungkin pengamal dark magic??

4.mangsa semua dibunuh pada waktu malam.Tiada waktu siang.

Penuh kertas tu aku tulis.Bukan sebab banyak maklumat.Tapi sebab tulisan aku besar.Supaya aku nampak semua maklumat.

Hmm tu je lah yang aku dapat kumpul.Huh..pehal rumit sangat nih.

Apa motif dia membunuh sial!!Apa yang dia nak?? Kenapa dia makan jantung??

Kenapa dia boleh hirup darah mangsa.Maksudnya dia bukan calang-calang pembunuh.Dia amalkan something maybe.

Dan yang aku pasti pembunuh tu lelaki.Shit..rumit.takde petunjuk lain ker??

Koji tolong aku!!

Sepanjang malam aku pikirkan tentang perkara nih.Tu belum lagi benda-benda yang dok sibuk nak ganggu aku.Dok atas almari lah.Panjat dinding lah.

Haih..tikus..tikus.

Takde keje lain ker.Hmm esok kena suh Mak mah kemas lah bilik nih.Suh dia tangkap tikus tuh.

Sedar tak sedar,aku terlelap lagi.

Aku berada di alam lain.Alam yang dipenuhi mangsa bunuh.Ye aku kenal mereka.Kenapa aku kenal?? Macam mana aku kenal??

Semua tu aku kenal dari gambar-gambar dan juga mangsa bunuh yang lepas.

Diorang macam hopeless.Menantikan masa untuk mereka keluar membalas dendam.

Sebab muka diorang nampak sangat berkeinginan.Dengan marah yang meluap-luap.

Mereka menyebut satu nama yang memang aku tak sangkal lagi ialah nama aku.Fayyad!!

Aku terkejut.Tergamam dengan apa yang aku dengar.Ape mende nih.

Kenapa nama aku yang mereka laungkan dengan penuh dendam??Apa salah aku??

Aku jadi takut..takut dengan kemarahan diorang.Otak aku ligat berputar mencari sebab kenapa diorang berdendam dengan aku.Sedangkan aku tak bunuh??

Dan seorang perempuan yang aku kenal tuh ialah Wu Jian Na,menerkam aku dengan kuku panjang tajamnya.Kukunya hitam macam kehangusan.

Shitt!! Aku..aku sesak nafas.Aku perlukan oksigen tapi Jian terus menerus mencekik aku sampai puas.

Sampaikan seseorang menarik aku dari belakang.Aku toleh dan aku lihat

MAMA!! aku memeluk mama dan keluar dari dunia nih.

"Yad!!..Yad!!" Panggil mama.Aku tersedar.

Aku duduk dengan muka yang berpeluh-peluh.Panas.Tempat tu macam neraka bagi aku.

Panas sangat dipenuhi manusia yang berdendam dengan aku.Kenapa aku??!!!!

"Mama!!tolong Yad ma!!" Rayuku pada mama.Aku memeluk mama erat.

Tak sanggup lepaskan mama.Tak sanggup.Aku takut gila sekarang nih.Macam baru balik dari neraka rasanya.

Kenapa sejak akhir-akhir ni aku tak tenang.Kenapa aku rasa macam pernah lalui keadaan di mana aku sentiasa takut dengan diri aku sendiri.

Keadaan mana yang aku pernah sakitkan sesiapa dengan tanganku sendiri.Tapi aku yakin yang aku tak pernah buat tu semua.

Aku tak pernah buat!!

"Yad..Yad.Bagitau mama apa yang jadi sebenarnya?? Kenapa Yad asik meracau setiap malam??" Tanya mama.

Aku cuba membaca apa kata hati mama.Tapi tak dapat.Macam aku pernah cakap.Aku sentiasa kalah dengan mama.

Sentiasa.Mama tak pernah bagi aku baca fikirannya.Bukan tak pernah bagi..tapi aku yang tak boleh baca fikiran dia.

Hanya dengan mama saja kebolehan ku jadi reput.Tak ampuh seperti orang lain.

"Fayyad Amir bin Mohd Faris.Bagitau mama,kenapa dengan Fayyad sejak akhir-akhir nih??"

Aku taknak bagitau.Aku taknak!! Aku takut.Aku takut mama akan marah.

Aku takkan bagitau mama yang aku dah langgar peraturan gila yang mama buat tuh.Aku takkan.

"Yad!! Kenapa lately ni mama tengok mata Yad sembap sangat???!!" Tanya mama keras.

"Takde apa la ma.Yad penat.Tu jer.Yad tak buat apa pun."

"Yad jangan macam-macam Yad!! Mama bagi warning dekat Yad!! Kembalikan kitar tidur Yad macam dulu.Mama taknak Yad susah nanti." Kata mama dengan penuh amaran yang aku sendiri takleh nak proses.

Arghh..mama pergi meninggalkan aku.Lagi..di saat aku perlukan dampingan ibu kerana takut.

Mama tinggalkan aku sendiri.Aku sedih..Sedih sangat.

Dan aku terdengar tingkap dibuka dari luar setelah aku perhatikan jam yang menunjukkan pukul 2 pagi.

Dia mendekat..dan dekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience