bab 2

Romance Series 4825

"Adik. jangan makan comot². nanti kotor baju tu" Faiq mengelap mulut adiknya yang sudah kotor dengan kuah kari. Fardhiyaa hnya tersenyum.

Itulah kebiasaan adik nya. Anak ini tidak mengetahui yang lain tapi hnya tersenyum. Dia akan memberontak jika permintaannya tidak dituruti. Bahkan bisa memukul Faiq dengan keras. Namun setelah itu dia menangis meminta maaf seperti anak kecil. Faiq tidak bisa bayangkan jika dia tiada bersama Fardhiyaa. Bagaimana nasib adiknya?

"Adik penat tak?" Fardhiyaa mengangguk.

"Sakit perut." Dengan pelatnya Fardhiyaa berbicara. Faiq tau pasti adiknya sedang mengalami datang bulan seperti anak gadis lain. Faiq menghela nafas.

"Nanti kita beli ubat ye. Pastu mintak tlong makcik Jannah urutkan" Fardhiyaa mengukir senyum.

Bayangan makcik Jannah seakan berada di fikiran. Itulah wanita yang dianggap ibu oleh mereka berdua. Makcik Jannah adalah jiran sebelah rumah mereka. Mereka sudah lama tinggal di kawasan rumah flat dan Makcik Jannah selalu membantu jika adiknya berkeperluan..

"Cepat makan tu. Kita balik awal. Nanti adik boleh rehat"

___________

"Adik sakit perut ye" Makcik Jannah tersenyum sebaik saja tiba di rumah Faiq. Faiq tersenyum.

"Kesian adik..Dh makan ke tak korang dua ni?"

"Dah makcik. Tadi sebelum balik, Faiq ajak makan dlu" Makcik Jannah mengangguk.Dia mengambil tangan Fardhiyaa lalu mengajaknya ke bilik. Faiq merehatkan diri di atas sofa

Dia kembali merenung memikirkan nasib. Merehatkan diri dan memejamkn mata. Dia penat. Amat penat.

Entah mengapa dia tiba2 merindui ibu dan ayahnya. Sudah 15 tahun berlalu. namun ia nya seolah2 masih segar. Dia dan adiknya merempat di rumah anak yatim usai saja mayat ayahnya di kebumikan. Dia dibuang oleh saudara Kerna tidak sanggup menjaga dia dan adiknya.

Siapa sangka tatkala usia adiknya berusia 3 tahun, anak malang itu disahkan orang kurang upaya. Dia tidak seperti yang lain. Dia seorang anak gadis autisme dan cacat akal fikirannya. Akal fikiran Faradhiya seperti anak kecil walaupun usianya meningkat.

Semenjak itu hidup Faiq seakan berubah. Dia berusaha merawat sang adik. Memberi segala keperluan dan memberi seluruh hidupnya buat Faradhiya. Sebaik saja dia memperoleh pekerjaan dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah anak yatim dan hidup bersama adiknya.

Tidak mewah namun cukup buat mereka berdua. Dia gembira namun terdetik hatinya bahawa dia penat. Penat untuk semua ini .Namun Kerna janji dia menguburkan semua kesenangan hidup yang harus dinikmati.

airmata mengalir di pipi tanpa sedar. Mengapa dia bisa mengeluh detik ini? Kata² Muhamad kembali diingati. Tidak layak kah dia hidup seperti orang lain? Hidup seperti lelaki lain? Tidak layak kah dia?

Faiq mengucap panjang. Dia mengesat airmata. Entah apa yang dia fikirkan. Seolah2 menidakan takdir Tuhan. Seolah2 mempersoalkan takdir yang tertulis.

"Makcik minum la dlu sebelum balik tu. Pakcik lewat balik hari ni kan?" Makcik Jannah mendekati Faiq dan menghirup air di atas meja.

"Mcm tu la kalau dh shift malam ni. makcik sorang lgi la ni. Tapi takpelah adik ada teman makcik" Faiq tersenyum.

Dia tahu makcik Jannah pasti keseorangan. Anak tunggalnya masih berada di luar negara. Katanya akan pulang tidak lama lgi tapi dia tidak pasti bila masanya.

"Kenapa Iq taknk tinggalkan adik dgn makcik. Ni ke hulu hilir bawak adik kerja sama².." Faiq tersenyum

"Takde apa pun makcik. Iq suka bawak adik. Takut nnti dia tu kalau dh dtg tantrum dia g susahkan makcik. Iq je dpt tenangkan dia tu" Makcik Jannah memeluk Fardhiyaa di sebelahnya. Anak gadis itu masih menikmati roti di tgannya.

"Tapi makcik kesian tengok kamu.Macam orang takde impian. Sampai bila nk macam tu? Adik tak boleh nk berdikari la kalau gitunya? Tak nk hantar dia kt sekolah anak2 khas ke?"

"Iq tak mampu lagi makcik.. Lagipun Iq pernah hantar. seminggu je dia tahan lepas tu pihak sekolah call Iq ckp adik memberontak hari2 dan ganggu anak2 lain. Dia nak Iq je dengan dia" Faiq tersenyum sambil menunduk

"jgn turutkan sgt adik ni.Iq taknk ada isteri?. ada anak2 sendiri. bagi la orang lain pulak untuk bagi kasih sayang. takkn iq je kena memberi. Iq kena belajar menerima jugak" Faiq ketawa kecil.

"Susah nak dapat perempuan yang bole terima Iq. Kalau dia nk Iq. dia kena terima adik sekali. Tapi sanggup ke?" Makcik Jannah terdiam seketika.

"Insyallah akan ada. Iq doa bnyak²" Faiq mengangguk.

____________

"Cik Rose, ada orang nk jumpa" Pembantu peribadi Rose mengetuk pintu pejabat. Rose menjungkit kening

"Siapa?"

"Katanya saudara dekat cik Rose" Rose mngerut dahi.

"I'm busy right now n I takde saudara." Rose kembali dengan tugasnya. Ketika itu seorang wanita tiba di hadapan pintu. Dia memanggil nama Rose Ardina.

"Rose. Ni Maksu" Rose mengangkat wajah.

"Cik Rose. Saya" PA Rose seakan terkejut melihat wanita yang berani menerjah masuk. Rose memberi isyarat supaya PA nya keluar.

"Maksu? Since when. Setahu I. I takde Maksu. I hidup sorang dari dlu lagi" Hati Rose seakan panas. Dia melihat wanita itu memandangnya lama.

Dia tidak pernah mengetahui tentang keluarga semenjak dia ditinggalkan di rumah anak yatim. Bahkan tiada sesiapa yang menjenguknya sepanjang dia membesar di situ.

"Ni Maksu. Maksu lama cari Rose." Rose ketawa seketika dan kembali memandang wanita itu tajam.

"If U dtg sini sebab nk mengaku saudara. Better tak payah. I tak pernah ada keluarga and i didnt mean to have them at all.."

Wanita itu ingin mendekat.

"Rose, Paksu sakit sekarang ni. Dia tercari2 kan Rose. Dia nk mintak maaf Rose."

"Stop it" Rose menjerkah. Wanita itu tersentak. Sungguh airmata wanita itu tidak mampu mengeratkan hatinya. Dia sudah keras. Sekeras²nya.

"Nama kau pun aku tak tahu sapa ada hati nk cakap pasal family dengan aku. Eh orang tua dgr sini. Aku taknk ada kaitan dengan kau dengan family kau. kalau betul la kau ni family, kenapa baru sekarang nak cari aku. Masa aku dh kaya baru nk dtg balik. Get Lost." Rose menghambur segala kata cacian dan makian.

"Rose jgn kurang ajar dgn Maksu"

"Excuse me. Kau bukan sapa² dengan aku.. Sekarang ni kau keluar dari office ni. Sebelum aku panggil orang untuk heret kau keluar. Perempuan miskin macam kau tak layak jejak kaki kat hotel mewah macam ni. Buat malu keturunan je jdi pengemis"

Sungguh bisa. Sangat bisa kata² wanita itu. Di matanya tidak sedikitpun menunjukkan rsa kasihan . Bahkan dia bisa bertindak seperti tiada apa2 berlaku.

"Maksu tak sangka Rose boleh jdi macam ni." Wanita itu mengesat airmata dan menuju keluar. Rose mengelengkn kepala dan kembali dengan tugasannya. PAnya tiba di ruangan office

"Lain kali kalau ada sesiapa yang dtg mengaku saudara.. Halau terus. I takde saudara" kata Rose

_________

"Awak jumpa Rose?" Seorang lelaki bertanya dengan nada yang perlahan. Wanita itu melepas kasar bag tangannya dan melabuh di sofa.

"Dia tu memang kurang ajar ke?"

"Normal la tu. Baru sekarang kita cari dia. memang dia taknk percaya la" Salamah hnya memandang tajam ke arah sang suami

"Semua ni salah U. U g rembat harta dia. Lepas tu kita bankrupt macam ni. Kalau dia taknak tlong kita. Kita akan merempat" Lukman mengetap bibir.

"Salah I. U yang boros buang duit. N I tak pernah nak suruh U g cari Rose lagi. I pun ada harga diri jugak" Salamah bangun dan berlalu.

"Apa² je lah. I akan pastikan Rose akan tolong kita. Lagipun ada satu lagi wasiat tu kan. Yang hanya cap jari Rose sahaja boleh jadi bukti. I nak harta tu"

Lukman terduduk dan meraup wajah berkali². Dia memejam mata. Tidak menyangka begini jadinya. Salamah sudah berada di luar kawalannya.

"Maafkan aku, Along. Aku tak jaga amanah kau" Di kala detik ini. Itu saja kalimat yang mampu diucapkan di bibir Lukman. Dia menyesal. Namun apakan daya.

Nasi sudah menjadi bubur.

Harta peninggalan arwah sang abang telah dibolot hampir kesemuanya. Selayaknya itu milik Rose namun Kerna termakan hasutan sang isteri dan sifat tamak dia telah mengambil semuanya.

Cuma saja satu wasiat yang tidak mampu di ambil oleh mereka. Dan itu juga bukan milik Rose Ardina.

Di mana dia harus mencari mereka? Kali ini dia akan melakukan dgn baik. Harta itu harus sampai ke empunya milik yang sebetulnya

"Maafkan paksu,Rose. Paksu berdosa besar"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience